Selepas melahirkan anak, kaum ibu pasti mahu kembali langsing
seperti sebelumnya. Bahagian tubuh yang sering bermasalah tentunya
perut, kan? Jika tak dijaga dengan baik perut si ibu akan mengendur,
berlipat ataupun buncit. Kenapa wanita lepas bersalin mengalami masalah perut buncit, menggeleber dan berselulit? Perut anda buncit dan menggeleber selepas bersalin adalah disebabkan olehdiastasis recti, iaitu pemisahan otot perut yang paling luar.
Petua Atasi Anak Sembelit Tanpa Ubat Doktor
SIMPTOM-SIMPTOM SEMBELIT
✿Bagi bayi yang berusia kurang dari tiga bulan, sembelit jarang berlaku, walaupun bayi anda diberikan susu formula.
✿Sesetengah bayi akan mendengus dan meneran pada setiap pergerakan, walaupun tidak semestinya disebabkan sembelit. Tetapi, jika bayi anda menangis dan kelihatan tidak selesa, periksalah dengan pakar pediatrik anda. Jika bayi anda mengeluarkan najis pejal kurang daripada sekali sehari, ini biasanya adalah sembelit.
✿Bagi bayi yang lebih berusia dan sudah mula makan makanan pejal, simptom-simptomnya termasuklah:
- meragam, sakit abdomen dan gastrik;
- abdomen yang keras;
- sakit abdomen yang mengurangkan pembuangan air besar;
- najis bercampur darah, selalunya berpunca dari luka (fisur) rektum yang disebabkan oleh najis yang keras;
- najis yang sukar dikeluarkan dan berketul-ketul.
✿ Mengalakkan bayi lebih bergerak, misalnya anda boleh membaringkan bayi lalu menggerakkan kakinya seolah-olah mengayuh. Ataupun galakkan dia lebih merangkak. Kekurangan aktiviti fizikal akan menyebabkan sembelit, perlahan-lahan urutkan perut bayi dengan pergerakan bulatan selama beberapa minit
✿ Tambahkan serat dalam diet bayi. Misalnya, anda boleh memberikannya jus buah-buahan. Tetapi jangan beri terlalu banyak kerana ia akan mengurangkan pengambilan susu. Jika bayi anda telah diperkenalkan makanan pejal, anda boleh meningkatkan pengambilan bran, bijiran, buah-buahan segar (contohnya prun, pisang dan aprikot) serta sayuran. Pastikan bayi anda diberi cecair yang mencukupi. Berikannya air masak atau sedikit jus buah-buahan (terutama epal, pir atau prun) di antara penyusuan terutamanya apabila cuaca panas.
✿ Jika dia makan makanan pejal, kurangkan makanan penyebab sembelit seperti nasi, pisang atau bijiran
✿ Jika buah-buahan sayur-sayuran pun anak tak suka makan, cuba berikan Mealshakes Shaklee. Minuman khasiat berperisa vanilla ni bukan sahaja sedap diminum tapi nutrisi lengkap yang mempunyai 24 jenis vitamin dan mineral yang di perlukan badan. BaGAIMANA iainya dapat membantu dalam mengatasi sembelit??. Mealshakes mempunyai kandungan serat yang cukup untuk keperluan badan dalam membantu dalam pencernaan. Tu je ke khasiat mealshakes???Sure la banyak lagi. Jom berkenalan sedikit dengan mealshakes Shaklee yang glamour ni =)
KHASIAT MEALSHAKES:-
1. Nutrisi Lengkap
~mengandungi 24 jenis vitamin, mineral dan zat perlu. Kekurangan pengambilan zat akan menyebabkan menyukarkan kadar penyerapan vitamin dan mineral oleh tubuh kita. ia turut mengandungi lecithin soya yang bekerjasama dengan vitamin larut lemak
2. Membekal nutrisi kepada sel tubuh
~kaya dengan protein (tidak mengandungi laktosa), membantu pembinaan sel kulit, kuku, rambut, darah, organ, imun dan lain-lain
3. membantu tumbesaran
~mengandungi asid folik, biotin, kaya dengan kalsium dan magnesium yang diperlukan untuk membina tulang dan sel-sel untuk proses pembesaran tubuh badan
4. Anti oksida
~Mengandungi vitamin A, C, E, zink dan selenium yang merupakan agen anti oksida yang bertindak melawan jangkitan dan melambatkan proses penuaan.
