Perlukah Aku Berkahwin Satu Lagi?



Rina sedang menyiapkan makan malam ketika aku tiba di rumah. Aku memegang tangannya dan berkata, “ Abang ada sesuatu nak beritahu”. Dia membisu dan dapat ku lihat keresahan di matanya.

Tiba-tiba lidahku kelu. Tapi aku nekad untuk memberitahunya. “Abang rasa kita sudah tidak serasi lagi. Kita cerai?”.Akhirnya, terlepas jua beban di dada. Tapi ku lihat Rina tenang dan dia hanya bertanya dengan lembut. “Mengapa bang? Apa salah saya?”. Giliran aku membisu dan ini menimbulkan kemarahan Rina. Air matanya mula menitis. Aku tahu dia mahukan jawapan tapi aku tiada jawapannya. Yang ku tahu, hatiku kini milik Tasya. Cintaku bukan pada Rina lagi.

5 Tips Atasi Masalah Kurang Susu


Proses penyusuan sememangnya satu proses semulajadi. Namun, ia boleh terganggu sekiranya ibu tidak mempunyai pengetahuan tentang proses penyusuan susu ibu. Jika anda berazam untuk menyusukan anak, dapatkanlah seberapa banyak ilmu tentang penyusuan susu ibu sejak mengandung lagi. Ilmu adalah penting untuk membantu anda memastikan proses penyusuan yang lancar. 

1. Tambah masa dan kekerapan
  • Asas utama dalam penyusuan susu ibu adalah Demand & Supply. Lebih kerap menyusukan dan pump, lebih banyak susu dihasilkan. Cuba pump setiap kali selepas bayi menyusu. Antara masa terbaik untuk pump adalah antara waktu malam ke pagi kerana hormon prolaktin yang tinggi ketika ini. Ambil sedikit masa untuk pump setiap kali lepas bangun tidur. Pump juga mesti konsisten mengikut jadual kerana ini akan melatih badan anda menghasilkan susu pada masa yang ditetapkan. Buat jadual perahan dan catatkan hasil perahan anda setiap kali selepas pump supaya anda dapat melihat perubahannya


2. Minum air kosong yang mencukupi

  • Amalkan minum segelas air kosong setiap kali semasa menyusu. Target minimum 3L sehari. 


3. Pemakanan seimbang

  • Susu lebih banyak dihasilkan ketika anda kenyang berbanding ketika lapar. Jangan tinggalkan sarapan pagi. Jika anda sedang menurunkan berat badan, makan dalam jumlah yang sedikit tetapi kerap supaya badan anda mendapat kalori yang diperlukan untuk menghasilkan susu.


4. Ambil makanan yang bersifat penggalak susu

  • Amalkan halba, oats, alfalfa, lobak putih, longan kering, kurma, air soya, sawi dan sebagainya. Namun keberkesananya berbeza mengikut individu.


5. Pengambilan supplement

  • Ramai ibu yang gagal mengamalkan diet seimbang. Kekurangan nutrisi penting boleh mengganggu penyusuan. Apatah lagi ramai yang berdiet, ambil perancang dan sebagainya. Jadi pengambilan supplement adalah alternative yang boleh membantu anda. 


Ingatlah bahawa asas pengeluaran susu adalah Supply & Demand. Semakin kerap anda menyusu atau pump, semakin banyak susu dihasilkan. Pump murah atau mahal tidak menjadi persoalan. Tapi soalnya adakah anda cukup berdisiplin, konsisten dan sanggup mengerah tenaga dan masa untuk pump susu buat si kecil? Selain itu, sentiasa yakin dan positif bahawa “SUSU SAYA BANYAK” dan sentiasa berdoa minta dimurahkan rezeki anak.


Shaklee juga menyediakan Set Penyusuan yang sangat diminati ibu-ibu menyusu di luar sana. Kata mereka, susu semakin meriah, pekat dan anak tidur lena kekenyangan.
Jom kita lihat apa yang terdapat di dalam set ini. Info lanjut, klik di SINI

INA BAKERI
♥ sms/whatsApp: 013-4639523

♥ Emel : norhaslinabakeri@yahoo.com



Saya sedang mencari-cari mereka yang berminat untuk menjadi pengedar.
Jana pendapatan 5angka hanya dari rumah.
Klik untuk info pengedar


6 Cara Uji Reflex Bayi



Walaupun bayi mempunyai kawalan terhad ke atas tubuh badannya tetapi bayi semulajadinya telah dibekalkan dengan pelbagai refleks untuk melindungi dirinya. Refleks ini adalah sebahagian daripada perkembangannya dan akan hilang sedikit demi sedikit apabila badan bayi anda tidak lagi memerlukannya. Jadi, sementara itu anda boleh melakukan aktiviti2 mudah ini untuk menguji releks bayi anda dan perkembangannya.

10 Cara Bermain Dengan Bayi




1. Luangkan masa 'one-one-one' dengan bayi anda
 

Cari masa untuk bermain dan berkomunikasi dengan bayi anda terutama semasa bayi dalam keadaan senyap kerana waktu ini lah bayi sebenarnya mahu meneroka persekitaran. Tetapi ramai yang tersalah menggunakan masa ini untuk berehat, mandi atau melakukan kerja sendiri.

8 Punca Susu Merundum



1. Penyusuan mengikut jadual
 

Ini menggangu proses Demand & Supply kerana badan ibu akan menghasilkan susu mengikut tahap rangsangan yang diterima. Jadi susukan bayi bila sahaja dia lapar.

