Showing posts with label Tips Penjagaan Bayi. Show all posts
Showing posts with label Tips Penjagaan Bayi. Show all posts

Adakah Normal BCG Bernanah??





Assalamualaikum dan selamat tengahari kepada semua pengunjung blog MAMA COMEL ARISSA.Terima kasih kerana sudi meluangkan waktu untuk membaca info2 bermanfaat yang telah ina kongsikan disini. Alhamdulillah, 2 hari yang lepas 13 September 2013 genap setahun usia anakku Nur Arissa Binti Mohd Faizal. Semoga anakku menjadi anak yang solehah dan berjaya di dunia juga di akhirat. Amin. Hari ini ina ingin berkongsi sedikit info buat ibu-ibu semua berkenaan suntikan BCG bernanah. Pasti ibu-ibu yang pertama kali melahirkan anak akan terkejut apabila melihat tempat BCG bayi mereka naik seperti bisul dan bernanah. Dan sudah semestinya persoalan yang pertama bermain difikiran seorang ibu saat itu, kenapa bernanah ni? normal ke?

Hmmmmm.. terimbas kembali saat anakku Arissa naik bisul dan bernanah ditempat suntikan BCG lebih kurang sebulan selepas dilahirkan. Sehari sebelum kejadian, ina dah perasan tempat BCG tu seperti merah dan sedikit timbul. Tetapi keesokan harinya, ina sangat terkejut apabila tempat merah tu naik seperti bisul dan bernanah. Ya Allah kenapa jadi macam ni? ina pun bagitahu suami dan ibu mertua. (waktu tu ina tinggal dirumah ibu mertua). Tetapi ibu mertua ina cakap takde apa-apa. memang macam tu dan tak perlu sapu apa-apa. Nanti akan kering dan tinggal parut. Lega hati mendengarnya. Semakin hari bisul tu semakin menonjol dan kelihatan seperti nak pecah. Rasa macam nak amik jarum dan cucuk je. hehe. Alhamdulillah, lepas 2minggu kalau tak silap ina, nanah tu pecah dan akhirnya tingallah parut comel di lengan Arissa.. hehe

Gambar tak clear sangat. hehe

Jadi kepada anda ibu-ibu yag mengalami situasi seperti ini, jangan panik dan risau ye. Itu pekara normal atas tindak balas BCG dengan badan bayi anda. Kalau ada parut tu kira BCG tu jadilah. Dan perlu diingatkan, jangan sekali2 anda menyapu apa2 ubat ditempat bernanah itu kerana ia akan mematikan vaksin BCG tersebut. Jika tempat suntikan BCG itu tidak meninggalkan parut, anda harus membawa bayi anda ke klinik bagi mendapatkan suntikan BCG sekali lagi. Kesian kat si comel anda. Dah kene inject sekali lagi. huhuhu. 

Dari artikel yang ina baca yang ditulis oleh Dr Zubaidi, bisul bernanah ini biasanya akan berlaku diantara 4 - 6minggu selepas suntikan BCG diberikan. Jika bisul bernanah itu berlaku seawal seminggu selepas dilahirkan, anda harus bawa anak anda ke klinik kerana dikhuatiri bayi itu sudah pun dijangkiti kuman TB. Tindakbalas yang terlalu cepat selalunya menunjukkan tubuh bayi itu sudah diserang kuman tuberculosis sebelum ini. Beliau juga menegaskan, bayi haruslah dibawa berjumpa doktor jika bayi mengalami demam dan mempunyai bengkakan kelenjar di bawah ketiak atau di leher semasa bisul bernanah itu terjadi.

Semoga info ini berguna untuk ibu-ibu diluar sana. Sama-sama kita penuhkan ilmu di dada agar menjadi ibu berilmu dan berjaya. Insyaallah. Assalamualaikum =)



INA BAKERI 
Pengedar Shaklee Kuantan & Seluruh Malaysia
Call/Whatsupp: 013-4639523
Email: norhaslinabakeri@yahoo.com
Add FB saya: INA BAKERI untuk CHATTING secara lansung dengan saya
Klik LIKE di Fanpage saya: MAMA ARISSA untuk INFO berguna secara PERCUMA
Penghantaran Shaklee PERCUMA sekitar KUANTAN.
Perkhidmatan POS seluruh Malaysia (termasuk Sabah & Sarawak)


Tips Memilih Pusat Asuhan Kanak-Kanak



DILEMA bagi ibu berkerja dan tidak mempunyai pembantu rumah ialah mencari pengasuh yang sesuai dan boleh dipercayai untuk anak-anak. Banyak perkara perlu diberi perhatian serius kerana anak-anak akan ditinggalkan seharian di bawah jagaan pengasuh. Tersilap memilih akan menjadikan tempat itu "neraka bagi si comel anda". Apatah lagi kini banyak berita tersiar mengenai pengasuh yang mencederakan bayi jagaannya bahkan sehingga membawa kematian. Tentu sahaja ibu merupakan orang yang paling bimbang dengan situasi tersebut.  Tetapi kehidupan perlu diteruskan, tanggungjawab sebagai pekerja mesti dilaksanakan dan dalam masa yang sama memastikan anak yang ditinggalkan di bawah pengasuh selamat dan selesa.

Bahaya Buaian Kepada Bayi!