5. Mengembalikan seri wajah
~mengandungi vitamin B yang lengkap, zat besi dan kuprum yang cukup untuk membina sel-sel darah yang sihat, sekaligus memberi kompleksi wajah yang lebih cantik
6. detokfikasi
~kaya dengan serat larut untuk membanu membuang lemak berlebihan dan sisa buangan dari perut dan usus
7. kelazatan rasanya
~ minuman yang lazat untuk diambil bersama fruktosa semulajadi, penggantian segera terhadap kekurangan vitamin, mineral dan juga tenaga. tidak mengandungi sebarang pewarna dan gula tiruan.
Meal Shakes untuk siapa...?
Meal Shakes sesuai untuk seisi keluarga :
- bayi (1 tahun ke atas)
- pelajar
-kanak-kanak sedang membesar
- ibu mengandung
- para atlet
- vegetarian
- orang yang sedang sakit
- orang sibuk bekerja
dan
- orang yang selalu mengambil makanan segera (makan tidak tentu masa dan kandungan nutrisi tidak lengkap).
So, apa lagi!! Jom order sebotol sekarang!
Hubungi saya untuk mendapatkan Meal Shakes anda secara pos atau Cash on delivery :)
Testimoni 1:
Testimoni 2:
Testimoni 3:
Berminat untuk mendapatkan produk ini?
Hubungi:
INA BAKERI
Shaklee ID: 1094164
SMS/WASSAP 013-4639523
COD KUANTAN PAHANG
PERKHIDMATAN POS KE SELURUH MALAYSIA
Bagaimana boleh terjadinya GILA MEROYAN?
Gila meroyan adalah keadaan apabila ibu-ibu yang sudah bersalin mengalami gangguan mental dan emosi yang begitu teruk sehingga mereka tidak berupaya memainkan peranan sebagai ibu kepada bayi dan isteri kepada suami. Gila meroyan dalam bahasa perubatan moden dapat dibahagikan kepada kemurungan selepas bersalin yang dikenali sebagai postpartum depression. Keadaan yang mirip kepada perbuatan yang tidak rasional dipanggil postparum psychosis.
Perkembangan Bayi Dalam Kandungan
Minggu Pertama
Selepas 8
hari selepas proses persenyawaan berlaku, blastocyst (kini mengandungi 200 sel)
merembeskan mukus untuk memberitahu kehadirannya di dalam rahim.
Minggu Ke-2
Blastocyst menggelembung dan sel-sel mula berkembang dan
terbahagi kira-kira 2 kali sehari sehinggalah pada hari yang ke 12 jumlahnya
telah bertambah dan membantu blastocyst terpaut atau disauh dengan kukuh
pada endometrium.
Minggu Ke-3
Selepas proses persenyawaan
berlaku, saiz embrio terbentuk dan saiznya hanyalah sepanjang 0.08 inci/2 mm.
Gen janin mula hendak membentuk dalam 3 lapisan benih(sel) daripada organ badan
yang akan bergabung.
Minggu Ke-4
Janin kita sudah mulai membentuk
struktur asas manusia dimana sel-sel mula bergabung dan pada masa itu embrio
sudah mulai memanjang kira-kira 1/4 inci / 6 mm.Pada masa ini sudah kelihatan
pembentukan otak dan tulang belakang serta anggota lain seperti jantung yang
mengepam darah ke paru-paru dan aorta (urat besar yang membawa darah daripada
jantung).
