2 Tips Pikat Hati Suami


Hai semua! Really sory kepada anda yang tunggu entry ina semalam. Tersangatlah bz menghadiri rumah terbuka dari pagi sampai ke malam. huhu.. Alhamdulillah, rezeki jangan di tolak =) Bila sampai rumah, try nak bukak pc, tapi line intenet pulak yang sangat mencemburui. al maklumlah, malam minggu kan. Ramai sangat yang beronline. So pagi ni ina curi-curi masa sekejap nak bukak blog kesayangan ina ni dan mengotakan janji 2 hari yang lepas. Ina nak kongsikan tips yang ina rasa semua isteri-isteri pasti teruja dan berkobar-kobar nak buat. 2 Tips Pikat Hati Suami. haaa.. teruja x? Of course la teruja kan.. sebab ina sendiri pun teruja sangat bila dapat info ni 2 hari yang lepas. dan sudah pasti info yang baik lagi disukai ramai akan di kongsi di blog ini.

Haaa, pasti ada tertanya-tanya.. 2 je ke? ha ah.. 2 je. Hanya dengan 2 tips ini sahaja akan menambat hati suami anda malah menjadikan suami anda seorang yang sangat romantis dan tak pandang wanita lain lagi. Jagalah 2 pekara ini iaitu:


1. Nafsu perut

Isteri perlu memasak dan masaklah makanan yang menjadi kegemaran suami anda. Jika tak pandai memasak pergilah ke kelas masakan. Isteri perlu tambat suami dengan makanan. (Jika dia berasa lapar dia akan teringat untuk balik makan di rumah kerana dia tahu isterinya masak makanan yang sedap).

2. Nafsu batin

Orang kata nafsu perempuan ada 9 dan 1 akal manakala lelaki 9 akal dan 1 nafsu. Nafsu lelaki hanya nak yang 'itu' sahaja. Jadi buat isteri walau penat macamanapun layanlah suami. Jangan tunggu suami minta baru nak kasi. Sesekali buatkan kejutan untuk dia dengan melakukan perkara-perkara yang tak pernah dilakukan sebelum ini. Berhias dan pakailah pakaian yang agak seksi dirumah, agar hati suami tertambat kembali.
 

1 perkara lagi, pastikan anda merawat masalah keputihan atau masalah kelonggaran faraj anda agar dapat hubungan intim yang berlangsung memberi kepuasan yang maksimum kepada suami juga anda. Dapatkan Alfalfa Complex Shaklee dari ini untuk mengatasi masalah keputihan, faraj longgar selepas bersalin, becak dan berair juga masalah kurang nafsu syahwat.
__________________________________________________________________

Jadi para isteri semua, marilah kita cuba 2 tips pikat hati suami ini agar rumahtangga yang telah sekian lama kita bina tidak hambar malah sentiasa romantis dengan limpahan kasih sayang. Di sini, Ina juga ingin kongsikan dengan anda, pekara yang perlu diambil perhatian oleh isteri iaitu 6 sebab paling popular yang menyebabkan suami curang terhadap isteri.



1. Nafsu seks

Ini adalah sebab yang paling banyak suami yang curang berikan. Dikatanya isterinya dah tak cantik macam dulu, dah tak ghairah macam dulu dan ada juga yang kata isterinya dah tak mampu melayan nafsu dia lagi. Semuanya salahkan isteri tapi cuba lihat suami pula adakah masih hensem macam mula-mula kahwin dulu??. Mana lah tahu kot sekarang ni perut dah ke depan.

Sebenarnya suami itu sendiri yang mungkin dah bosan dengan isterinya dan mahu mendapatkan 'pucuk muda' bagi mencari kelainan dalam seks. Mereka mungkin mahukan sesuatu yang ekstrem namun tidak mahu melakukan dengan isteri kerana bimbang merosakkan imej 'perempuan baik' yang disandang oleh isteri mereka.


