11 Tips Atasi Bengkak Susu



"Sakitnyaa bengkak susu. camne nak buat ni? Bagaimana nak memulihkan bengkak susu?"

Saya yakin, pasti ramai ibu bersalin yang mengalami masalah seperti ini, terutamanya ibu yang baru melahirkan anak pertama. Kesakitan yang ditanggung tidak mampu diungkap dengan kata-kata sehingga boleh mengakibatkan demam kepada si ibu. Tetapi anda jangan risau, bengkak susu ini bukanlah penyakit, tetapi berita gembira buat anda.


Bengkak susu ialah tanda positif anda sedang menghasilkan susu yang cukup untuk menyusukan bayi anda. Bengkak ini terjadi kerana penghasilan susu yang banyak dan tidak diperah mengakibatkan aerola menjadi keras. Perkara ini berlaku jika si ibu mengepam lebih daripada keperluan bayinya sedangkan bayi itu sudah menyusu dengan baik. Semakin kerap kita mengepam, semakin banyak penghasilan susu berlaku.
 
Jadi,selalunya ketika bengkak susu ini terjadi, bayi akan sukar untuk melekap pada payudara anda kerana areola( kawasan kulit gelap disekeliling puting) sangat keras. Di sini Ina kongsikan dengan anda 11 tips menghadapi situasi bengkak susu. Jemput membaca =)

11 Tips Atasi Bengkak Susu


1. Bra sokongan.
Pastikan anda memakai bra menyusu yang dapat menyokong payu dara pada waktu malam. Jangan terlalu longgar atau terlalu ketat.

2. Susukan bayi dengan kerap, selang 2 - 3 jam sekali. 
Jika bayi tidur, kejutkan bayi anda agar menyusu. Pastikan bayi menyusu daripada kedua-dua belah payu dara anda.

3. Perah dengan tangan / pam susu perlahan-lahan agar areola menjadi sedikit lembut.
Jika bengkak susu, bayi anda agak susah untuk menyusu dengan betul pada lekapan pada areola. Jadi cuba  perah atau pam perlahan-lahan bagi melembutkan areola. Dengan itu, bayi lebih mudah untuk melekap dan menyusu dengan betul.


Cara memerah susu dengan tangan

4.Guna tuala yang dituam air panas
Air panas merangsang pengeluaran susu. Tuam tuala tadi di dada. Atau boleh juga mandi air suam.

5. Urut payu dara ketika bayi sedang menyusu
Ianya akan membantu pengeluaran susu. Ia akan melancarkan pengeluaran susu sekaligus mengurangkan bengkak susu itu sendiri

6. Jika payu dara terlalu penuh, pam secepat mungkin. 
Jangan tunggu hingga ia mula membengkak.

7. Gunakan sikat rambut
Sikat perlahan-lahan payu dara dari arah atas hingga ke puting, berulang-ulang. Insyallah, aliran susu akan lancar semula.

8. Daun kubis
Ambik daun kubis dan tekup pada payu dara yang membengkak. Daun kubis bagus mengurangkan sakit bengkak susu kerana ia agak sejuk tetapi cara ini dibuat sekali sekala sahaja kerana ia boleh menyebabkan SUSU menjadi KERING.

Daun kubis dipercayai dapat mengurangkan kesakitan bengkak susu

9. Cuka makan
Ambil cuka makan dan campurkan dalam mangkuk. Ambil kapas, celup dan sapu pada sekeliling payu dara. Sapu sekeliling sahaja, hindarkan dari terkena puting. Sapu setiap kali bengkak hingga ia sembuh.

10. Daun sirih dan minyak zaitun
Ambil daun sirih sapukan minyak zaitun, layur pada permukaan panas. Apabila daun tersebut sudah suam-suam panas, tekupkan pada payu dara yang membengkak. Ianya membantu melancarkan semula pengeluaran susu dan mengurangkan rasa sakit akibat bengkak.

11. Ambil Suplemen
Lechtin sangat membantu dalam mengurangkan kesakitan bengkak susu dan bagus diamalkan sebelum terkenanya bengkak susu bagi mengelakkan ianya berlaku. Lechitin juga terdapat di dalam Set Berpantang Shaklee yang mana sangat bagus membakar lemak dan mengembalikan kelangsingan ibu bersalin.

Testimoni pengguna

Akhir sekali, jika anda tidak tahan lagi menanggung kesakitannya, teruslah berjumpa doktor. Buat pengetahuan anda, bengkak susu ini boleh berlaku sampai ke tahap perlu dibedah untuk mengeluarkan susu yang berbaki dan ada juga yang terpaksa mengambil ubat untuk menghentikan pengeluaran susu.

Bengkak susu

Semoga ilmu yang dikongsi memberi manfaat kepada anda =)


INA BAKERI
♥ sms/whatsApp: 013-4639523
♥ Emel : norhaslinabakeri@yahoo.com
♥ Fb: www.facebook.com/nurhaslina.bakeri

Saya sedang mencari-cari mereka yang berminat untuk menjadi pengedar.
Jana pendapatan 5angka hanya dari rumah.
Klik untuk info pengedar
 


No comments:

Post a Comment

nRelate All Blog Sections

Ratings and Recommendations by outbrain