Tips Mendekati "Due Date" Kelahiran


Kelahiran anak sulung sangat mendebarkan kerana kita tiada pengalaman yang boleh membantu kita. Teruja? Gementar? Takut? Panik? Pasti semua ini bermain di fikiran bakal ibu apabila semakin mendekati ‘Due Date’. Tetapi hakikatnya para suami juga merasakan perkara yang sama. Jadi berkomunikasilah dengan pasangan anda dan semoga info ini dapat membantu persiapan semua yang bakal menimang cahaya mata.

1. Berbincang Dengan Suami Anda Tentang Proses Bersalin
--> Komunikasi adalah penting. Takut? Gementar? Risau? Biarkan suami anda tahu kerana ia membuatkan dirinya terasa istimewa dan diperlukan. Tanya suami anda apa perasaannya dan apa yang ada di fikirannya tentang proses bersalin. Mewujudkan pertalian emosi ini penting dan sangat membantu apabila tibanya detik getir itu kerana anda tahu perasaan masing-masing dan ia membolehkan anda membantu sesama sendiri.

2. Libatkan Suami Anda Biarpun Dalam Perkara Kecil
--> Jika suami anda yang memandu ke hospital, ucapkan terima kasih tanda menghargainya. Suami anda boleh bantu anda bercakap dengan jururawat, menghubungi keluarga terdekat, bantu anda ke bilik air, dapatkan bantuan jururawat jika anda perlukannya dan bantu dengan segala keperluan anda. Membiarkan suami anda melakukan semua ini akan menenangkannya kerana kebanyakan suami akan rasa tidak terdaya apabila isteri mula sakit bersalin dan tidak tahu apa yang perlu dilakukan.

3. Ingat Bahawa Suami Anda Sentiasa Di Sisi Anda
--> Apabila kontraksi bermula, kesakitan yang dirasai boleh buatkan kita tidak sedar keadaan sekeliling. Ingatlah suami anda sentiasa di sisi dan sentiasa menunggu untuk melakukan sesuatu untuk anda. Urutan di belakang, kaki atau sekadar belaian halus boleh menenangkan anda dan suami anda pasti mahu melakukannya. Suami juga boleh bantu mengawasi jarak antara kontraksi. Jangan jadikan kesakitan itu sesuatu yang sangat serius. Berbuallah dengan suami anda perkara yang menggembirakan seperti kenangan lama atau tentang anak yang bakal lahir.

4. Jadikan Suami Sebagai Pendorong
--> Apabila sampai saat untuk meneran keluar bayi, berpalinglah kepada suami anda. Kepada para suami, kata dorongan sangat diperlukan oleh isteri anda ketika ini. Malah tiada siapa mampu memberi dorongan yang terbaik kerana suami lah yang paling mengenali isteri. Apabila selesai semuanya, ucaplah terima kasih kepada pasangan anda tanda menghargai kehadiran dan pengorbanan masing-masing. Ini akan membuka lembaran baru dalam diari rumah tangga anda. 
Sudahkah anda membuat persiapan menyambut kelahiran bayi anda?
Jika belum, Jom kita buat checklist kelengkapan menyambut bayi anda.


INA BAKERI
♥ sms/whatsApp: 013-4639523
♥ Emel : norhaslinabakeri@yahoo.com


Saya sedang mencari-cari mereka yang berminat untuk menjadi pengedar.
Jana pendapatan 5angka hanya dari rumah.
Klik untuk info pengedar



10 Proses Penciptaan Bayi

PENCIPTAAN BAYI, KEAJAIBAN ALAM
**********************************************

1. Dalam tempoh subur, melalui proses ovulasi, ovari wanita akan melepaskan satu sel ovum matang (telur) yang kemudiannya akan meneruskan perjalanan ke Tiub Fallopio

2. Dalam masa 24 jam, sel ovum ini tiba di Tiub Fallopia dan akan terus menunggu kedatangan pasangannya iaitu sel sperma. Di Tiub Fallopio juga lah akan berlaku proses persenyawaan.

3. Semasa proses ejakulasi, berjuta sel sperma akan dilepaskan ke dalam ruang rahim wanita melalui vagina dan sel sperma ini hanya mempunyai tempoh selama 72 jam untuk melakukan persenyawaan dengan sel ovum di Tiub Fallopio.

4. Sebaik memasuki ruang vagina, sekurang-kurangnya 50% sel sperma akan terus mati disebabkan persekitaran vagina yang terlalu berasid.

5. Baki sel sperma yang sihat dan kuat akan melalui ruang rahim untuk menuju ke Tiub Fallopio. Semasa di ruang rahim, 50% dari baki sel sperma akan mati kerana persekitaran rahim yang terlalu mencabar dan penuh dengan perangkap.

6. Baki sel sperma yang berjaya bertahan akan meneruskan perjalanan mereka ke Tiub Fallopio. Semasa melalui Tiub Fallopio sebahagian besar akan mati kerana kekurangan tenaga dan sebahagian besar lagi akan mati kerana terperangkap di celah-celah ‘cilia’ (bulu halus dalam Tiub Fallopio yang membantu pergerakan sel ovum tetapi boleh memerangkap sel sperma).

7. Baki sel sperma yang berjaya memasuki Tiub Fallopio akan menunggu kedatangan sel ovum. Sebaik sahaja sel ovum mengesan kehadiran sel sperma, ovum akan mengeluarkan hormon untuk menarik perhatian sel sperma.

8. Sel sperma yang sedang berehat akan berenang menuju ke sel ovum untuk persenyawaan. Daripada berjuta sel sperma yang dilepas ketika ejakulasi, hanya puluhan sel sperma yang berjaya sampai ke sel ovum.

9. Baki sel sperma akan bertarung untuk memasuki sel ovum tetapi hanya SATU sel sperma yang betul-betul sempurna, kuat dan sihat yang akan berjaya memasuki sel ovum untuk meneruskan proses persenyawaan manakala yang lain akan mati.

