Adakah Normal BCG Bernanah??





Assalamualaikum dan selamat tengahari kepada semua pengunjung blog MAMA COMEL ARISSA.Terima kasih kerana sudi meluangkan waktu untuk membaca info2 bermanfaat yang telah ina kongsikan disini. Alhamdulillah, 2 hari yang lepas 13 September 2013 genap setahun usia anakku Nur Arissa Binti Mohd Faizal. Semoga anakku menjadi anak yang solehah dan berjaya di dunia juga di akhirat. Amin. Hari ini ina ingin berkongsi sedikit info buat ibu-ibu semua berkenaan suntikan BCG bernanah. Pasti ibu-ibu yang pertama kali melahirkan anak akan terkejut apabila melihat tempat BCG bayi mereka naik seperti bisul dan bernanah. Dan sudah semestinya persoalan yang pertama bermain difikiran seorang ibu saat itu, kenapa bernanah ni? normal ke?

Hmmmmm.. terimbas kembali saat anakku Arissa naik bisul dan bernanah ditempat suntikan BCG lebih kurang sebulan selepas dilahirkan. Sehari sebelum kejadian, ina dah perasan tempat BCG tu seperti merah dan sedikit timbul. Tetapi keesokan harinya, ina sangat terkejut apabila tempat merah tu naik seperti bisul dan bernanah. Ya Allah kenapa jadi macam ni? ina pun bagitahu suami dan ibu mertua. (waktu tu ina tinggal dirumah ibu mertua). Tetapi ibu mertua ina cakap takde apa-apa. memang macam tu dan tak perlu sapu apa-apa. Nanti akan kering dan tinggal parut. Lega hati mendengarnya. Semakin hari bisul tu semakin menonjol dan kelihatan seperti nak pecah. Rasa macam nak amik jarum dan cucuk je. hehe. Alhamdulillah, lepas 2minggu kalau tak silap ina, nanah tu pecah dan akhirnya tingallah parut comel di lengan Arissa.. hehe

Gambar tak clear sangat. hehe

Jadi kepada anda ibu-ibu yag mengalami situasi seperti ini, jangan panik dan risau ye. Itu pekara normal atas tindak balas BCG dengan badan bayi anda. Kalau ada parut tu kira BCG tu jadilah. Dan perlu diingatkan, jangan sekali2 anda menyapu apa2 ubat ditempat bernanah itu kerana ia akan mematikan vaksin BCG tersebut. Jika tempat suntikan BCG itu tidak meninggalkan parut, anda harus membawa bayi anda ke klinik bagi mendapatkan suntikan BCG sekali lagi. Kesian kat si comel anda. Dah kene inject sekali lagi. huhuhu. 

Dari artikel yang ina baca yang ditulis oleh Dr Zubaidi, bisul bernanah ini biasanya akan berlaku diantara 4 - 6minggu selepas suntikan BCG diberikan. Jika bisul bernanah itu berlaku seawal seminggu selepas dilahirkan, anda harus bawa anak anda ke klinik kerana dikhuatiri bayi itu sudah pun dijangkiti kuman TB. Tindakbalas yang terlalu cepat selalunya menunjukkan tubuh bayi itu sudah diserang kuman tuberculosis sebelum ini. Beliau juga menegaskan, bayi haruslah dibawa berjumpa doktor jika bayi mengalami demam dan mempunyai bengkakan kelenjar di bawah ketiak atau di leher semasa bisul bernanah itu terjadi.

Semoga info ini berguna untuk ibu-ibu diluar sana. Sama-sama kita penuhkan ilmu di dada agar menjadi ibu berilmu dan berjaya. Insyaallah. Assalamualaikum =)



INA BAKERI 
Pengedar Shaklee Kuantan & Seluruh Malaysia
Call/Whatsupp: 013-4639523
Email: norhaslinabakeri@yahoo.com
Add FB saya: INA BAKERI untuk CHATTING secara lansung dengan saya
Klik LIKE di Fanpage saya: MAMA ARISSA untuk INFO berguna secara PERCUMA
Penghantaran Shaklee PERCUMA sekitar KUANTAN.
Perkhidmatan POS seluruh Malaysia (termasuk Sabah & Sarawak)


10 comments:

  1. Ya allah terima kasih sangat2 atas info ni . Saya betul2 takut tadi tengok tangan baby saya . Terima kasih untuk info ni .

    ReplyDelete
  2. Terima kasih sudi berkongsi... Risau Bcg anak bernanah.

    ReplyDelete
  3. Baby sya lg 2 Hari nk msok 2 buln Hari Ni tba2 tmpt bcg menanah takut sya di buat nya

    ReplyDelete
  4. Terima kasih diatas perkongsian maklumat. Berguna utk semua

    ReplyDelete
  5. Baby sya hari ke 28 baru nanah tu pecah syukur alhamdullilah.

    ReplyDelete
  6. Baby sy skrg 9bulan...
    Kena cucuk bcg semula sebb bcg 1st aritu xjd...sedih tgk meronta2 td😭

    ReplyDelete
  7. Alamak baru ja tadi nanah tu pecah saya sudah sapu dengan minyak gamat sbb takut tadi darah banyak sangat pastu dia belubang 😭 means kalau bcg tdk menjadi dia tiada parut ke atau biarpun ada tanda tapi vaksin tu dah hilang ka mcm mna eh

    ReplyDelete
  8. Lega lps bca artikel ni.. Rsau bcg anak bernanah.. Tp dia xde lah mcm kesakitan.. Ok jer.. Lpas mandikan dia tadi.. Pecah plak.. Meleleh2 nanah kluar.. Lg xsedap hti.. Trus search google.. Trima kasih share ilmu yg bermanfaat ni💕

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum,sy baru dlm 28 hari pantang....kt tmpt suntikkan bcg ank sy pown jd mcm tu jgk..mcm bisul@bernanah..ank prtame dlu xpnh jd.so risau jgk sy bile tgok...

    ReplyDelete
  10. Allhamdullillah ,,terima kasih..

    ReplyDelete

nRelate All Blog Sections

Ratings and Recommendations by outbrain