Tips Memilih Pusat Asuhan Kanak-Kanak



DILEMA bagi ibu berkerja dan tidak mempunyai pembantu rumah ialah mencari pengasuh yang sesuai dan boleh dipercayai untuk anak-anak. Banyak perkara perlu diberi perhatian serius kerana anak-anak akan ditinggalkan seharian di bawah jagaan pengasuh. Tersilap memilih akan menjadikan tempat itu "neraka bagi si comel anda". Apatah lagi kini banyak berita tersiar mengenai pengasuh yang mencederakan bayi jagaannya bahkan sehingga membawa kematian. Tentu sahaja ibu merupakan orang yang paling bimbang dengan situasi tersebut.  Tetapi kehidupan perlu diteruskan, tanggungjawab sebagai pekerja mesti dilaksanakan dan dalam masa yang sama memastikan anak yang ditinggalkan di bawah pengasuh selamat dan selesa.

Bagaimanapun sikap tidak percaya kepada orang lain tetap ada dalam diri kita yang bergelar ibu. Itu memang lumrah. Sukar mempercayai buah hati anda berada di bawah jagaan orang yang tidak dikenali akan membuatkan kita menjadi cerewet. Jadi sebelum memilih pengasuh lebih baik anda ambil tahu apa ciri-ciri yang mesti diberi perhatian. Faktor keselamatan adalah paling penting dititikberatkan, selain soal kaedah asuhan, penjagaan dan kebersihan. Beberapa tips yang boleh anda dijadikan panduan anda bagi memilih tempat asuhan anak anda ialah:

1. Berdaftar Dengan JKM

Semak status taska dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat. Pentingnya kita hantar anak kat taska berdaftar ini untuk menjamin keselamatan mereka. Sekiranya, berlaku insiden yang tidak diingini membabitkan kanak-kanak, misalnya penderaan. Maka, kementerian boleh mengambil tindakan ke atas taska tersebut. Mudah bagi kementerian melakukan pemantauan kerana ia mempunyai garis panduan dan prosedur operasi standard (SOP).

2. Lokasi

Berdekatan dengan tempat kerja anda. Ini memudahkan anda menjenguk anak yang ditinggalkan pada pengasuh jika ada kes kecemasan. Selain itu dapat menjimatkan masa, wang dan tenaga.

3. Memeriksa latar belakang

Sebelum memilih pengasuh pastikan anda sudah membuat penyelidikan tentang individu/taska tersebut. Tanyalah dengan saudara mara atau rakan-rakan yang mengetahui tentang orang atau tempat itu. Dengan cara ini, anda boleh mengetahui pengalaman mereka. Anda perlu memikirkan keselesaan anak dan diri sendiri dengan pengasuh tersebut.

4. Kualiti vs harga

Tidak salah memilih pengasuh yang menawarkan harga mahal asalkan dia memberikan khidmat jagaan yang sangat berkualiti. Paling penting, anda boleh percaya dengannya dan senang hati sepanjang meninggalkan anak di bawah jagaan mereka.

5. Melawat Sebelum Mendaftar

Pastikan pengasuh tersebut terurus. Pakai pakaian bersih dan kemas. Anda boleh menilai tahap kebersihan penjaga/pengasuh tersebut berdasarkan keterampilan mereka. Paling penting adalah sifat penyayang dan sukakan kanak-kanak, tahu cara pegang bayi dengan betul dan lemah-lembut. Sila survey setiap ruang, corner, check keadaan bilik air, bilik bayi, bilik toddler dan tilam bantal semua. Lihat juga cara kanak-kanak lain dijaga. Pastikan ada bilik asing untuk bayi.

6. Khidmat yang ditawarkan

Kalau nak bagi EBM, pastikan mereka tahu cara penyediaan EBM untuk anak anda. Adakah mereka terima atau tidak? Adakah mereka memiliki 'bottle warmer' yang bersesuaian untuk EBM? Sekiranya khidmat EBM tak ditawarkan, pastikan mereka sanggup diajar pengurusan EBM oleh anda sendiri. Selain daripada tu, pastikan nurseri mandikan bayi, pagi dan petang.
 ___________________________________________________________________________


Jika anda seorang yang cerewet, anda mesti bijak ‘bermain’ dengan kata-kata. Jika anda tidak suka sesuatu dengan pengasuh anda, jangan terus terjah ‘jangan buat tu, jangan buat ni’ sebaliknya gunalah cara yang lebih diplomatik. Bertanya dahulu, fahami mereka dan baru anda terangkan apa yang anda hendak mereka tahu. Jadikan pengasuh anda seperti rakan anda. Barulah anak anda akan dijaga pengasuh seperti anak sendiri.

Jika semua tips diatas telah diambil kira, anda bolehlah membuat keputusan untuk memilih tempat asuhan yang terbaik buat bayi anda. Tetapi anda masih perlu berwaspada. Jika perubahan dibawah ini terjadi kepada anak anda, anda harus mempertimbangkan untuk mencari tempat jagaan yang baru sebelum pekara yang tidak diingini berlaku kepada bayi anda.


Perubahan Yang Boleh Dilihat Pada Anak Anda

1. Menangis - tanda ni sangat obvious pada kanak-kanak yang SETIAP KALI dihantar ke taska, dia akan menangis. Ada yang menangis-nangis dari dalam kereta sampai ibubapa terpaksa mengangkat/mendukung anak masuk ke dalam taska.

2. Lebam/Berbirat - tanda-tanda lebam/berbirat di bahagian tertentu tubuh anak WAJIB kita ketahui puncanya. 

3. Lapar - asal balik je ngadu lapar. Bila ditanya makan apa kat taska dia kata waktu tghari makan nasi, petang makan biskut kering cicah air teh! Husnuzon je la kot2 kalau anak kita ni memang jenis kuat makan.

4. Mengigau Teruk - Anak nangis-nangis dalam tidurnya di waktu malam. Meracau-racau dalam sehingga terganggu tidurnya. Ibubapa mungkin beranggapan ia cuma mimpi saja.

5. Bersendirian/Pendiam - Anak-anak akan bersikap menyendiri dan tidak seceria dulu lagi. Apatah lagi, jika ibubapa tidak mahu mencuba untuk mendengar keluhan si anak tadi. 

6. Anak Tak Mahu - Akibat dari trauma yang dihadapi si anak di taska, dia akan kerap bertanya bila boleh cuti dari pergi taska. Anak kenit sering tanya soalan ni dulu di taska lama. Bukan sebab taska lama tu mendera kanak-kanak, tapi kakak kata sebab taska tu bosan! 

Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada anda semua.


INA BAKERI
Call/Whatsupp: 013-4639523
Email: norhaslinabakeri@yahoo.com
Add FB saya: INA BAKERI untuk CHATTING secara lansung dengan saya
Klik LIKE di Fanpage saya: MAMA ARISSA untuk mendapatkan pelbagai TIPS dan INFO berguna secara PERCUMA
Konsultasi PERCUMA hanya untuk customer saya sahaja ya =)



No comments:

Post a Comment

nRelate All Blog Sections

Ratings and Recommendations by outbrain