10. Sebaik sahaja proses persenyawaan berlaku, terbentuklah ‘embryo’ yang akan meneruskan perjalanan ke rahim dan akan terus membesar menjadi fetus dan kemudiannya lahir ke dunia sebagai seorang BAYI.

Bukan mudah untuk mengandung apatah lagi menjadi seorang ibu dan ayah. Proses kehamilan memerlukan 1 sel ovum yang sihat, 1 sel sperma yang sempurna, sihat dan kuat, masa yang sangat tepat dan izin Allah Jika tidak, kehamilan tidak akan terjadi. Itulah kejaiban ciptaan Allah.

7 Tanggapan SALAH Tentang Kehamilan Dan Bayi


7 Tanggapan SALAH Tentang Kehamilan Dan Bayi


1. Ibu hamil kena makan untuk 2 orang.
 -> Salah kerana semasa hamil ibu hanya memerlukan lebih kurang 300 kalori tambahan. Pengambilan makanan berlebihan akan menyebabkan kenaikan berat badan yang mendadak.

2. Semasa lahir, lagi berat bayi bermakna lagi sihat bayi itu. 

-> Salah kerana purata berat normal bayi adalah sekitar 2.8 kg. Berat bayi juga dipengaruhi oleh faktor genetik.

3. Sebaik kontraksi bermula, berjalan akan mempercepatkan kontraksi dan mempermudahkan proses bersalin.

-> Salah kerana tiada sebarang senaman atau pergerakan yang boleh mempercepatkan proses bersalin tapi ia membantu mengalihkan perhatian ibu daripada kesakitan kontraksi.

4. Ibu hamil tidak boleh menaiki kapal terbang ketika Trimester 3 kerana berisiko tinggi untuk bersalin disebabkan tekanan tinggi di udara. 
-> Salah kerana tekanan tidak akan menyebabkan kontraksi tetapi benar ibu hamil tidak dibenarkan naik kerana syarikat2 penerbangan khuatir ibu akan bersalin semasa kapal terbang di udara.

5. Ibu hamil tidak boleh bersenam dan ‘jogging’ kerana risiko keguguran. 

-> Salah kecuali jika ibu alami masalah rahim tidak kuat atau masalah2 kesihatan lain. Kajian menunjukkan senaman semasa hamil akan membantu memudahkan proses bersalin.

6. Jantina bayi boleh ditentukan mengikut bentuk perut ibu hamil. Bulat menandakan bayi perempuan dan lebar menandakan bayi lelaki. 

-> Salah kerana jantina hanya ditentukan melalui kromosom X atau Y yang dibawa oleh sel sperma semasa persenyawaan dengan sel ovum. Jadi setiap kehamilan ada 50-50 peluang utk bayi lelaki dan perempuan.

7. Nutrisi yang diperoleh oleh ibu hamil akan dibahagi sama rata untuk menyokong tumbesaran bayi dan kesihatan ibu hamil. 

 -> Salah kerana apabila hamil, badan ibu secara automatik akan meletakkan kandungan sebagai keperluan utama. Jadi bayi akan mendapat dahulu nutrisi yg diperlukan dan selebihnya akan diambil oleh badan ibu.




INA BAKERI
♥ sms/whatsApp: 013-4639523
♥ Emel : norhaslinabakeri@yahoo.com
♥ Fb: 
www.facebook.com/nurhaslina.bakeri

Saya sedang mencari-cari mereka yang berminat untuk menjadi pengedar.
Jana pendapatan 5angka hanya dari rumah.
Klik untuk info pengedar


9 Sebab ESP Hot Produk Shaklee


 
Kenapa ESP Menjadi Pilihan Ramai dan Menjadi Hot Produk Kami?
**********************************************************************
  1. Menjadikan kulit muka cantik, halus,gebu dan berseri 
  2. Memberi tenaga menjadikan badan semakin sihat dan kurang letih
  3. Membantu meningkatkan penghasilan susu ibu lebih cepat dan banyak
  4. Membantu menghasilkan susu yang lebih pekat dan berkrim menjadikan bayi anda akan cepat kenyang dan kurang meragam
  5. Membantu perkembangan fetus dan memastikan kesihatan ibu mengandung di tahap optimum
  6. Menganjalkan kulit dan menganjalkan kembali payudara yang kendur
  7. Cepat kenyang dan membantu dalam pegurusan berat badan.
  8. Bantu hilangkan parut jerawat di muka.  
  9. Untuk yang alami masalah kesuburan, ESP bantu membentuk tisu rahim serta sel ovum dan sel sperma yang sihat.

10 Fakta Menakjubkan Tentang Wanita

10 FAKTA MENAKJUBKAN TENTANG WANITA  
*******************************************************

1. Kajian oleh Universiti Illinois mengatakan wanita lebih penyayang dan setia berbanding lelaki. Rasulullah S.A.W bersabda, “Ibu lebih penyayang dari bapa dan doa orang penyayang tidak akan sia-sia”.

2. Lelaki hanya mampu menahan kesakitan sehigga 47 Del tetapi wanita mampu menahan kesakitan sehigga 57 Del ketika sakit bersalin. Itu bersamaan 20 tulang dipatahkan serentak. Khas untuk lelaki, hargailah ibu dan isteri anda

3. Wanita suka menangis tetapi bukan tanda mereka lemah. Wanita menangis untuk mencari dan mendapatkan kembali kekuatan diri.

4. Wanita suka ‘shopping’ sebab itu sahajalah masa di mana mereka rasa dapat mengawal keadaan mengikut kehendak mereka.

5. Mengikut kajian, dalam keadaan stress atau situasi tidak terkawal, lelaki cenderung untuk mengelak tetapi wanita cenderung memilih untuk menyelesaikannya.

