Kita
semua pasti suka dengan kepelbagaian makanan di Malaysia terutamanya
nasi lemak dan roti canai. Tetapi adakah kita tahu kandungan kalori,
nutrisi, lemak, dan segala yang terkandung di dalam makanan tersebut?
Sekiranya diambil tanpa kawalan, makanan-makanan ini boleh menyebabkan
kegemukkan.
1. Nasi Lemak
Nasi
lemak adalah salah satu makanan kegemaran setiap rakyat Malaysia. Bukan
sahaja diambil pada waktu pagi, malah untuk makan tengahari dan makan
malam. Hidangan nasi lemak mengandungi karbohidrat, protein dan lemak.
Ia juga mengandungi lebih kurang 390 kalori tidak termasuk sambal, telur
rebus, ikan bilis dan kekacang.
Hidangan
lengkap sepinggan nasi lemak mengandungi lebih kurang 450 hingga 500
kalori. Lebih menggemukkan apabila makan bertambah dan kadang-kala ada
ayam goreng yang mengandungi 240 kalori, sambal sotong yang mengandungi
170 kalori atau pelbagai jenis lauk lain.
2. Roti Canai
Roti
canai dengan kuah kari adalah makanan paling laris pada waktu pagi,
bertambah enak jika dimakan bersama dalca dan sambal tumis. Sekeping
roti canai bersamaan dengan 300 kalori, jika dua keping bersamaan dengan
600 kalori. Tidak termasuk dengan kuah kari, dalca dan sambal tumis.
3. Nasi Goreng
Biasanya
sepinggan nasi goreng mengandungi lebih kurang 630 kalori. Ia menjadi
kurang seimbang kerana nasi tersebut digoreng dengan menggunakan minyak,
ditambah pula dengan ayam dan telur serta sedikit sayur. Nilai kalori
lebih tinggi kepada lemak dan karbohidrat, untuk lebih sihat cuba makan
tidak lebih daripada segenggam tangan.
4. Ais krim
Ais
krim sememangnya sedap dan menyejukkan, lebih-lebih lagi cuaca di
Malaysia yang panas 365 hari setahun. Namun, harus diingat ais krim
mempunyai nilai lemak, gula dan kalori yang tinggi. Dua scoop ais krim
mengandungi 380 kalori.
5. Burger
Semua
jenis burger mempunyai nilai kalori yang tinggi. Satu hidangan burger
biasanya terdiri daripada keju, sos cili, mayonis dan lebih istimewa di
tambah dengan sebiji telur yang mengandungi lebih kurang 475 kalori.
6. Mee kari
7. Makanan bergoreng
8. Susu Pekat Manis
9. Roti Manis dan Donut
Roti
manis seperti roti krim, roti coklat atau donut sememangnya tinggi
dengan kandungan lemak dan karbohidrat. Sebiji donut mengandungi
200kcal, sekiranya kita makan satu dozen yang mengandungi 6 biji donut
pastinya mengandungi 1200kcal. Pemakanan tanpa kawalan pasti boleh
memberi kesan kegemukan.
10. Mayonis
Sebenarnya
semua makanan yang disenaraikan diatas tidak akan mendatangkan kesan
kegemukkan jika diambil dalam kuantiti yang sedikit dan terkawal. Jika
kita mengambil semua makanan ini tanpa mengambil kira kalori dan lemak
yang terkandung di dalamnya, pasti kita akan berdepan dengan risiko
kegemukan. Oleh itu, kira harus kawal pemakanan dan tahu bagaimana
sukatan kalori setiap hari. Semoga berjaya!
Ingin kurus Tanpa berlapar boleh cuba set kurus shaklee.
Ingin kurus Tanpa berlapar boleh cuba set kurus shaklee.
No comments:
Post a Comment