- Memerah dengan tangan adalah pilihan terbaik jika perlu memerah susu pada hari-hari 1-3 selepas kelahiran
- Basuh tangan dengan bersih sebelum memerah
- Sediakan bekas yang bersih dan steril
- Lakukan pemerahan di tempat yang bersih, tenang dan selesa
- Boleh dilakukan dalam keadaan duduk atau berdiri dalam keadaan yang selesa
- Buat sedikit urutan pada payudara dan rangsang/gentel puting payudara untuk memberi rangsangan (refleks oksitosin atau let-down reflex)
- Melihat gambar bayi juga boleh membantu menghasilkan refleks
- Tuam panas payudara beberapa ketika juga boleh membantu menghasilkan refleks penghasilan susu - buat pegangan “C” pada payudara, letakkan ibu jari di sebelah atas payudara berdekatan areola manakala jari telunjuk di bahagian bawah (utara dan selatan)
- Tekan payudara ke belakang ke arah dada
- Perah/picit dengan lembut menggunakan ibu jari dan jari telunjuk, picit selama 2 saat dan lepaskan
- Teruskan memicit sehingga susu keluar
- Perah ke dalam bekas yang bersih dan steril
- Buat berulang kali sehingga tiada lagi susu keluar
- Tukar posisi jari ke bahagian lain mengikut pusingan semua bahagian payudara (timur-barat, tenggara-barat laut, barat daya-timur laut)
- Ulang proses memerah sehingga tiada lagi titisan susu
- Tukar ke payudara yang satu lagi
- Urut kedua-dua payudara dan mulakan sekali lagi
- Perah setiap payudara 5-10 minit secara bergilir
- Setelah selesai memerah, sapukan beberapa titik susu ke atas puting dan keringkan puting payudara
Memerah Dengan Menggunakan Pam
Baca panduan penggunaan pam dan panduan pembersihan peralatan mengepam sebelum menggunakannya
- Basuh dengan bersih dan sterilkan peralatan mengepam
- Basuh tangan dengan bersih
- Duduk atau berdiri dalam keadaan yang selesa
- Rangsang puting payudara untuk menghasilkan refleks oksitosin (let-down reflex)
- Posisikan puting payudara ke dalam corong breast shield
- Mula mengepam pada kelajuan hisapan paling rendah (jika menggunakan pam elektrik/bateri)
- Boleh laraskan kelajuan hisapan mengikut keselesaan
- Pam kedua-dua belah payudara secara bergilir-gilir
- Masa mengepam antara 10-20 minit (berbeza mengikut individu)
Panduan-Panduan Lain
- Memerah susu ibu perlu dilakukan dalam keadaan tenang, selesa dan tidak menyakitkan
- Urutan dan rangsangan pada puting payudara perlu untuk mencetuskan refleks oksitosin (let-down reflex)
- Memerah dengan kerap adalah lebih berkesan untuk meningkatkan penghasilan susu ibu berbanding memerah dalam tempoh masa yang lama dalam satu sesi pemerahan
- Pilih pam yang sesuai sama ada pam manual, atau pam elektrik, atau pam elektik yang boleh menggunakan bateri, single pump atau double pump
- Pam yang baik adalah pam yang mampu meniru gaya hisapan bayi (mimic baby' s suction)
- Patuhi rutin mengepam setiap hari (3-4 kali dalam tempoh bekerja 8 pg – 5 ptg)
- Memerah susu pada waktu malam juga dapat meningkatkan penghasilan susu ibu
- Ibu juga digalakkan memerah susu pada sebelah payudara sambil bayi menghisap payudara yang satu lagi
Jika ibu-ibu sudah mencuba kesemua teknik ini tetapi susu masih berkurangan, saya cadangkan ibu-ibu mengambil Set Penyusuan Shaklee sebagai suplement yang meransang pengeluaran susu dengan banyak dan pekat.
INA BAKERI
♥ sms/whatsApp: 013-4639523
♥ sms/whatsApp: 013-4639523
♥ Emel : norhaslinabakeri@yahoo.com
Saya sedang mencari-cari mereka
yang berminat untuk menjadi pengedar.
Jana pendapatan 5angka hanya dari
rumah.
Klik untuk info pengedar
No comments:
Post a Comment