6. Kajian menunjukkan memori wanita lebih kuat berbanding lelaki terutama perkara yang berkaitan dengan emosi. Sebab itu wanita lebih sensitif.

7. Naluri wanita lebih kuat dari lelaki. Ibu lebih bersikap melindungi dan tahu secara semulajadi bila situasi merbahaya untuk anak sedangkan bapa perlu berfikir sejenak sebelum sedar akan bahaya.

8. Rasulullah S.A.W bersabda, “ Apabila memanggil akan engkau dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.”

9. Wanita yang menyusui anaknya akan diberi satu kebajikan bagi setiap teguk susunya.

10. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu

5 Jenis Vitamin Tingkatkan Kesuburan



Jom kita review sikit khasiat di dalam setiap vitamin subur ini.

1) Vitamin C

Kekurangan vitamin C pada lelaki menyebabkan sel sperma bergumpal dan menghalang pergerakan sperma menuju ke sel ovum. Bagi perokok pula, toksin dari rokok akan menyebabkan pertumbuhan sel sperma tidak normal dan Vitamin C terbukti dapat meneutralkan kesan toksin rokok ke atas sel sperma. Elakkanlah merokok atau tingkatkan pengambilan Vitamin C anda. Bagi wanita, berlebihan Vitamin C akan mengeringkan cecair servik dan menghalang sel sperma menuju ke sel ovum. Jangan ambil Vitamin C melebihi keperluan harian anda.

10 Fakta Menarik Tentang Kelahiran


10 Fakta Menarik Tentang Kelahiran

  1. Hanya 5% bayi yang lahir pada tarikh EDD (Estimated Due Date) mereka. Kebanyakannya lahir antara minggu ke 37 dan 42 kehamilan.
  2. Sehingga bersalin, rahim ibu akan mengembang 500 kali ganda dari saiz normal untuk menampung kandungannya.
  3. Purata darah yang hilang melalui proses kelahiran normal adalah 500ml.
  4. 80% wanita mengalami sindrom “Baby Blues” semasa 2 minggu terawal selepas bersalin disebabkan oleh perubahan hormon badan.
  5. Hanya 1 daripada 10 wanita mengalami pecah air ketuban sebelum proses bersalin bermula. Kebanyakan wanita hanya akan mengalaminya apabila mereka telah bersedia untuk meneran keluar bayi.
  6. Badan manusia hanya mampu menanggung kesakitan sehingga 45 Del. Tetapi semasa bersalin ibu akan mengalami sehingga 57 Del yang bersamaan dengan 20 tulang dipatahkan serentak. 
  7. Apabila seorang ibu mula sakit hendak bersalin, tercatatlah pahala jihad baginya.
  8. Apabila seorang ibu melahirkan anak, terhapuslah dosa-dosa lepas bagi wanita itu.
  9. Ibu bersalin akan dapat pahala 70 tahun solat dan puasa. 
  10. Setiap kesakitan pada satu uratnya, Allah hadiahkannya pahala menunaikan haji.


INA BAKERI
♥ sms/whatsApp: 013-4639523
♥ Emel : norhaslinabakeri@yahoo.com
♥ Fb: 
www.facebook.com/nurhaslina.bakeri

Saya sedang mencari-cari mereka yang berminat untuk menjadi pengedar.
Jana pendapatan 5angka hanya dari rumah.
Klik untuk info pengedar


10 Fakta Menarik Tentang Bayi

10 FAKTA MENARIK TENTANG BAYI
**********************************

* Bayi mengenali ibu terlebih dahulu sebelum ayah. Bayi mengenali suara ibu dari dalam rahim dan dapat mengenali suara dan bau ibu sebaik lahir.

* Bayi boleh melindungi diri sendiri daripada tercekik. Dikenali sebagai “protective reflex”, lidah bayi secara automatic akan menolak keluar objek asing untuk mengelakkan bayi dari tercekik.

* Warna asal mata kebanyakan bayi yang baru lahir adalah biru dan warna ini akan berubah kemudian selepas beberapa minit lahir.

* Bayi mengenali bau susu ibu. Anda mungkin menyedari bahawa sebaik anda mendekati bayi anda, dia akan meragam dan banyak kerenah. Ini kerana bayi anda mengenali bau susu dan dia tahu makanannya sudah sampai.

*Bayi mula tersenyum pada usia 6-12 minggu.

* Bayi menangis tidak mengalirkan air mata sehinga berusia 3-12 minggu.

* Bayi dilahirkan mempunyai 300 tulang tetapi tulang-tulang ini akan bercantum kemudiannya membentuk 206 tulang sahaja seperti mana jumlah tulang orang dewasa.

* Bayi dilahirkan tanpa lutut.

* Bayi dilahirkan dengan keupayaan untuk berenang dan menahan nafas tetapi kelebihan ini akan hilang sepanjang tumbesarannya.

* Di dalam 1 kajian, saintis di Norway membuat 1 penemuan mengejutkan apabila bayi yang baru dilahirkan dan diletak di atas perut ibunya, merangkak perlahan-lahan menuju ke payudara ibunya dan menyusu tanpa sebarang bantuan dari ibu.

Baguskah Susu Formula?



“Jika seorang wanita menyusukan anaknya sehingga cukup tempoh 2 tahun setengah, maka malaikat di langit khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya”.

Sekadar renungan untuk kita para ibu sama-sama menyedari betapa besarnya hikmah kita menyusukan anak kita. Sabtu lepas saya dan suami singgah solat Maghrib di sebuah masjid di Setapak dan kebetulan ada ceramah berkaitan dengan anak. Kata ustaz, adalah wajib untuk seorang ibu dan bapa memenuhi hak anak termasuk hak menyusu badan. Kata ustaz lagi, adalah berdosa sekiranya ibu tidak memberi susu badan kepada anak kerana itu adalah hak seorang anak yang telah ditetapkan oleh Allah.

