11 Tips Menjaga Luka Bersalin Pembedahan


Assalamualaikum semua. Hari ni genaplah sudah 9 bulan usia anakku Arissa. Rasa sekejap je masa berlalu. Masih terbayang-bayang saat melahirkannya ke dunia ini. Alhamdulillah, Arissa selamat dilahirkan secara normal walaupun doktor sudah berkira-kira untuk membuat pembedahan kerana Arissa hampir lemas. Syukur sangat sebab sememangnya Ina memang taknak dibedah. 

Mungkin bagi sesetengah ibu-ibu memilih bersalin secara pembedahan bagi mengurangkan rasa sakit, tetapi percayalah, ianya hanyalah sementara kerana sakit yang sebenar-benarnya anda akan tanggung selepas pembedahan yang mana jauh lebih sakit dari bersalin normal.

Jadi, kepada anda yang melilih untuk bersalin secara pembedahan, sila befikir panjang ye. Tetapi kepada anda yang bukan memilih tetapi terpaksa dek faktor kesihatan, berdoa banyak-banyak moga dipermudahkan segala urusan. Di sini Ina nak kongsikan dengan anda semua beberapa tips bagi mereka yang bersalin secara pembedahan agar luka cepat sembuh.


11 Tips Menjaga Luka Bersalin Pembedahan

1. Bergerak lebih awal
  • Menurut kajian, sebarang pergerakan yang dilakukan selepas menjalani pembedahan besar boleh membantu percepatkan penyembuhan luka dan mengurangkan risiko darah beku. Anda tidak seharusnya berfikir bahawa benang jahitan akan terbuka sekiranya anda bergerak kerana ia sangat jarang berlaku. Pastikan anda mendapatkan bantuan ahli keluarga atau jururawat ketika anda ingin melakukan sebarang pergerakan yang besar terutama pada beberapa hari awal selepas pembedahan.

2. Makan makanan berzat dan seimbang
  • Anda kehilangan bendalir tubuh, mineral dan protin dengan banyak selepas bersalin dan anda perlu menggantikannya dengan kadar segera sekiranya anda ingin cepat pulih. Makan makanan yang mengandungi banyak protin seperti daging, ayam, ikan dan buah- buahan kerana ia kaya dengan mineral. Manakala sayur- sayuran pula kaya dengan vitamin. Jangan terpedaya dengan cakap orang tentang makanan sejuk dan panas, kerana ia tidak ada dalam istilah sains. Sebagai contoh, bayam dan lobak merah mengandungi antioxidant berupaya membuang toksin dalam tubuh. Brokoli dan kangkung mengandungi zat besi yang berupaya meningkatkan tahap hemoglobin anda.

3. Minum air secukupnya
  • Air adalah agen pembuang toksin dalam badan dan jangan percaya kepada mitos yang mengatakan minum terlebih air boleh menyebabkan faraj berair dan rahim kembang. Kekurangan air boleh menyebabkan sembelit dan menyukarkan proses kumuhan. Ini memberikan tekanan pada perut dan tempat luka serta menyebabkan anda menjadi sakit. Minum sekurang-kurangnya lapan gelas sehari.

4. Elak daripada mengambil ubat tradisional
  • Tidak semua ubat tradisional selamat dan ada yang boleh memberikan kesan sampingan seperti mengurangkan kecutan rahim dan menyebabkan pendarahan faraj yang banyak. Ada pula yang mengandungi bahan kimia yang boleh memberikan tekanan kepada buah pinggang anda. Pastikan anda mendapatkan nasihat doktor dahulu sekiranya ingin mengambil sebarang ubat tradisional yang disarankan oleh kawan atau keluarga anda.

5. Mengambil suplemen zat besi dan multivitamin
  • Semasa pembedahan, anda kehilangan darah yang banyak iaitu 2-3 kali lebih tinggi daripada bersalin normal. Kehilangan darah menyebabkan perjalanan oksigen ke sel tubuh menjadi kurang dan ini menyebabkan luka lambat sembuh. Amalan memakan suplemen zat besi dan multivitamin dapat meninggikan tahap hemoglobin dengan lebih cepat seterusnya mempercepatkan tempuh pemulihan anda.