Minggu Ke-5
Embrio akan terus membesar
sehingga pada minggu ke-5 didapati terdapat 3 lapisan iaitu ectoderm, mesoderm dan
dan endoderm. Ectoderm adalah lapisan yang paling atas. Ianya akan membentuk
sistem saraf pada janin tersebut yang seterusnya membentuk otak, tulang
belakang, kulit serta rambut. Manakala lapisan mesoderm pula yang berada pada
lapisan tengah akan membentuk organ penting yang asas iaitu jantung, buah
pinggang, tulang dan organ reproduktif.
Selain itu, kita perlu tahu bahawa dalam pembentukkan janin ini, sistem
peredaran darah adalah yang pertama terbentuk dan berfungsi. Akhir sekali ialah
lapisan endoderm iaitu lapisan paling dalam yang akan membentuk organ dalaman
seperti usus, hati, pankreas dan pundi kencing.
Kalau kita gambarkan saiz janin 6 mm itu hanyalah sebesar biji tembikai
sahaja.
Minggu Ke-6
Sekiranya pemeriksaan secara
ultrasound dilakukan, kita akan dapat melihat janin sudah membentuk kepada dan
badan. Biasanya getaran jantungnya juga sudah dapat dikesan.
Minggu Ke-7
Bentuk bayi semakin jelas
terbentuk. Kepala bayi seolah-olah tertunduk dan berada dalam cecair ~ air
ketuban atau amnotic sac yang akan memberikan keperluan tumbesaran bayi semasa
dalam kandungan.
Minggu Ke-8
Rupa bayi sudah mulai terbentuk
antaranya pembentukan lubang hidung, bibir, mulut serta lidah. Matanya juga
sudah kelihatan berada di bawah membran kulit yang nipis. Pada masa ini juga
anggota tangan serta kaki juga terbentuk walaupun tidak berapa jelas lagi.
Minggu Ke-9
Saiz bayi hanyalah sebesar
sebiji anggur iaitu dalam saiz seinci. Pembentukan telinga sudah kelihatan pada
masa ini. Dan yang paling mengembirakan bagi bakal ibu ialah pada saat inilah
bayi kita sudah mulai mengerakkan anggota badannya. (Sudah boleh menggerakkan
jejari tangan manakala jejari kakinya masih bercantum).
Minggu Ke-10
Bayi kita sudah kelihatan
seperti manusia yang lengkap. Pada minggu ini, payu dara anda akan sedikit
membengkak kerana terdapat cecair oestrogen dan progesterone sebagai persediaan
untuk menyusukan bayi kelak.
Pada usia kehamilan minggu pertama –
minggu ke 10, ibu yang hamil amat
memerlukan zat besi. Dengan zat besi tersebut ianya dapat membantu ibu
hamil untuk menghilangkan rasa loya, muntah-muntah serta alahan. Dengan zat besi
yang mudah hadam juga dapat membantu tumbesaran janin. Antara sindrom yang
dapat dicegah atau dikurangkan dengan pengambilan zat besi ini ialah dapat
mencegah demam, batuk, selsema,sejuk-sejuk, sakit kepala, sakit gigi dan
lain-lain lagi. Paling penting ia juga turut membantu melancarkan aliran darah
dan mencegah daripada masalah urat bersimpul di betis dan kaki serta
menghilangkan letih dan lesu. Oleh sebab itu juga, disyorkan anda mengambil
Vita-Lea Iron Formula untuk mengatasi masalah ini. Vita-Lea adalah
multivitamin, jadi ibu hamil tidak perlu mengambil obimin lagi. Di dalamnya
sudah lengkap dan kaya dengan iron (zat besi) di mana jika ibu ada masalah
pitam atau mudah pening ataupun masalah anemia. Anemia ini berbahaya kepada
anak dan ibu ketika bersalin kelak. Oleh itu, pengambilan multivitamin amat
penting semasa mengandung.
ambil 1 tablet Vita-Lea/hari
(120 tablets Vita-Lea untuk 4 bulan)
Minggu Ke-11
Bayi dalam kandungan akan mulai
suatu proses pertumbuhan yang pesat dan mula mengangkat kepala ke atas jauh
daripada dadanya. Alat kelamin luar pula mula terbentuk tetapi masih kecil
sehingga sukar untuk melihat jantinanya samada lelaki atau perempuan semasa
membuat imbasan.
