Apa Itu Healing Crisis/Krisis Penyembuhan?



Entry kali ini adalah satu perkongsian buat anda semua yang baru berjinak-jinak dengan pengambilan suplemen. Ramai customer Ina juga customer pengedar lain yang pm Ina di Fb bertanyakan:

" Ina, kenapa akak makan Alfalfa tu, kepala akak pening dan muntah-muntah ye? 
" Ina, kenapa jerawat kat muka akak makin banyak la lepas ambil set kecantikan tu? takut akak nak teruskan makan."
" Ina, perlu ke akak teruskan makan sebab 3hari dah lutut akak yang memang sakit sebelum ni makin sakit lepas makan Ostematrik tu."

Jangan gusar atau khuatir kerana itu adalah proses ‘healing crisis’ atau sinonimnya krisis penyembuhan. Mari Ina jelaskan kepada anda semua dan melenyapkan kerisauan yang bertahkta dihati. =)

Apa Itu Healing Crisis/Krisis Penyembuhan?

" Reaksi yang berlaku apabila tubuh dalam proses menyingkirkan toksin dalam jangka masa yang lebih cepat dari biasa. Lebih banyak toksin dalam sistem tubuh, lebih banyak lagi detoksifikasi atau krisis penyembuhan yang akan berlaku. Ia adalah proses pembersihan dan detoksifikasi sementara yang boleh berlaku secara sedikit atau banyak. Anda akan berasa tidak sihat dan anda akan membuat andaian bahawa rawatan tersebut tidak berjaya. Sebaliknya, apa yang anda hadapi menunjukkan bahawa rawatan tersebut sedang bekerja dalam tubuh dan tubuh anda sedang menjalani pembersihan dari kotoran, toksin dan ketidakseimbangan. "

Bagi anda yang baru pertama kali mengamalkan suplemen semulajadi ini, saya nasihatkan anda mengambil dalam kuantiti yang sedikit. Jangan risau sekiranya anda mengalami krisis penyembuhan/healing crisis. Jangan terus berhenti daripada mengambil suplemen tersebut, tetapi teruskan seperti biasa dan ia akan beransur-ansur pulih. Ia bukan satu petanda ketidakserasian, atau badan anda tidak sesuai dengan Shaklee. Malah ia adalah petanda yang bagus dan menjadikan sistem dalaman kita lebih cergas bekerja.
 
Mengapa Berlakunya Krisis Penyembuhan?


Salah satu sebab mengapa berlakunya krisis penyembuhan ialah apabila anda cuba menjalani cara hidup yang lebih sihat. Sebagai contoh :
  • Sebelum ini anda tidak pernah berjogging atau membuat senaman ringan. Apabila anda mula bersenam, mesti keesokkan harinya anda akan berasa sengal2 badan. Betul tak? Itu juga adalah krisis penyembuhan.
  • Sebelum ini anda selalu amalkan ubat setiap kali kena demam, sakit kepala dan senggugut. Apabila anda amalkan suplemen semulajadi (sebagai contoh suplemen Shaklee) seperti B Complex untuk sakit kepala, vitamin C untuk kurangkan kepanasan dan selsema dan GLA complex untuk senggugut anda, anda akan mengalami krisis penyembuhan kerana bahan-bahan suplemen tersebut adalah dari bahan semulajadi yang mula bertindak balas terhadap sel tubuh anda. 
  • Sebelum ini anda makan makanan yang tidak mengikut piramid makanan yang betul, banyak makan makanan segera dan berminyak, dsb. Apabila anda cuba pemakanan yang lebih sihat seperti banyakkan makan sayuran dan buah buahan, anda akan mengalami krisis penyembuhan. 

Adakah saya akan mengalami KRISIS PENYEMBUHAN selepas mengambil suplemen Shaklee?

Kebanyakkan dari mereka yang mengamalkan suplemen Shaklee akan mengalaminya terutama bagi mereka yang tidak menjaga pemakanan harian serta tidak pernah mengamalkan pengambilan suplemen semulajadi. Ini menunjukkan suplemen/vitamin ini sedang menunjukkan tidakbalas terhadap sel dalam tubuh. Jangka masa krisis ini juga bergantung kepada individu. Ada yang hanya mengalaminya dalam masa 3-4 hari. Ada yang berminggu dan ada yang lebih dari sebulan. Ini kerana tahap toksin dalam tubuh badan manusia adalah berbeza mengikut individu. 