7 Tips Penyusuan Berjaya



1. Mulakan penyusuan sebaik sahaja bayi anda dilahirkan
 

Kajian menunjukkan selepas beberapa minit lahir, bayi dengan automatik akan mencari puting ibu untuk menyusu. Bayi yang ‘self-attached’ akan mengalami kurang masalah dengan penyusuan badan.

Tips Pilih Buah Tembikai Manis

Dulu kalau nak beli tembikai je mesti ketuk2x dulu..gaya cam pandai je..tapi apa yang diketuk pun tak tahu..haha

haaa, ni ina kongsikan tips nak pilih buah tembikai yang manis. tryla, kompem tak mengecewakan! =P


Katakan TIDAKKKK pada jerawat dimuka!

Stress kan bila ada jerawat hinggap dimuka. Kalau satu dua je takpe, ni abis satu muka. Parut yang lama tak hilang lagi, tambah pulak yang baru.huhu

Jangan pening jangan bersedih hati, Shaklee akan datang membantu. Rawatan dari dalam dengan mengamalkan Set Kecantikan Shaklee. Inilah hasilnya:



Apa yang anda dapat setelah mengambil Set Kecantikan shaklee??

  1. Jerawat kecut!
  2. Parut-parut semakin pudar dan hilang!
  3. Kulit semakin cerah, licin berseri!
  4. Bonusnya, kesihatan dalaman pun semakin baik!
  5. Hubungan suami isteri semakin mengancam!
  6. Tahap kesuburan pun semakin meningkat!
Haaaaa...banyak kan kebaikannya.
Apa tunggu lagi, jom kita berSHAKLEE..


FB: INA BAKERI
SMS/WASSAP : 013-4639523

Period Sebulan 3 4 kali. Normal kah?

 Assalamualaikum semua.

Siapa dekat sini period datang seminggu sekali? atau sebulan 2kali? Lepas tu datang sikit-sikit je??

Jika itu berlaku kepada anda, itu tandanya period anda tidak normal. Kitaran period yang normal adalah sebulan sekali 6-7 hari dan panjang kitaran period 28hari.

Ina nasihatkan cuba GLA COMPLEX SHAKLEE.


ISTIMEWANYA GLA COMPLEX
* Membantu mengawal dan mengatur kitaran haid
* Membantu meningkatkan kesuburan
* Melegakan PMS (sindrom pra-haid)
* Membantu dalam menangani menopus
* Menguatkan kuku dan rambut
* Menjadikan kulit lebih sihat dan berseri-seri
* Membantu menangani ekzema
* Melegakan simptom akibat artritis reumatoid
* Mengandungi vitamin E untuk menguatkan dinding arteri
* Menguatkan imuniti tubuh
* Memperlahankan proses penuaan
* Mengurangkan blood-clot yang boleh menyebabkan serangan jantung
* Mengawal kencing manis dan darah tinggi
* Mengawal kolesterol
* Untuk fungsi saraf




SMS/WASSAP 013-4639523 INA BAKERI

Bahaya Sembelit Kepada Kanak-Kanak

Sembelit - menyumbang kepada masalah penyakit kronik

 
Sembelit boleh menyumbang kepada masalah penyakit kronik kepada anak anda. Oleh itu jangan dipandang ringan jika mereka mengalami masalah ini.  Tanda-tanda anak anda mengalami sembelit adalah mereka mengalami senak perut, kurang selera makan, gelisah dan kerap buang air kecil.

Sembelit berlaku kerana najis mereka keras dan kering.  Ia adalah kerana anak anda jarang membuang air besar.  Faktor utama sembelit adalah kerana kekurangan kandungan serat di dalam diet harian mereka dan juga kerana kekurangan jumlah air yang diminum.  Serat dan jumlah air yang cukup adalah sangat penting untuk pergerakan makanan di dalam usus.  Gangguan pergerakan makanan dalam usus akan menyebabkan najis terkumpul dan akan menyebabkan najis keras dan menyukarkan pembuangan air besar.

Masalah sembelit juga adalah disebabkan  oleh penyakit hirschprung yang sering di alami oleh bayi lelaki yang menghidapi sindrom down.  Ini adalah kerana masalah saraf usus yang tidak sempurna yang menyebabkan mereka mengalami masalah sukar membuang air besar.

Sembelit juga mungkin adalah disebabkan oleh masalah usus tersumbat.  Masalah ini selalunya dialami sejak lahir lagi kerana bahgian usus mereka sempit.  Ia hanya boleh diatasi dengan pembedahan.

Bahaya sembelit
  1. Penyakit saraf - Sembelit adakalanya menjadi petanda kepada penyakit lain seperti penyakit saraf, cerebral palsy dan masalah tulang belakang.  
  2. Jangkitan air kencing - Ini adalah kerana najis keras akan menekan saluran air kencing dan mengganggu pengaliran air kencing.
  3. Pendarahan dan dubur luka - Pengumpulan najis yang terlalu lama akan menyebabkan usus bengkak.  Kesukaran membuang air besar akan menyebabkan anak anda meneran sehingga bahagian luar duburnya akan luka dan berdarah.  Kadangkala ia akan menyebabkan pendarahan.
  4. Kesan psikologi - Kajian doktor mendapati kanak-kanak yang mengalami masalah sembelit mempunyai kurang keyakinan diri. 

