Showing posts with label Tips Berpantang. Show all posts
Showing posts with label Tips Berpantang. Show all posts

11 Tips Menjaga Luka Bersalin Pembedahan


Assalamualaikum semua. Hari ni genaplah sudah 9 bulan usia anakku Arissa. Rasa sekejap je masa berlalu. Masih terbayang-bayang saat melahirkannya ke dunia ini. Alhamdulillah, Arissa selamat dilahirkan secara normal walaupun doktor sudah berkira-kira untuk membuat pembedahan kerana Arissa hampir lemas. Syukur sangat sebab sememangnya Ina memang taknak dibedah. 

Antara JAMU & VITAMIN, Mana Lebih Sesuai?




Semenjak awal tahun saya menerima banyak panggilan dari bakal ibu khususnya yang sedang mencari makanan kesihatan bagi menampung keperluan tubuh mereka semasa dalam pantang lagi.  Saya yakin ramai ibu diluar sana juga yang sedang mencari makanan tambahan semasa dalam pantang akan memikirkan beberapa perkara sebelum membeli. Antaranya ialah

Awas! Bahaya Berjimak Ketika Masih Berpantang




Aspek penjagaan diri bagi ibu-ibu bersalin semakin dipandang remeh dan diambil ringan oleh ramai wanita hari ini, terutama amalan berurut, bertuam, bertungku, bertangas dan berbengkung atau berbarut. Tidak dinafikan amalan tersebut agak leceh, tetapi kesan dan hasilnya berpanjangan. Sekiranya penjagaan diri semasa dalam pantang diabaikan, kesannya mungkin tidak serta-merta. Namum, apabila melalui kelahiran yang banyak, usia pula meningkat, daya tenaga semakin menurun, barulah terasa lenguh-lenguh dan bisa urat, sendi serta otot, sakit pinggang dan kebas tangan. Apabila keadaan sedemikian berlaku, kebanyakan ibu menjadi dingin dan lemah tenaga batin.

Bagaimana boleh terjadinya GILA MEROYAN?




Gila meroyan adalah keadaan apabila ibu-ibu yang sudah bersalin mengalami gangguan mental dan emosi yang begitu teruk sehingga mereka tidak berupaya memainkan peranan sebagai ibu kepada bayi dan isteri kepada suami. Gila meroyan dalam bahasa perubatan moden dapat dibahagikan kepada kemurungan selepas bersalin yang dikenali sebagai postpartum depression. Keadaan yang mirip kepada perbuatan yang tidak rasional dipanggil postparum psychosis.

Pantang Larang Semasa Dalam Berpantang



Assalamualaikum semua =)

Hari ni ina nak kongsikan dengan ibu-ibu yang bakal berpantang tidak lama lagi berkenaan pantang larang ketika dalam berpantang. Walaupun zaman semakin moden, tetapi bagi ina pantang larang yang dianggap kuno ini ada rasionalnya untuk diamalkan bagi menjamin kesihatan dalaman kita sebagai wanita. Tetapi dizaman serba canggih ni, ina lihat ramai yang tidak ambil berat sangat hal berpantang ni. Ada yang baru 2 minggu bersalin dah berjalan laju-laju siap boleh bershopping di mall lagi.

Bila ditanya, mereka akan jawab " tak rasa sakit dah, dah sihat dah, alah saya ambil jamu/suplemen lah" hmmmm.. Meh sini nak bagitahu ye. Sekarang mungkin tak nampak lagi kesannya. tetapi anda akan lihat kesannya bila umur dah cecah 35tahun. Waktu tu timbullah masalah anginlah, bila ketawa sikit atau terbatuk terus terkucil lah, keluar kentut melalui miss v lah, miss v longgarlah dan yang paling takut sekali bila rahim jatuh ke bawah atau nama lainnya 'tombong'. Waktu tu menyesal pun tak ada guna kerana proses nak masukkan semula rahim tu dalam miss v teramatlah sakit. ini yang diceritakan oleh tukang urut ina waktu ina bersalin dulu.


Jadi, buat ibu-ibu semua, kalau boleh amalkanlah berpantang 40 hari ni agar kesihatan dalaman kita terjaga. Ada sebab dan logik tertentu mengapa orang tua2 zaman dahulu menyuruh ibu2 berpantang semasa bersalin. Pengalaman mendewasakan mereka. Pengalaman yang sebenarnya ada keterangan saintifik di sebaliknya. Mari ina kongsikan dengan anda antara pantang larang semasa seorang ibu itu berada dalam pantang selepas bersalin: 

nRelate All Blog Sections

Ratings and Recommendations by outbrain