Minggu Ke-12
Usia kehamilan 3 bulan,
kebanyakan wanita akan mula kelihatan tanda-tanda fizikal tentang kehamilannya.
Sekarang bayi akan membesar dengan cepat. Saiz bayi dalam kandungan akan
bertambah beberapa milimeter setiap hari. Wajahnya juga semakin jelas.
Jari jemari kaki dan tangan mula terbentuk termasuk telinga dan kelopak
mata. Berat bayi pada masa ini adalah kira-kira satu aun (28g) dan panjangnya
dalam 8 cm.
Risiko keguguran berkurangan pada minggu ke-12 kerana bayi semakin kukuh
kedudukannya. Pada masa ini bayi dah boleh menguap, menggeliat, memusing badan
tetapi kerana saiznya yang masih kecil kita tidak akan dapat merasakan sebarang
pergerakan.
Minggu Ke-13
Kepala bayi membesar dengan
lebih cepat daripada yang lain-lain. Badannya juga semakin membesar untuk
mengejar tumbesaran kepala. Berat bayi kita kini boleh mencecah kira-kira 30g.
Kuku kaki dan tangan juga mula tumbuh. Pada masa ini puan mungkin akan
mengalami perubahan ketara akibat perubahan hormon yang berlaku dalam badan.
Sebagai contoh rembesan minyak menyebabkan wajah kita berbintik-bintik. Kita
perlu banyak meminum air suam/masak serta membersihkan muka sekurang-kurangnya
2-3 kali sehari.
Minggu Ke-14
Degupan jantung bayi akan
semakin kuat dan kita sudah boleh mendengarnya melalui ujian imbasan. Lajunya
adalah 2 kali ganda kelajuan jantung kita. Pada masa ini bayi kelihatan kurus
kerana belum terdapat lapisan lemak. Kulitnya juga sangat nipis sehingga kita
dapat melihat saluran darahnya. Pada tahap ini juga biasanya ibu hamil akan
mengalami masalah sembelit kerana pergerakan usus cenderung diperlahankan
semasa hamil. Jadi elakkan daripada memakai pakaian yang ketat atau sendat agar
puan-puan berada dalam keadaan yang selesa.
Minggu Ke-15
Bayi kita sudah mampu
menggenggam tangannya dan menghisap ibu jari. Kelopak matanya masih tertutup
dan akan terus kekal sedemikian sehingga minggu ke-26. Walaupun begitu bayi
boleh mengetahui perubahan cahaya ketika ini. Bayi kita juga sudah boleh
menelan. Ibu akan merasa perubahan ketara kerana garis pinggang kita akan
mengembang dan jantung mula berdegup 20% lebih pantas kerana isipadu darah
mengalir dalam badan telah meningkat.
Jadi banyakkan senaman ringkas atau ibu juga boleh melakukan aktiviti
berenang untuk meringankan simptom kehamilan dan menyediakan stamina manjadi
lebih kuat ketika proses kelahiran kelak.
Minggu Ke-16
Kehamilan anda kini sudah hampir
4 bulan. Pada masa ini badan kita perlu senantiasa sihat dan bertenaga. Bayi
kita telah terbentuk sepenuhnya dan perlu diberikan nutrien yang secukupnya
oleh plasenta. Bayi kita mula menerima nutrien dari plasenta sejak minggu
ke-14. Kini bayi dalam kandungan telah mempunyai tulang yang kuat dan dia juga
sudah boleh mendengar bunyi-bunyian untuk pertama kali.
