Punca Anak Tiada Selera Makan

Situsai anak yang tidak mahu makan menyebabkan ibubapa sering risau dengan kesihatan anak-anak mereka. Bimbang anak-anak kurang mendapat nutrisi, kerana pada peringkat ini anak-anak sedang membesar dan boleh menyebabkan perkembangan minda dan fisiolagi badan terganggu. Untuk mengatasi masalah ini ibubapa perlu mencari sebab utama anak-anak mereka tidak mahu makan.
 
Antara sebab utama yg telah dikenalpasti sebagai punca tidak selera anak-anak adalah tabiat makan yang tidak betul dan pengambilan makanan yang tidak seimbang. Berikut terdapat beberapa lagi masalah yang menyebabkan anak-anak mengalami masalah pemakanan, antaranya ialah:
 
Terlalu banyak bermain
 
Kebiasaannya, kanak-kanak banyak menghabiskan waktunya untuk bermain hingga mengabaikan waktu makan. Sebagai ibu bapa yang prihatin, anda harus menetapkan jadual makan kepada mereka setiap hari. Memang jika dibiarkan lama-kelamaan, anak-anak akan mengalami kekurangan berat badan seterusnya jatuh sakit akibat daripada jadual makan yang tidak teratur. 
Tiada kawan 
Kanak-kanak juga gemar makan berteman, cuba perhatikan jika si anak makan bersama rakan-rakan sebayanya dan makan berseorangan di rumah. Pasti ada bezanya bukan, kanak-kanak kelihatan lebih berselera jika makan beramai-ramai, apatah lagi berebut makanan. Oleh itu, jika tiba waktu makan, terutamanya di waktu cuti, apa kata anda makan di meja bersama keluarga, berkemungkinan selera anak anda akan meningkat. 
Masalah kesihatan 
 
Kanak-kanak yang meningkat usia sering kali mengalami masalah kesihatan seperti demam, selesema dan batuk. Masalah kesihatan yang dialami secara tidak langsung akan membuatkan selera makan anak-anak terbantut, seterusnya mereka lebih rela tidak makan. Oleh itu, si ibu perlu bijak menangani masalah ini, seperti menyediakan bubur yang menyelerakan untuk menarik selera anak anda untuk menjamah makanan. Jika mereka sakit dan dibiarkan berterusan, mungkin kesihatan anak anda akan semakin parah. 
Masalah gigi rosak  
Masalah gigi rosak di kalangan kanak-kanak juga mempengaruhi selera makan mereka. Gigi yang rosak membuatkan anak-anak sukar untuk menggigit dan mengunyah makanan. Apabila berhadapan dengan masalah ini, mereka akan berputus asa untuk makan, oleh itu pemakanan yang sesuai juga perlu diambil kira oleh si ibu bagi anak-anak yang mengalami masalah gigi. 
Jenis makanan & cara masakan yang sama
 
Golongan dewasa akan jemu jika disajikan jenis makanan dan cara masakan yang sama setiap hari. Begitu juga dengan kanak-kanak, mereka mungkin akan menghadapi situasi yang sama, oleh itu apa kata anda cuba pelbagaikan jenis makanan dan cara masakan. Di samping itu, sajikan makanan dengan cara kreatif dan berwarna-warni agar anak tertarik untuk makan.     
Dan jika anak-anak anda mengalami masalah yang relate dengan nutrisi yangg tidak seimbang...apa kata cuba MEAL SHAKES?
INA BAKERI
♥ sms/whatsApp: 013-4639523
♥ Emel : norhaslinabakeri@yahoo.com
♥ Fb: www.facebook.com/nurhaslina.bakeri


No comments:

Post a Comment

nRelate All Blog Sections

Ratings and Recommendations by outbrain