Cara mengatasi masalah sembelit
  1. Mengawasi pemakanan - Galakkan anak anda mengambil makanan berserat tinggi seperti  buah-buahan, sayur-sayuran dan lebihkan meminum air masak.
  2. Memastikan anak anda membuang air besar dengan posisi yang betul iaitu dengan mencangkung atau duduk di atas mangkuk tandas.  Mangkuk tandas kanak-kanak ada dijual di pasaran.  
  3. Mengamalkan makanan tambahan seperti MealShake Shaklee yang telah terbukti berkesan mengatasi masalah sembelit kanak-kanak.
 

SMS/WASSAP 013-4639523 INA BAKERI

Berat Naik 2kg Dalam Masa 2minggu



Anda ada masalah berat badan tidak ideal??
Terlalu Kurus??

Mealshake adalah pilihan bijak untuk anda!

✔ MEAL SHAKES
➜ kaya dengan 24 jenis vitamin, mineral dan zat
➜ dilengkapi dengan asid amino yang diperlukan oleh tubuh kita
➜ kaya dengan protein (tanpa laktosa) yang membantu membekalkan nutrisi kepada sel tubuh kita
➜ Apabila sel tubuh kita sihat maka tubuh kita akan lebih mudah untuk menyerap nutrisi yang diperlukan
➜ Asas kepada penambahan berat badan adalah dengan mengamalkan pengambilan makanan yang tinggi khasiat protein

Juga sesuai untuk kanak-kanak yang kurang selera makan dan sembelit.

Dapatkan Mealshake anda hari ini.
SMS/WASSAP 013-4639523 INA BAKERI
Shaklee Distributor

Tips Tambah Berat Badan



Tips Tambah Berat Badan

1.Penting untuk mengambil banyak makanan yang tinggi kalori,protien dan garam galian

Caranya: gantikan nasi dengan roti.Roti mempunyai kalori lebih besar berbanding nasi atau boleh mengambil nasi dan sejam kemudian roti

2.Jangan tinggalkan waktu makan dan seelok-eloknya makan tiga hidangan utama bersama dua atau tiga hidangan snek sehari

caranya: pilih snek yang tidak mengandungi bahan kimia dan pengawet berlebihan.digalakkan mengambil snek seperti sandwich,kekacang,biskut,minuman bersusu,jus,keju,buah-buahan kering dan kentang lenyek.

3.Makan secara kerap.jika tidak mempunyai selera makan,boleh makan lima atau enam hidangan kecil sehari
caranya: ambil hidangan yang sihat.amalan mengambil makanan ringan bukan sahaja menambah lemak yang tidak sihat,tetapi melambatkan proses metabolisme tubuh.

4.Pada waktu pagi,ambil makanan yang mempunyai sumber karbohidrat dan protien tinggi

caranya: minum satu gelas susu pada setiap hari,roti atau telur separuh masak.hindari makanan yang mengandungi banyak lemak

5.Melakukan senaman secara teratur

caranya:lakukan senaman senaman bina badan,angkat berat dan tekan tubi untuk membina otot badan 30 minit setiap tiga atau empat kali seminggu.pastikan yang bertambah adalah otot bukan lemak ketika proses menambah berat badan

6.Selepas selesai senaman,boleh gantikan tenaga yang keluar dengan mengambil makanan yang berkalori tinggi

caranya: ambil makanan yang mempunyai sumber protien dan karbohidrat.ini untuk mengantikan kandungan gula dalam badan yang telah dikeluarkan sewaktu melakukan senaman.

7.Mengamalkan pemakanan mengikut panduan piramid pemakanan Malaysia

caranya:lebihkan pengambilan hidangan bagi setiap kumpulan makanan kecuali gula,minyak dan lemak dalam makanan

8.Sokongan makanan tambahan

caranya: contohnya vitamin B yang membantu mencerna nutrisi yang diambil.

Anda juga boleh mencuba Mealshake Shaklee yang telah terbukti berkesan menaikkan berat badan. 


 
Jadi kepada yang terlalu kurus boleh cuba amalkan..In Shaa Allah berkesan. Kita dah usaha kan?yang lain tu kerja Allah SWT =)

SMS/WASSAP 013-4639523 INA BAKERI

Tips Tingkatkan Selera Makan Anak



Adakah pekara ini terjadi kepada anak anda??

Tiada selera makan??
Badan anak semakin kurus??
Sembelit??

Risau anak anda kekurangan zat dan vitamin??
Apakata anda cuba MealShake!

"AlhamduLILLAH, lepas 3 hari try Shaklee Mealshake,Alif dah mula menampakkan perubahan..dia dah mula mintak makan..dan makan pun takde ler tunjuk 4 jari dia tu dah..makan abes sampai dia betul2 kenyang..and takde dah makan benda2 merapu tu..dan dia mula nampak aktif, ceria dan sihat.. - Pn Ayu

Apa itu MealShake? 
Shaklee Meal Shakes merupakan makanan segera yang rendah lemak dan rendah-glycemic. Rasanya juga enak serta boleh dibancuh dengan mana-mana hidangan atau snek lain. Ia mengandungi 19 vitamin utama dan mineral tambahan dan jika dihidang seperti yang disarankan ia kaya dengan sumber kalsium dan protein yang amat diperlukan oleh kanak-kanak untuk membesar, kuat dan sihat. Pilihan protein soya terbaik anda

Setiap bancuhan MealShake memberikan satu pertiga daripada US RDA dengan 19 vitamin/ galian yang diperlukan bersama dengan protein, galian dan 3gm serat.Naturally good nutrition n great taste. No artificial flavor,colors,sweeteners or preservatives added..