Hai ibu-ibu semua. Hari ni saya ingin kongsikan dengan anda tentang bahaya buaian kepada bayi lebi-lebih lagi buaian elektrik. Terkejut dan sangat menyedihkan apabila terbaca mengenai kes yang melibatkan buaian bayi ini. Yela, anak saya Arissa juga saya tidurkan di dalam buaian tetapi bukan buai elektrik. Hanya buai biasa. Tetapi tetap berisiko. Selepas kaji dan selidik, saya rasa tak nak lagi tidurkan Arissa di dalam buai. Siapa yang tak sayang anak kan? huhu

Keperluan Imunisasi Kepada Bayi Anda



Setelah lahir, bayi belum punya daya tahan yang cukup untuk menangkal berbagai penyakit. Walaupun memperoleh antibodi bawaan yang diberikan ibu sejak dalam kandungan, bayi memerlukan perlindungan tambahan untuk menjaga ketahanan tubuhnya terhadap penyakit. Imunisasi merupakan suntikan vaksin atau bahan antigenik untuk menghasilkan kekebalan aktif pada tubuh bayi. Gunanya untuk mencegah dan mengenali beberapa penyakit tertentu yang mungkin mengancamnya.

Awas! Bahaya Nestum Kepada Bayi Berusia 6 Bulan Ke Bawah



Alhamdulillah, hari ini dapat lagi mencoret bagi perkongsian ilmu buat anda pengunjung blog Mama Comel Arissa. Tajuk kali ini semakin menjadi perbualan ramai dan menimbulkan kerisauan dikalangan ibu-ibu diluar sana. Adakah benar nestum tidak sesuai diberi kepada bayi yang usianya belum mencecah 6 bulan? Sejauh manakah kebenarannya? 

Bayi Pramatang Perlu Penjagaan Rapi




BAYI pramatang (premature babies) adalah bayi yang dilahirkan sebelum 37 minggu kandungan. Ada banyak sebab kenapa perkara ini bolehberlaku, antaranya mungkin gaya hidup ibu sendiri seperti merokok, mengambil makanan yang kurang berkhasiat, tekanan fizikal, pengambilan alkohol, dadah dan pelbagai lagi. Selain itu, ia juga boleh disebabkan ketidakseimbangan hormon, masalah struktur rahim, penyakit ketika dalam kandungan, umur ibu lebih 35 tahun atau kurang daripada 19 tahun dan pelbagai sebab lain yang tidak diketahui.

Tips Penjagaan Bayi Baru Lahir



  • Mandikan bayi anda dengan air suam untuk elakkan bayi sejuk.
  • Sediakan segala  kelengkapan lebih awal seperti pakaian, sarung tangan dan kaki, barut, minyak dsb sebelum memandikan si kecil supaya proses tersebut berjalan dgn baik dan lancar, dan anda turut berasa lebih tenang.

6 Cara Uji Reflex Bayi



Walaupun bayi mempunyai kawalan terhad ke atas tubuh badannya tetapi bayi semulajadinya telah dibekalkan dengan pelbagai refleks untuk melindungi dirinya. Refleks ini adalah sebahagian daripada perkembangannya dan akan hilang sedikit demi sedikit apabila badan bayi anda tidak lagi memerlukannya. Jadi, sementara itu anda boleh melakukan aktiviti2 mudah ini untuk menguji releks bayi anda dan perkembangannya.

10 Cara Bermain Dengan Bayi




1. Luangkan masa 'one-one-one' dengan bayi anda
 

Cari masa untuk bermain dan berkomunikasi dengan bayi anda terutama semasa bayi dalam keadaan senyap kerana waktu ini lah bayi sebenarnya mahu meneroka persekitaran. Tetapi ramai yang tersalah menggunakan masa ini untuk berehat, mandi atau melakukan kerja sendiri.

Kenapa Bayi Tersedak Susu



Tak lama dulu kita ada mendengar kes kematian bayi akibat tersedak susu, boleh dikatakan setiap bulan ade saja kes sebegini dilaporkan.Bayi hanya insan yang kecil tidak mengenali apa-apa lagi perbuatan manusia ,tidak mampu untuk mengalihkan botol susu tersebut hanyalah mengharapkan insan-insan disekeliling menjaganya.

Bayi Mati Akibat Mandi Air Sejuk




Bayi Mati Akibat Mandi Air Sejuk

“Assalamu alaikum, doctor. Merujuk pada posting doctor sebelum ini, saya ingin bertanya. Anak jiran saya berusia 4 bulan telah meninggal dunia bulan lepas. Dktor memberitahu jiran saya berkemungkinan disebabkan pengasuh memandikan anak jiran saya dengan air sejuk. Benarkan memandikan bayi dengan air sejuk boleh menyebabkan kematian?”

Adab Mandikan Bayi Baru Lahir



                                                
Ramai orang terlepas pandang. Zaman ini ramai yang suka gunakan kapas lembab (wet nappy) untuk lap najis bayi tanpa mencuci dengan air. Apabila memandikan bayi, jangan terus masukkaan badan bayi ke dalam tab. Cuci dahulu kemaluan bayi depan dan belakang menggunakan air mengalir supaya bersih. Tujuannya supaya apabila memasukkan bayi dalam tab air tidak menjadi air najis, kesan kemaluan bayi yang beristinjak tidak dicuci dengan air.

nRelate All Blog Sections

Ratings and Recommendations by outbrain