10 Panduan Asas Penjagaan Vagina


10 Panduan Asas Penjagaan Vagina

Wanita seharusnya sedar,produk sekadar membantu tetapi amalan harian lebih penting untuk memastikan vagina 'sihat dan cantik' . Disini dikongsikan tips penjagaan asas agar aset intim tersebut terpelihara.

1. Setiap kali membuang air kecil atau besar bersihkan bahagian luar dengan menggunakan air. Penggunaan tisu basah tidak digalakkan kerana dikhuatiri bahagian tersebut tidak benar-benar bersih dan boleh menyebabkan jangkitan kuman.

2. Ketika haid, tukar tuala wanita sekerap mungkin. Amalan ini bukan sahaja membuatkan anda merasa selesa malah ia juga dapat mencegah pembiakan kuman yang mudah tersebar menerusi darah. Pada hari-hari yang darah keluar dengan banyak anda juga digalakan menukar seluar dalam mengikut keperluan.

3. Begitu juga dengan wanita yang gemar memakai pelapik seluar dalam (panty liner) ia harus ditukar denag lebih kerap bagi udara yang bersih untuk vagina.

4. Jangan mengamalkan douching iaitu memasukkan pancutan air kedalam faraj dengan tujuan membersihkan bahagian dalam faraj. perbuatan ini kan menyingkirkan sejenis bakteria loctobacili dari faraj disamping mendedahkan faraj dan bahagian luar kemaluan kepada bahan kimia yang boleh menyebabkan intasi kulit.

5. Elakkan mengunakan sabun atau mandian untk membersihkan alat sulit. Ia di khuatiri akan menyebabkan kekeringan dan iritasi pada kulit. Selain itu, perbuatan tersebut kan menyebabkan rasa kurang selesa pada vagina seperti gatal.

6. Bersihkan vagina dengan air bersih tanpa pencuci bahagian intim kerana bahagian ini sangat sensitif. Kita harus ketahui ada wanita yang alah pada pewangi dalam buku sabun.

7. Tukar seluar dalam pada setiap kali mandi . Bagi wanita yang mengalami keputihan, anda disarankan memakai pelapik seluar dalam agar keputihan tidak melekat pada seluar dalam dan menyebabkan anda tidak selesa.

8. Khusus untuk anda yang sudah berkahwin bersihkan alat sulit anda sebelum dan selepas bersama pasangan. Amalkan buang air kecil selepas lebih kurang setengah jam anda bersama untuk mengurangkan risiko jangkitan kuman pada pundi kecil.

9. Jangan berkongsi alat pencukur kerana ia boleh menyebabkan penyakit berjangkit seperti Hipetitis B . Jaga kebersihan alat cukur kerana bisul sering terjadi kepada wanita yang gemar mencukur bahagian intim.

10. Peka dengan perubahan bahagian intim . Jika berlaku bengkak nanah,segera berjumpa doktor . Begitu juga dengan lelehan bahagian faraj , jika berwarna kuning , hijau atau berdarah ia adalah petanda bahagian intim anda dijangkiti kuman. 


Jika anda mengalami masalah keputihan, anda disarankan mengamalkan ALFALFA COMPLEX yang mana membantu dalam merawat keputihan dan masalah dalaman wanita terutamanya selepas melahirkan bayi. Info lanjut klik di sini


Berminat Ingin Mencuba Produk Shaklee?
Ingin harga murah diskaun sehingga 30%?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah??

Jom daftar ahli sekarang!
http://mamacomelarissa.blogspot.com/p/sertai-shaklee.html


Hubungi Ina untuk:

FREE CONSULTATION and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!

(CALL/SMS/WASSAP : 013-4639523)
INA BAKERI
 

No comments:

Post a Comment

nRelate All Blog Sections

Ratings and Recommendations by outbrain