Cara Mudah Tentukan Waktu Subur Anda!


Langkah-langkah Menentukan Waktu Subur


Assalamualaikum semua. Hari ni ina nak berkongsi satu lagi info penting bagi isteri-isteri di luar sana yang sedang berusaha mendapatkan cahaya mata. Ramai yang tanya ina, bila waktu subur wanita? Waktu subur seseorang wanita selalunya berlaku pada hari ke 14 dari hari pertama keluar darah haid. Tetapi cara ini agak sukar bagi wanita yang mengalami masalah haid yang tidak teratur. So kali ni ina nak kongsikan dengan anda cara mudah untuk tentukan waktu subur seseorang wanita. Cara ini adalah cara paling mudah yang di ajar oleh Dr. Zubaidi.

Kata Dr. Zubaidi sebelum membuat analisa sendiri, seseorang wanita haruslah membasuh tangannya dahulu untuk mengelakkan jangkitan kuman. Lendiran cervical mucus ini biasanya mudah didapati dalam keadaan mencangkung.

Langkah-Langkah Menentukan Waktu Subur

1.Masukkan jari telunjuk ke dalam vagina sehingga merasakan sesuatu yang agak pejal. Itu adalah pangkal rahim (cervix). Putarkan jari di situ dan keluarkan jari bersama dengan lendiran.

2. Lendiran itu perlu dipegang dengan menggunakan jari telunjuk dan ibu jari. Kemudian renggangkan kedua-duanya untuk menganalisa kepekatannya.

3. Jika terdapat kekeringan di bahagian kemaluan (vulva) dan hanya sedikit lendiran mucus, jangan paksa diri untuk terus melakukannya. Ini boleh mencederakan vagina.

4. Tidak perlu menggunakan bahan pelincir kerana ia akan mengelirukan keputusan. Kekeringan ini bermakna seseorang itu belum lagi mengalami ovulasi. Maka kemungkinan untuk hamil adalah rendah.

5. Jika lendiran cervical mucus itu agak kental dan pekat, berwarna putih atau warna krim, ini bermakna seseorang wanita itu menghampiri waktu ovulasi. Jika direnggangkan antara kedua jari , ianya mudah putus. Kemungkinan untuk hamil adalah rendah, namun semakin lama semakin banyak kuantiti lendir dan lendirannya akan bertambah pekat dan jernih.

6. Jadi jika lendiran cervical mucus itu telah berubah menjadi warna jernih, licin dan mudah direnggangkan, ini bermakna wanita itu mengalami ovulasi. Ramai wanita yang menggambarkan lendiran cervical mucus ini sebagai warna ‘putih telur’. Ketika ini, lendiran itu boleh direnggangkan antara jari telunjuk dan ibu jari sebanyak beberapa sentimeter sebelum ianya putus. Jumlah kuantiti lendiran itu digambarkan sebagai paling banyak apabila seseorang wanita terpaksa menukarkan pantyliner beberapa kali dalam sehari.Inilah masa di mana peluang untuk hamil adalah amat tinggi. Keadaan lendiran sebegini sesuai untuk sperma hidup sehingga 72 jam.

7. Walau bagaimanapun analisa ini haruslah dilakukan ketika di awal pagi kerana lendiran cervical mucus menjadi bertambah banyak berbanding dari waktu-waktu lain.

8.Jangan lakukan analisa ini selepas melakukan jima bersama suami. Ini kerana lendiran sperma masih berada di dalam vagina isteri untuk beberapa hari. Maka keputusan mungkin mengelirukan, sama ada ianya lendiran cervical mucus atau lendiran sperma.

9. Analisa ini juga mengelirukan dan tidak memberikan analisa yang baik jika ada jangkitan kuman pada vagina (keputihan), atau wanita itu memakan beberapa ubatan moden dan herba atau wanita itu mengamalkan ubat (pil atau suntikan) perancang keluarga. Ini semua akan mengubah kepekatan lendiran cervical mucus itu.
________________________________________________________________________

Jika terdapat masalah untuk mendapatkan lendiran cervical mucus itu, silalah berjumpa dengan doktor untuk berbincang mengenai cara yang lain bagi menentukan kesuburan. Namun begitu ia dapat dibantu dengan mengamalkan GLA Complex Shaklee.  

Fungsi GLA untuk membantu dalam penghasilan cecair yang melambangkan kesuburan ini, yang membantu sperma untuk berenang ke uterus, terus ke tiub falopio untuk bersenyawa dengan sel ovum. Bukan itu saja, cecair ini juga membantu sperma untuk terus hidup dalam tiub falopio sehingga 5 hari.



Untuk info lanjut GLA Complex Shaklee, klik di SINI
Untuk melihat lebih banyak testimoni GLA Complex Shaklee, klik di SINI
Untuk membuat pembelian GLA Complex Shaklee secara online, klik di SINI

INA BAKERI
Call/Whatsupp: 013-4639523
Email: norhaslinabakeri@yahoo.com
Add FB saya: INA BAKERI untuk CHATTING secara lansung dengan saya
Klik LIKE di Fanpage saya: MAMA ARISSA untuk mendapatkan pelbagai TIPS dan INFO berguna secara PERCUMA
Konsultasi PERCUMA hanya untuk customer saya sahaja ya =)
Penghantaran PERCUMA sekitar KUANTAN.
Perkhidmatan POS seluruh Malaysia (termasuk Sabah & Sarawak)


1 comment:

  1. perkongsian yang sangat bagus untuk meraka mahukan anak

    ReplyDelete

nRelate All Blog Sections

Ratings and Recommendations by outbrain