Minggu Ke-17
Rambut, kening, bulu mata bayi
kita mulai tumbuh sementara garis kulit pada hujung jari juga mula terbentuk.
Antara keajaiban Allah s.w.t pada saat ini ialah bayi kita telah mempunyai cap
carinya yang tersendiri. Walaupun pada masa ini panjang bayi hanya kira-kira 16
cm sahaja iaitu seperti sebatang pen. Anda mungkin akan alami sembelit akibat
sistem usus yang perlahan. Rahim kita pula akan semakin membesar dan menekan
pundi kencing. Jadi amalkan pada minggu ini, meminum lebih banyak air masak dan
memakan makanan berserat, jus buah-buahan serta sayur-sayuran hijau.
Minggu Ke-18
Kini kita menyorot pula
perkembangan pada minggu ke-18. Walaupun matanya masih lagi tertutup, bayi
dalam kandungan kita sudah dapat mengenalpasti cahaya terang menerusi dinding
rahim. Bayi kita dapat mendengar degupan jantung kita pada masa ini. Bayi dalam
kandungan juga telah mula berbaring pada lelemak yang boleh memanaskan badannya.
Pengaliran oestrogen dan progesterone semakin meningkat dalam badan semasa
kehamilan anda masuk minggu ke-18 ini. Ia bertujuan untuk melembutkan serta
membesarkan serviks untuk proses bersalin. Kesan yang sama pada selaput mukus
dihidung juga berlaku yang boleh menyebabkan berdarah.
Minggu Ke-19
Seterusnya kita mengikuti
perkembangan minggu ke-19. Bayi akan mula mengeluarkan bahan berwarna putih
yang tebal dan berkrim untuk menyelaputi keseluruh tubuhnya. Ia dikenali
sebagai verniks dan berfungsi untuk melindungi kulitnya daripada cecair
amniotik yang mengelilinginya. Jadi apabila bayi kita lahir kelak bayi kita
tidak akan kelihatan seperti tidak mandi selama sembilan bulan. Sesetengah ibu
akan berlaku kesan stretchmarks atau tanda calar pada bahagian perut.
Hampir 90% wanita akan mengalaminya.
Minggu Ke-20
Pertumbuhan bayi dalam kandungan
anda saat ini adalah agak perlahan kerana memberi peluang kepada paru-paru dan
sistem penghadaman serta imunnya untuk matang. Saiz bayi ketika ini ialah
kira-kira 25 cm panjang dan mempunyai berat dalam lingkungan 340 g.
Pigmentasi pada kulit kita mungkin berlaku dengan lebih ketara tetapi ianya
akan hilang selepas bersalin nanti. Payudara kita juga saat ini sedang
menghasilkan kolostrum iaitu sejenis bahan cecair keruh (warnanya) yang
berfungsi untuk membekalkan semua bahan yang diperlukan oleh bayi kita pada
hari pertama selepas lahir. Jangan cuba memicit cecair itu.
Selain itu anda juga akan sering mengalami masalah gusi berdarah dan
peningkatan keluaran cecair dari faraj. Sendi dan ligamen-ligamen badan juga
akan menjadi kendur. Kita akan lebih kerap merasa sakit pada bahagian belakang
badan serta ketegangan dibahagian lain.
Minggu Ke-21
Kita akan mengalami banyak
perubahan sementara bayi dalam kandungan pula membesar dengan perlahan. Jadi
penjagaan kesihatan agar senantiasa sihat dan bertenaga amat penting. Kita
perlu elakkan daripada melakukan kerja-kerja berat yang boleh membebankan
bahagian belakang. Malah kita perlu mengelakkan dari memakai kasut bertumit
tinggi.