Ciri-ciri Healing Crisis


Tanda-tanda
Penyebab
Keletihan, berasa mengantuk
Tubuh anda berasid, fungsi hati yang lemah, terlalu letih, memerlukan rehat yang lebih
Sakit kepala, kepala terasa berat
Tekanan darah anda yang tinggi, tanda-tanda detoksifikasi
Demam, demam sedikit, keresahan
Metabolisma anda meningkat, merangsang fungsi imun badan
Cirit-birit, kerap membuang air besar, najis berwarna gelap dan berbau, air kencing berbau busuk
Tanda detoksifikasi kerana sisa-sisa toksin terkumpul di dalam kolon anda.
Kembung, perut bergas
Sistem penghadaman anda yang lemah
Ruam, gatal kulit, peluh berbau busuk, rembesan mukus, kelemumur
Fungsi hati anda yang lemah, kesihatan kolon dan sistem penghapusan yang lemah
Pengeluaran lendir seperti kahak, hidung berair
Fungsi paru-paru anda yang lemah, apabila mengeluarkan kahak, itu tanda detoksifikasi
Hidung berdarah
Mungkin tanda anemia (tidak cukup darah merah)
Sakit di bahagian otot dan sendi
Tubuh anda berasid, toksin terkumpul di tempat yang sakit
Merasa lebih sakit di bahagian yang terjejas
Proses penyembuhan yang semakin cepat
Insomnia atau hiperaktif
Sistem Saraf anda yang lemah
Haid tidak teratus, perubahan pada kitaran haid, gatal di punggung, semakin banyak mengeluarkan lendir
Ketidakseimbangan hormon dalam badan anda
Pendarahan ketika membuang air besar
Mungkin anda ada masalah buasir
Pening, lapar
Mungkin anda pengidap Hipoglisemia (paras gula dalam darah yang lemah) & anemia (tidak cukup darah merah)
Loya, sembelit, sedu
Sistem penghadaman anda lemah, masalah hati
Slight Edema (bengkak)
Berkemungkinan anda mengalami masalah buah pinggang

Bagaimana Cara Untuk Menghadapi Krisis Ini?

1) Banyakkan minum air kosong
Organ dalam tubuh kita terdiri sari sel-sel. Sel memerlukan air untuk berfungsi. Untuk suplemen anda diserap dengan sempurna oleh sel, anda perlukan air. Tahukah anda berapa banyak sel ada dalam tubuh anda? Oleh sebab itu, anda perlu membekalkan air yang mencukupi untuk sel dan organ dalam tubuh berfungsi dengan sempurna. Selain itu, air kosong juga berfungsi untuk melancarkan pengeluaran toksin dalam tubuh. 
CADANGAN : Setiap 25kg berat anda, anda perlukan 1 liter air. Jika berat anda 70kg, anda memerlukan 3 liter air setiap hari.

2) Perbanyakkan pengambilan buah-buahan serta sayuran 

Selain air kosong, anda juga boleh mendapat bekalan air dari buah buahan serta sayuran. Selain itu, ianya juga dapat membekalkan serat supaya toksin lebih mudah dikeluarkan melalui najis anda.
3) Cuba amalkan pemakanan yang lebih sihat 

Kurangkan perasa, garam dan gula dalam pemakanan anda. Cuba kurangkan panggunaan kosmetik/skincare yang mempunyai bahan kimia. Bahan kimia dalam kosmetik atau skincare akan mengakibatkan toksin semakin bertambah dalam badan dan menyebabkan krisis berlaku dalam masa yang lebih lama.


Jadi kepada anda semua yang mengalami krisis penyembuhan ini, jangan berhenti makan kerana proses ini hanyalah sementara. Semoga anda sentiasa sihat dan cergas bertenaga.


INA BAKERI 
♥ sms/whatsApp: 013-4639523 
♥ Emel : norhaslinabakeri@yahoo.com 
♥ Fb: www.facebook.com/nurhaslina.bakeri
   
Saya sedang mencari-cari mereka yang berminat untuk menjadi pengedar.
Jana pendapatan 5angka hanya dari rumah.  
Klik untuk info pengedar 

 

No comments:

Post a Comment

nRelate All Blog Sections

Ratings and Recommendations by outbrain