Ramai yang bertanya apa pemakanan yang boleh menambah pengeluaran susu
ibu, tetapi tidak ramai yang sedar mereka juga perlu mengetahui faktor
yang menjadi punca kekurangan susu ibu. Dengan mengetahui punca sesuatu
masalah kita dapat mencari penyelesaian bagi masalah tersebut.
Berikut disenaraikan faktor yang mungkin boleh menjadi punca kekurangan pengeluaran susu ibu :-
1. Tekanan @ stress
Tekanan ini bukan sahaja boleh berpunca dari pelbagai masalah yang dihadapi dalam hidup sehari-hari malah ramai ibu-ibu yang secara tidak sedar akan berasa tertekan apabila mendapati pengeluaran susu mereka berkurangan.
Diakui adalah amat sukar untuk tidak berasa tertekan,
tetapi sebolehnya elakkan terlalu memikirkan masalah kekurangan susu ibu
lebih-lebih lagi sewaktu memerah susu atau menyusukan bayi. Dakap bayi
dan tenangkan fikiran. Jika tidak bersama bayi lihat gambarnya atau
bayangkan saat-saat ketika bersama dengan bayi anda bagi membantu
pengeluaran.
2. Keletihan atau kurang tidur
2. Keletihan atau kurang tidur
Tugas menjadi
seorang ibu bukanlah mudah. Lebih-lebih lagi apabila terpaksa bangun
pada waktu malam untuk menyusukan bayi atau menenangkan bayi yang
terjaga kerana lampin yang basah. Walau bagaimana pun ini tidak bermakna
ibu-ibu boleh menjadikan ini sebagai alasan untuk kurang tidur.
Keletihan bukan sahaja boleh mengganggu pengeluaran susu malah ia boleh
mengganggu fungsi badan yang lain. Termasuk juga sistem pencernaan.
Dapatkan bantuan suami untuk membantu menyalin lampin bayi secara
bergilir-gilir pada waktu malam. Bagaimana pun anda masih perlu bangun
pada waktu malam untuk menyusukan bayi. Tetapi perlu berasa bertuah
kerana tidak perlu bangun untuk memanaskan air dan membancuh susu.
Tidur siang dalam jangka masa yang singkat boleh membantu mengurangkan keletihan tetapi pastikan anda tidak tidur berlebihan.
3. Kurang minum air
3. Kurang minum air
Badan kita menggunakan banyak air untuk pelbagai fungsi termasuk untuk
menghasilkan susu yang mencukupi. Pengambilan air yang terlalu kurang
boleh mengganggu pengeluaran susu.
4. Kehamilan
4. Kehamilan
Biasanya
pengeluaran susu selepas bulan keempat kehamilan akan mengalami sedikit
kemerosotan. Walau bagaimana pun pengeluaran akan kembali normal selepas
kelahiran bayi.
5. Pengambilan pil perancang
5. Pengambilan pil perancang
Walau pun ia jarang berlaku terdapat juga kebarangkalian pengeluaran berkurangan apabila ibu mengambil pil perancang kehamilan.
Terdapat juga faktor lain yang tidak dinyatakan seperti masalah ketidakstabilan hormon yang tidak dapat dinyatakan di sini kerana tidak begitu pasti bagaimana ianya terjadi. Sebagai alternatif anda juga boleh bertanya dengan mana-mana pakar laktasi mengenai perkara tersebut.
Setiap masalah pasti ada penyelesaiannya. Alhamdulillah, ramai yang dapat menyusukan anak tanpa susu formula sehingga anak berusia 2tahun dengan mengamalkan Set Penyusuan Shaklee. Mari kita dengar apa kata mereka:
Testimoni Pengguna |
Testimoni Pengguna |
Set Penyusuan Shaklee |
Ingin dapatkan Set Penyusuan Shaklee? Hubungi:
INA BAKERI
♥ sms/whatsApp: 013-4639523
♥ Emel
: norhaslinabakeri@yahoo.com
Saya sedang
mencari-cari mereka yang berminat untuk menjadi pengedar
Jana pendapatan
5angka hanya dari rumah.
Klik untuk info pengedar
No comments:
Post a Comment