Suplemen Untuk Pesakit Gout


Assalamualaikum dan selamat tengahari semua. Hari ni lewat sikit update blog sebab Arissa demam. Hidung berair je. Kesian tengok. Bila dia tidur, keluar bunyi dengkuran yang agak kuat. Mungkin disebabkan hingus yang terkumpul banyak dalam hidung. Apalagi, waktu nilah nak cuba tips keluarkan hingus bayi yang ina kongsikan tempoh hari. Tunggu Arissa bangun kejap lagi baru nak stimkan dengan minyak bawang putih bakar. Hopefully, keluarlah hingus2 tu semua. Jika ada yang nak tahu tips keluarkan hingus bayi, bolehlah klik di SINI ye. Oklah, hari ni ina bukan nak cerita tentang hingus bayi, tetapi ina nak cerita tentang suplemen untuk pesakit gout. 

Memandangkan ramai juga yang pm dan wassap ina bertanyakan suplemen untuk pesakit gout ni, akhirnya ina memutuskan untuk dikongsi bersama anda semua disini. Mana tahu kan ada dikalangan anda atau saudara mara anda yang mungkin sedang menderita sakit gout ini, sekurang-kurangnya info ini dapat memberi manfaat kepada anda. Mari ina cerita sedikit apa itu GOUT!


Gout adalah sejenis penyakit sendi berpunca daripada asid urik yang berlebihan yang terkumpul di dalam badan. Asid urik adalah bahan buangan yang terhasil semasa proses penghadaman sejenis protien bernama purin. Apabila tubuh kita berlebihan asid urik yang terkumpul di dalam sendi, ia akan menyebabkan gout, batu karang, dan kegagalan buah pinggang untuk berfungsi.

Di samping mendapatkan rawatan doktor yang berkelayakan dan hanya dibekalkan dengan ubat yang mengandungi 'dadah', pesakit gout boleh mempertimbangkan untuk mencuba Set Gout Shaklee yang mana  100% semulajadi tanpa badan kimia, mendapat kelulusan KKM malah halal dan selamat digunakan. Set Gout Shaklee mengandungi 3 jenis vitamin iaitu Alfalfa Complex, Performance Drink dan Omega Guard.


Fungsi-fungsi Set Gout Shaklee adalah:
‪‎
  • Alfalfa‬ - detoks semulajadi bertugas menyingkirkan toksik dari badan. Pengamal Alfalfa perlu mengambil air yang banyak (sebaik-baiknya 3-4Liter sehari) untuk membantu melancarkan proses detoks.
  • Performance‬ Drink - memelihara atau seimbangkan kandungan air dalam badan supaya badan tidak mengalami dehidrasi. Pesakit gout perlu menyingkirkan asid urik dengan lebih kerap kencing. Air yang mencukupi dalam badan amat penting untuk melancarkan proses pembuangan asid urik. Performance Drink berfungsi mengantikan air yang hilang dan memelihara tahap air dalam badan pesakit.
  • Omega‬ Guard – mengelakkan keradangan sendi dan mengurangkan kesakitan.

Majoriti pesakit gout adalah dikalangan lelaki di dalam lingkungan usia 30 hingga 60 tahun. Kaum wanita (sebelum putus haid) jarang mendapat penyakit ini. Sakit Gout ini mungkin boleh sembuh dengan syarat pesakit mengambil langkah-langkah untuk mengatasinya sepanjang masa. Cara pemakanan pesakit harus ditukar kepada berlebihkan sayur-sayuran dan kurang daging dan makanan laut. Di bawah adalah contoh makanan yang perlu dielakkan:-
  • ‪‎Organ‬ dalaman seperti hati, paru-paru, ginjal dan otak
  • Ikan‬ bilis, ikan kembung, ikan sardin
  • Daging‬ yang cincang
  • Ekstrak‬ daging, ragi (seperti Marmite) dan kiub rebusan daging
  • Makanan‬ bercengkerang seperti ketam, udang dan kerang

Mari kita lihat testimoni pengguna Shaklee yang sangat berpuas hati dengan Set Gout Shaklee.


Kepada anda yang ingin mendapatkan Set Gout Shaklee ini, jangan segan silu untuk menghubungi ina dan dapatkan rundingan secara PERCUMA dari ina. Akhirkata, jagalah kesihatan untuk kehidupan yang lebih bermakna. Assalamualaikum=)

INA BAKERI 
Pengedar Shaklee Kuantan & Seluruh Malaysia
Call/Whatsupp: 013-4639523
Email: norhaslinabakeri@yahoo.com
Add FB saya: INA BAKERI untuk CHATTING secara lansung dengan saya
Klik LIKE di Fanpage saya: MAMA ARISSA untuk INFO berguna secara PERCUMA
Penghantaran Shaklee PERCUMA sekitar KUANTAN.
Perkhidmatan POS seluruh Malaysia (termasuk Sabah & Sarawak)


No comments:

Post a Comment

nRelate All Blog Sections

Ratings and Recommendations by outbrain