Cara Didik Anak Perempuan Memakai tudung




Bertudung atau berhijab merupakan syariat Islam yang wajib dijaga. Menerapkan tabiat dan disiplin bertudung pula wajib dimainkan oleh setiap ibubapa terhadap anak-anak perempuan mereka. 

Panduan Mudah Melatih Anak Bertudung
  • Seorang ibu itu wajiblah terlebih dahulu mengenakan tudung jika keluar rumah atau bersama orang bukan muhrim.
  • Belikan atau sediakan tudung yang sesuai dengan usia anak perempuan kita ni. kalau boleh biarlah cari warna yang budak-budak suka supaya dia suka sebab nampak cantik
  • Ingatkan atau pakaikan anak perempuan anda tudung setiap kali dia ingin keluar rumah, atau setiap kali kita bawa dia keluar..( biasanya anak-anak ini pakai tudung tak boleh tahan lama..tak mengapa..dah namanya pun latihan kan..)
  • Ceritakan sebab secara mudah kenapa orang perempuan beragama Islam wajib bertudung ( jika dia bertanya soalan yang berkaitan, sila berikan jawapan yang munasabah dan logik, sebab anak-anak kita ini belajar melalui persekitaran juga )
  • Cuba bawa anak pergi mandi manda atau berkelah ke kawasan air terjun atau taman tema air, dan ajar dia supaya tidak perlu tanggalkan tudung walaupun ingin berseronok ( supaya dia tahu bertudung bukan sahaja ditempat tertentu..dalam semua keadaan jangan sesekali buka tudung )

InsyaAllah, Jika kita inginkan kebaikan. Allah akan permudahkan. selagi namanya latihan, biar ada kekurangan dimana-mana..namun tetap ada pembaikan..
Mungkin ada banyak lagi cara yang boleh kita buat untuk melatih anak-anak perempuan kita bertudung, walau apapun yang penting semuanya ibarat melentur buluh dari rebung.


INA BAKERI 
♥ sms/whatsApp: 013-4639523 
♥ Emel : norhaslinabakeri@yahoo.com 
♥ Fb: www.facebook.com/nurhaslina.bakeri 

Saya sedang mencari-cari mereka yang berminat untuk menjadi pengedar.
Jana pendapatan 5angka hanya dari rumah.
Klik untuk info pengedar 


 

No comments:

Post a Comment

nRelate All Blog Sections

Ratings and Recommendations by outbrain