Cara Penyimpanan Susu Perahan



TAHUKAH ANDA Susu ibu mengandungi sel hidup? Oleh sebab itu, susu ibu yang diperah perlu disimpan dengan kaedah yang betul untuk memastikan kandungan nutriennya terpelihara dan tidak musnah. Susu ibu sebenarnya mempunyai bahan anti-bakteria yang membolehkannya kekal segar dan tahan lama.Sebelum tu, jom kita kenalpasti dahulu istilah-istilah penting susu perahan.

Istilah Penting
  • EBM = Expressed Breast Milk
  • Fresh EBM = Susu yg baru diperah
  • Chilled EBM = Susu yg dah perah, disejukkan bhgn sejuk (bukan beku). chilled EBM akan membentuk dua lapisan, ia bukan basi
  • Frozen EBM = Susu yg simpan dlm tempat beku 

Bekas Penyimpanan Yang Sesuai
  1. Bekas plastik atau botol susu bebas BPA (Bisphenol-A)
  2. Bekas kaca atau bekas plastik berbucu keras (seperti Tupperware)
  3. Breast milk storage liners yang memang dikhususkan untuk menyimpan perahan susu ibu
  4. Bekas dadih - Ianya boleh digunakan sehingga 3 kali sebelum dibuang.
  5. Pastikan setiap bekas penyimpanan telah dibersihkan, disteril dan dikeringkan dengan sempurna sebelum digunakan. 
  6. Apabila susu telah disimpan di dlm bekas, pastikan setiap bekas ditandakan dgn lebel.
  • Tarikh Perahan (Guna susu yang terdahulu)
  • Waktu perahan (Guna susu yang terdahulu)
  • Kuantiti susu yang diperah
  • Nama Bayi (untuk mengelakkan tertukarnya perahan susu ibu tadi jika ramai bayi di taska/ pusat jagaan harian)

Simpan susu dalam kuantiti mencukupi untuk 1 kali penyusuan untuk 1 bekas, contohnya 2 – 4 oz sahaja setiap bekas untuk mengelakkan pembaziran.

Tempat Penyimpanan


SUHU BILIK?
  • Jika bilik tidak ber-AC (aircond) (25 oC - 37 oC), disarankan tidak lebih dr 4 jam
  • Jika bilik ber-AC (15 oC - 25 oC), boleh sampai 6-8 jam
catatan: suhu di atas harus stabil, cth bilik ber-AC, tidak dioffkan spjg botol ASI ada di dalam bilik tersebut.

FRIDGE/FREEZER?

  • Peti Sejuk (1 pintu) - bahagian beku - 2 minggu
  • Peti Sejuk (2 pintu)
  • bahagian beku (-20 °C) - 3 bulan
  • pintu bawah(rak paling atas) (2 °C- 4 °C)
  • (sebelum dibekukan) - 3-5 hari (hari yg ke 5, masukkn terus ke bahagian beku)
  • (selepas dibekukan>>chiller) - 24 jam
  • Deep freezer, tahan antara 6 bulan

Jika ibu menyimpan susu di dalam tempat pembeku yang mempunyai suhu sehingga -1 darjah celcius, susu boleh tahan selama 1 tahun

BEKAS PENYEJUK?
  • cooler bag/box (0-4 °C), tahan sehingga 12-24 jam

Peringatan
  • susu yang dah dicairkan tidak boleh dibekukan semula
  • susu yang dipanaskan tidak boleh disimpan sejuk semula

Tips dan Cara Penyimpanan
 

Di Pejabat
  • Simpan susu yg telah diperah di bahagian bawah peti sejuk dan bukan di bhgn beku. Ini bertujuan memelihara kehilangan antibodi akibat pembekuan (susu ibu yg dibekukan masih jauh lebih baik daripada susu formula kerana susu ibu mengandungi antibodi)
  • Jika tiada peti sejuk, simpan di dalam cooler bag yang diletakkan bersama pek ais
Di Rumah
  • Simpan sebanyak yg boleh dibahagian bawah peti sejuk dan sedikit shj dibhgn beku.
  • Susu yg disimpan dibhgn bawah akan dibekalkan kepada bayi untuk bekalan hari esok.
  • Susu yg disimpan dibhgn beku adalah untuk dijadikan stok beku perahan susu ibu.

Contohnya: Katakan anak anda 1 hari minum 4 botol susu perahan. Jika satu hari kita berjaya mengumpul 4 botol susu perahan semasa bekerja. Bila pulang ke rumah, simpan 3 botol susu perahan baru di bahagian bawah peti sejuk untuk kegunaan esok hari dan 1 botol lagi ke dalam bahagian beku. Sebagai ganti, keluarkan 1 botol EBM yang bertarikh paling lama dari bahagian beku ke bahagian bawah peti sejuk untuk dicairkan untuk kegunaan esok hari.

JANGAN BUAT!! JANGAN BUAT!!
  • Jangan simpan susu perahan di bahagian pintu peti sejuk kerana suhu di bahagian pintu tidak stabil (kerana kekerapan membuka dan menutup pintu peti sejuk). sebaiknya simpan susu perahan di bahagian paling atas dan paling dalam kerana suhunya lebih stabil.
  • Jangan penuhkan bekas sehingga ke penutupnya, tinggalkan sedikit ruang untuk membolehkan pengembangan berlaku apabila susu dibekukan

    Teknik betul beri SIP (susu ibu perahan) oleh pengasuh

    Susu ibu adalah makanan bagi bayi dan kerjasama pengasuh amat diperlukan sepanjang 2 tahun tempoh penyusuan.Panduan ini perlu kita berikan kepada pengasuh diharap sedikit sebanyak dpt membantu mengendalikan penyusuan bayi dgn baik.
    1. Elakkan memberikan SIP ketika bayi menangis.bayi mungkin hanya memerlukan perhatian pengasuhnya.
    2. Lihat tanda-tanda bayi mahukan susu seperti kelihatan resah dan mula menghisap jarinya.Berikannya SIP berdasarkan tanda-tanda tersebut dan bukannya mengikut jadual.
    3. Berikan bayi minum secara menegak dan kepalanya diampu menggunakan tangan dan bukannya lengan.
    4. Gunakan puting botol susu bersaiz kecil.
    5. Jangan tolak puting ke dalam mulut bayi tetapi biarkan bayi memasukkannya sendiri ke dlm mulutnya.
    6. Biarkan bayi berhenti minum dan rehat pada setiap penyusuan. Ini boleh mengelakkan bayi minum terlalu laju.
    7. Bayi yg akan menentukan bila dia patut berhenti minom. Jangan paksa dia habiskan kesemua SIP yang ada dlm botol.
    8. Jika bayi kelihatan gelisah,minta pengasuh berikannya sesudu kecil SIP yg ada didlm botol.
    9. Pada waktu-waktu peralihan bulan (growth spurt) seperti usia bayi 3 bulan dan 6 bulan,lbh byk SIP diperlukan bagi membantu pengasuh mengawal keadaan bayi yg mungkin kerap meragam.

    INA BAKERI 
    ♥ sms/whatsApp: 013-4639523 
    ♥ Emel : norhaslinabakeri@yahoo.com 
    ♥ Fb: www.facebook.com/nurhaslina.bakeri 

    Saya sedang mencari-cari mereka yang berminat untuk menjadi pengedar. 
    Jana pendapatan 5angka hanya dari rumah. 
    Klik untuk info pengedar 
    http://mamacomelarissa.blogspot.com/p/sertai-shaklee.html


    No comments:

    Post a Comment

    nRelate All Blog Sections

    Ratings and Recommendations by outbrain