Khasiat MealShake:
1.Kurangkan Ekzema
2.Untuk Tumbesaran
3.Untuk Perkembangan Minda
4.Untuk Tingkatkan Selera Makan anak
5.Untuk Anak yang dah berhenti susu ibu
6.Untuk Anak kekal aktif
7.Sebagai perlindungan jangkitan penyakit kepada anak-anak
8.Meningkatkan berat badan anak
9.Membantu anak fokus
10.Membantu kurangkan kekerapan asthma
11.Mengatasi masalah sembelit pada anak
12.Supplement yang sesuai untuk anak yang menghadapi masalah diabetes tahap 1
13.Membantu menurunkan berat badan anak yang obesiti
14.Ambil semasa sarapan meningkatkan kecergasan seawal pagi
15.Supplement yang sangat mudah disediakan, boleh dicampurkan ke dalam bijirin atau susu

SMS/WASSAP 013-4639523 INA BAKERI

Tanda-Tanda atau Gejala Endrometriosis, Fibroid & Cyst.




Tanda-Tanda atau Gejala Endrometriosis, Fibroid & Cyst.

 1) Gangguan haid

seperti pendarahan yang banyak dan berpanjangan, berketul-ketul, atau terlalu sedikit. Setiap wanita, khususnya mereka yang berumur empat puluhan yang mengalami masalah gangguan haid, mestilah mendapatkan pemeriksaan dan rawatan dari doktor, khususnya doktor pakar sakit puan.

 2) Masalah Ketidaksuburan Atau Kemandulan

Fibroid boleh juga menimbulkan masalah ketidaksuburan atau kemandulan di kalangan wanita. Oleh itu, wanita yang lambat berkahwin ataupun setelah beberapa tahun kahwin dan tidak mendapat anak, perlulah mendapatkan pemeriksaan daripada doktor pakar untuk mengesan sama ada dia mengalami masalah ketumbuhan dalam rahim. Tidak semestinya semua wanita yang mengalami ketumbuhan fibroid tidak boleh mengandung kerana ramai juga wanita yang mempunyai fibroid dan masih boleh mengandung.

3) Kerap Keguguran atau Bayi Songsang
 

Ketumbuhan yang terlalu besar akan menekan rahim lalu boleh menyebabkan risiko keguguran atau menimbulkan masalah pada keudukan bayi. Adakala ia boleh menyekat kelahiran bayi kerana ketumbuhan itu terlalu besar dan tidak membolehkan kepala bayi turun ke rongga pelvic. Wanita yang mengandung dengan fibroid kadangkala mengalami kesakitan kerana fibroid ini menjadi tegang dan tertekan.

4) Kerap Terkucil / Kencing
 

Oleh kerana pundi air kencing terletak di sebelah rahim, maka jika ada ketumbuhan dalam rahim, pundi kencing akan tertekan. Akibatnya wanita itu akan menghadapi masalah kerap kencing atau terkucil (tidak dapat menahan kencing apabila batuk atau bersin.

5) Senggugut Yang Teruk

6) Perut buncit yang ketara atau seperti mengandung

Jika kita merasakan terdapat tanda-tanda sedemikian, eloklah kita pergi berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut.

Atau anda boleh mencuba GLA COMPLEX SHAKLEE

"Pertama kali cyst dikesan pada 9.2.11 dengan ukuran 5.37cm, doktor telah mencadangkan agar pembedahan dilakukan. 1 tarikh telah dicadangkan.  Beliau keberatan untuk menjalani pembedahan dan cuba mencari alternatif bagi menyelesaikan masalah tersebut. Beliau mula mengambil GLA COMPLEX.
Temu janji ke 2 pada 4.4.11 cyst tersebut mengecil ke ukuran 5.03cm, pembedahan masih dicadangkan.
ALHAMDULILLAH, pada 13.5.2011 iaitu temu janji ke 3, cyst SEMAKIN mengecil ke ukuran 2.73cm dan pembedahan DIBATALKAN.
~KREDIT TO DILA ROSLAN~

SMS/WASSAP UNTUK KETERANGAN LANJUT.
INA BAKERI 013-4639523

Hamil Setelah 2 Tahun Menunggu!



Alhamdullilah syukur pada Allah. 8/8/13 genap usia kandungan sy 5 bulan. Masih berbaki 4 bulan sebelum si precious ni kuar. Terima kasih Allah sebab ditemukan dengan Shaklee dan diberi rezeki setelah 2 tahun tunggu.

Awal bulan 2 2013 sy dan suami start makan SET KESUBURAN + ESP , lepas disahkan hamil bulan 3 2013, sy sambung dengan pengambilan SET HAMIL TRIMESTER 1 (VITALEA,BCOMPLEX,VITA C,OSTEMATRIX + ESP) dan sy sambung dengan SET HAMIL TRIMESTER 2/3 dengan hanya tambah OMEGA GUARD. sy langsung tak ambil ubat dari doctor. 100% SHAKLEE.

Bulan 12 ni Inshaallah sy bersalin. boleh la ambil Set Pantang Shaklee pulak. Shaklee mmg terbaik! ~Farah Nur Zahirah

Anda ingin mencuba SET KESUBURAN SHAKLEE??

HUBUNGI INA SEGERA 013-4639523 UNTUK RUNDINGAN PERCUMA.

Tanda- Tanda Menopause




Anda semua biasa dengar menopause kan? Kebiasaannya kita menghubungkaitkan menopause dengan putus haid. Sedangkan terlalu banyak lagi perkara yang kita perlu ambil tahu mengenai menopause apabila ianya berlaku ke atas seorang wanita. Gejala atau tanda-tanda menopause ini boleh kita perhatikan pada wanita berumur yang paling hampir dengan kita. Contohnya ibu kita atau mungkin majikan kita yang sudah berumur. Selain itu, menopause juga boleh berlaku pada wanita yang lebih muda usianya daripada 50-an. Jom kenali gejala menopause.