  • Saya mencadangkan ibu bersalin cesarean untuk mengamalkan set bersalin dan berpantang Shaklee. Set bersalin terbukti menjadi popular kerana ramai ibu bersalin dapat berpantang dengan tenang dan gembira setelah mengamalkannya. Di dalam set bersalinni, terdapat ESP yang mana sangat bagus untuk dalam membantu menghilangkan parut pembedahan dan selulit yang ada di perut. Kulit perut pun cantik, tegang je. Ni testimoni Ina sendiri. Memang puas hati.

6. Makan pil penahan sakit
  • Sakit keterlaluan menyebabkan anda tidak selesa dan mengurangkan keinginan untuk menyusukan bayi dan bergerak. Dapatkan ubat penahan sakit yang secukupnya untuk memastikan anda berasa selesa dan lebih senang untuk bergerak.

7. Menyusu badan secara eksklusif
  • Menyusu badan sudah terbukti dapat menyembuhkan luka dengan cepat. Setiap kali menyusu, badan akan mengeluarkan hormon oxytocin yang menolong mengecutkan rahim dan mengurangkan risiko tumpah darah. Terdapat ibu-ibu yang mengalami masalah kekurangan susu. Anda boleh mengambil Set Penyusuan yang mana dapat membantu meransang pengeluaran susu dengan banyak dan susu lebih pekat dan berkualiti.

8. Pastikan luka kering dan bersih
  • Biarkan luka terdedah kepada udara atau gunakan alat pengering rambut sekiranya perlu. Jangan menggaru pada luka atau menyapu sebarang ubat tanpa saranan doktor. Ini kerana ia boleh meninggikan risiko jangkitan kuman.

9. Pakai bengkung
  • Anda boleh menggunakan ‘binder’ atau bengkung sekiranya mahu. Ia selamat dan digalakkan untuk mengurangkan sakit terutamanya semasa batuk dan bersin. Perut anda juga mudah kempis kerana ia bertindak mengurangkan angin di dalam usus. Ia juga menolong mengurangkan sakit belakang dengan memberikan sokongan pada tulang belakang anda. Pakai bengkung yang lembut dan berasaskan dari kain. Elok dipakai satu minggu selepas pembedahan.

10. Elak aktiviti yang boleh mendatangkan kesakitan
  • Aktiviti seperti menaiki tangga atau membongkok boleh membuatkan anda berasa lebih sakit. Oleh itu, elakkan daripada melakukan aktiviti tersebut sekurang-kurangnya satu minggu selepas pembedahan.

11. Dapatkan bantuan ahli keluarga
  • Sokongan daripada suami dan ahli keluarga lain sangat penting semasa anda menjalani tempoh berpantang. Mintalah bantuan daripada mereka sama ada dari segi fizikal dan emosi sekiranya perlu kerana anda baru sahaja menjalani pembedahan yang besar. Anda tidak boleh melakukannya sendirian.

Tanda-tanda Amaran Selepas Ceasarean
  • Demam berterusan. 
  • Sakit pada tempat luka 
  • Pendarahan yang banyak, berterusan dan berketul dari faraj 
  • Keluar nanah dari tempat luka 
  • Tanda kemerahan pada sekitar luka 
  • Keluar air jernih dari tempat luka 
  • Tempat luka nampak berlubang atau bengkak 
  • Benang jahitan keluar dari luka atau terbuka

Sekiranya anda mengalami tanda-tanda sebegini, eloklah berjumpa doktor dengan segera.
Semoga info ini sedikit sebanyak memberi manfaat kepada anda =)


INA BAKERI 
♥ sms/whatsApp: 013-4639523 
♥ Emel : norhaslinabakeri@yahoo.com 

Saya sedang mencari-cari mereka yang berminat untuk menjadi pengedar. 
Jana pendapatan 5angka hanya dari rumah. 
Klik untuk info pengedar 

No comments:

Post a Comment

nRelate All Blog Sections

Ratings and Recommendations by outbrain