2. Digoda

Sebaik dan sealim manapun suami kalau digoda oleh perempuan yang lebih cantik dan lebih muda dari isterinya pasti akhirnya akan terbabas juga seperti kata pepatah melayu 'takkan kucing menolak ikan didepan mata'. Lebih-lebih lagi kalau perempuan itu berada satu opis dengannya. Setiap hari jumpa, mana tak cairnya hati suami. Walaupun suami tidak bercadang untuk mencari kekasih lain namun akibat tidak tahan menahan godaan akhirnya isteri diduakan.



3. Memang kaki perempuan

Dulunya semasa muda, suami ini memang sudah terkenal dengan kaki perempuan. Jadi bila dah kahwin tu mungkin terikat sedikit tapi kepada suami yang sukakan cabaran mengejar perempuan pasti tidak peduli tentang ikatan perkahwinan.

Pasti suatu masa akan terdetik untuk melakukannya kembali seperti waktu zaman bujang dulu. Lelaki seperti ini pasti mahu membuktikan bahawa biar sudah makin berusia namun persona diri masih ada. Lelaki seperti ini juga mungkin ingin menduga 'market', masih laku atau tidak. Sesuai pula dengan trend wanita sekarang ini yang sukakan lelaki yang lebih berusia, bermakna makin cepatlah suami dapat menjalankan aktivitinya.


4. Balas dendam

Alasan ini hanya diberikan apabila seseorang lelaki itu pernah disakiti oleh wanita atau isteri yang disayangi. Jadi mereka ini melepaskan rasa marah mereka dengan membalas dendam kepada isteri mereka dengan melakukan perkara yang sama. Untuk memaafkan perbuatan isteri bukannya mudah dan kerana desakan ego maka hubungan sulit dibalas dengan hubungan sulit.


5. Sudah tabiat

Bila kali pertama suami ini melakukannya dan kesilapan itu tidak dapat dihidu oleh isterinya, pasti akan ada peluang ke-2 untuk melakukannya lagi..dan lagi..dan lagi. Godaan ini akan datang berulang-ulang dan tidak ramai lelaki mampu menahannya dan akhirnya ianya akan menjadi tabiat. Perkara ini akan tetap dilakukan oleh suami sehinggalah segala tembelangnya dapat dihidu oleh isteri.


6. Keegoan

Perasaan ini timbul bila mendapati ada wanita lain masih tertarik secara seksual terhadap dirinya selain dari isteri. Rasa ego mula meninggi bila ada pula wanita lain yang mahu mendampingi dan melayaninya.

Darisudutpandang: Kata orang jika tepuk sebelah tangan manakan berbunyi, ini bermakna kalau tiada respon daripada perempuan juga perkara ini takkan berlaku. Apa yang perlu dilakukan oleh para isteri adalah sentiasa peka dengan sebarang perubahan suami.
_________________________________________________________________________
 
Semoga perkongsian ina kali ini memberi manfaat kepada anda semua juga buat diri ina sendiri. Mari kita sama-sama cuba perbaiki kelemahan diri sendiri demi sebuah rumahtangga yang bahagia dan berkekalan hingga ke syurga. Amin. Mari sama-sama kita kongsikan dengan rakan-rakan kita dengan menekan butang 'SHARE' di bawah ini agar mereka juga mendapat manfaat dari perkongsian ini. 

INA BAKERI
Call/Whatsupp: 013-4639523
Email: norhaslinabakeri@yahoo.com
Add FB saya: INA BAKERI untuk CHATTING secara lansung dengan saya
Klik LIKE di Fanpage saya: MAMA ARISSA untuk mendapatkan pelbagai TIPS dan INFO berguna secara PERCUMA
Konsultasi PERCUMA hanya untuk customer saya sahaja ya =)
Penghantaran PERCUMA sekitar KUANTAN.
Perkhidmatan POS seluruh Malaysia (termasuk Sabah & Sarawak)


No comments:

Post a Comment

nRelate All Blog Sections

Ratings and Recommendations by outbrain