Apa itu menopause?
* Bermaksud tiada lagi mengalami kedatangan haid
* Anda tidak boleh lagi mendapat zuriat
* Haid mungkin berhenti secara tiba-tiba, beransur ansur atau tidak tetap


Bila menopause berlaku?

Menopause berlaku dikalangan wanita yang berumur 45 hingga 55 tahun, purata pada umur 50 tahun.

Bolehkah menopause berlaku sebelum usia 40 tahun?

Ya, ia boleh berlaku sebelum berusia 40 tahun. Ia dikenali sebagai menopause awal, ini bermakna ovari tidak lagi berfungsi. Bilangannya sekitar satu peratus dari jumlah wanita menopause yang mungkin disebabkan oleh :

* Pembedahan, contohnya mengeluarkan barah ovari
* Penyakit-penyakit darah (autoimune) contoh Systemic lupus Erythromatosus, rheumatoid arthritis, Hypothyroidism atau Crohn's disease
* Penyakit keturunan contoh, Familial ovarian failure dan galactosaemia
* Jangkitan viral
* Kebanyakan sebab-sebab masih belum diketahui.

Apakah tanda-tanda menopause?

Tanda tanda menopause terbahagi kepada:

1. Gejala vasomotor

* Panas dan kemerahan dimuka
* Berpeluh
* Denyutan jantung yang laju
* Serangan kegugupan (panik)
* Susah tidur

2. Gejala mental

* Emosi yang berubah-ubah
* Suasana perasaan yang berubah-ubah
* Keletihan
* Kurang daya ingatan
* Mudah tersinggung
* Kurang daya seks

3. Gejala saluran kencing/Urogenital

* Kekeringan faraj
* Kerap kencing
* Kencing tidak terkawal

4. Penyakit tulang
* Tulang menipis (osteoporosis)
* Ketinggian badan mengurang
* Kepatahan tulang

5. Lain-lain gejala

* Kulit menipis ( atrophy )
* Kehilangan anjalan kulit
* Kulit kering
* Rambut bertambah gugur
* Mudah mendapat ruam

Apa itu keadaan panas dan kemerahan dimuka?
85% wanita yang menopause mengalami keadaan panas dan kemerahan dimuka (hot flush)

* Kebiasaannya kepanasan mula dirasai dari kepala dan muka kemudian menular keleher serta lain lain bahagian badan
* Berakhir untuk tempoh 3 hingga 6 minit
* Berserta dengan kelajuan denyutan jantung secara tiba-tiba, suhu kulit meningkat dan berpeluh-peluh
* boleh berlaku sekali dalam sebulan, sekali dalam seminggu atau beberapa kali dalam setiap jam.

Apakah komplikasi-komplikasi menopause?

* Penyakit jantung
* Osteoporosis ( Kemampatan tulang mengurang yang menyebabkan tulang menjadi rapoh )
* Angin akhmar ( stroke )

Adakah rawatan untuk tanda tanda menopause?
Tingkatkan gaya hidup sihat dapat mengurangkan dengan berkesan gejala-gejala menopause yang tidak disenangi. Ini termasuk:

* Makanan berkhasiat
* Elakan merokok
* Selalu bersenam
* Berfikir secara positif
* Melakukan pemeriksaan Pap Smear
* Melakukan pemeriksaan payudara



GLA Complex Shaklee adalah vitamin terbaik yang boleh diambil oleh wanita yang menghampiri menopause ataupun yang telah menopause. Bagaimana GLA Complex Shaklee membantu wanita-wanita ini?

1- Antara fungsi utama GLA Complex ialah mengawal selia hormon estrogen dan testosteron. Semasa menopos, hormon estrogen turun secara mendadak. Pengambilan GLA complex membantu dalam penghasilan semula hormon estrogen. Selain itu hormon estrogen yang meningkat akan membantu pemulihan mood swing yang biasa berlaku dikalangan wanita menopos.

2- Bagi wanita yang mengalami menopos awal (pre-menopos) adalah sangat digalakkan mengambil GLA. Ini kerana GLA membantu melambatkan menopos dengan cara memperbaiki keadaan semasa seperti rasa panas (hot flushes), insomnia, ketidakhadaman dan depresi.

3- Pengambilan jangka panjang juga mampu melambatkan penuaan, mengetatkan kembali uterus, memberi tone kepada uterus dan kulit menjadi lebih lembap dan muda.

4- Wanita menopos yang kerap mengalami kepanasan dan timbul bintik ruam, ia boleh dikurangkan dengan GLA. GLA membantu memperbaiki inflamasi kulit seperti kulit kering, eczema, kegatalan, dan mengurangkan rasa sakit seperti bengkak sendi.

5- Pertambahan berat wanita menopos juga agak membimbangkan. Ini juga boleh ditangani dengan mengambil GLA complex. GLA membantu menurunkan kadar kolesterol jahat LDL, meransang peredaran darah, memperbaiki tekanan darah tinggi, dan mampu membantu menurunkan berat badan.

Jadi, GLA Complex adalah sangat disarankan untuk wanita berusia terutamanya yang bakal, dan sedang menghadapi menopause.

Testimoni daripada pengguna,

 

Berminat Ingin Mencuba GLA Shaklee?
Ingin harga murah diskaun sehingga 30%?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah??

Jom daftar ahli sekarang!
http://mamacomelarissa.blogspot.com/p/sertai-shaklee.html


Hubungi Ina untuk:

FREE CONSULTATION and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!

(CALL/SMS/WASSAP : 013-4639523)
INA BAKERI
 

nRelate All Blog Sections

Ratings and Recommendations by outbrain