Minggu Ke-22
Struktur gigi bayi kita mula
berkembang. Pergerakan bayi kita juga menjadi semakin aktif. Anda
sebaiknya-baiknya memberikan tindakbalas dengan setiap gerakan, tendangan atau
bunyi dalam uterus tersebut. Pada masa ini anda sudah boleh perdengarkannya
dengan alunan zikir dan ayat-ayat suci Al-Quran untuk memberikan pendedahan dan
didikan awal sejak dalam kandungan lagi. Dekatkan perakam atau pemain cakera
padat dekat dengan perut anda. InsyaAllah bayi kita yang bakal lahir akan
menjadi anak-anak yang pintar lagi soleh. Belailah gerakan bayi anda dengan
penuh kasih sayang.
Minggu Ke-23
Pada masa ini tangan dan kaki
bayi telah terbentuk dengan baik. Jari-jemarinya juga terbentuk dengan baik.
Perubahan yang berlaku pada puan untuk minggu ini amat baik. Antaranya ialah
rambut, tekstur kulit, kuku dan warna kulit. Rambut kita akan menjadi lebat dan
berkilauan. Kulit pula akan menjadi bertambah gebu, licin dan lembut.
Minggu Ke-24
Anda akan merasa gembira, sihat
dan berpuas hati dengan perjalanan kehamilan anda. Kita akan dapati berat badan
kita bertambah secara normal. Perlu kita ketahui bahawa pada minggu ini
kedudukan kepala bayi lazimnya berada pada bahagian bawah. Manakala kulit bayi
akan menjadi semakin menebal. Namun jangan terkejut sekiranya anda dapati muka
menjadi sembap dan membengkak pada ketika ini. Ini kerana tubuh sudah mula
menyimpan air yang berlebihan.
Minggu Ke-25 & Ke-26
Fenomena yang sering berlaku
pada minggu ke-25 dan minggu ke-26 ialah badan kita akan senantiasa berpeluh
dan berasa panas. Bagi menghilangkan rasa panas tersebut, minumlah banyak air.
Untuk mengelakkan dehidrasi semasa bekerja terutama ketika berada dalam
penghawa dingin (aircond), basahkan tuala kecil dan lapkan pada bahagian muka,
leher, dada, peha dan perut. Pakailah pakaian yang longgar untuk keselesaan.
Pada minggu ini saiz bayi kita sudah mencapai 33 cm.
Minggu Ke-27
Bayi kita sudah mulai pandai
menghisap ibu jari dan menelan air panas (cecair amnion) yang mengelilinginya.
Air yang ditelan itu akan keluar daripada badannya sebagai air kencing. Tunas
rasa bayi pada masa ini baru terbentuk. Ia sudah boleh bertindakbalas kepada
rasa manis, masam dan pahit. Kelenjar peluhnya juga sudah mulai terbentuk dan
bayi sudah boleh batuk dan tersedu. Sepanjang kehamilan ini kita amat
digalakkan memakai pakaian yang diperbuat dari kain kapas yang boleh menyerap
haba dengan baik.
Minggu Ke-28
Bermakna kita hanya tinggal lagi
3 bulan sebelum saat kelahiran yang ditunggu-tunggu tiba. Anda mungkin akan
menjadi sedikit pelupa, kekok dan agak janggal. Sepanjang bulan-bulan terakhir
ini, bayi kita juga telah mula menyimpan bekalan lemak dalam badan. Selain itu
anda juga mungkin akan mengalami sakit ulu hati, senak dan kadang-kadang kejang
pada bahagian betis. Jangan terkejut jika kita akan berhadapan dengan
kontraksi. Ia bukan kontraksi untuk melahirkan tetapi ia sebalik adalah
kontaksi kecil yang dipanggil iBraxton Hiksi. Sepanjang kehamilan kita cuba
elakkan daripada berfikir perkara-perkara buruk atau negatif. Banyakkan membaca
majalah-majalah atau menonton rancangan tv yang berfaedah untuk minda dan
perkembangan kehamilan kita.
Minggu Ke-29
Postur kita akan kelihatan lebih
besar pada bahagian hadapan. Pada masa ini kulit bayi dalam kandungan semakin
merah. Namun ia kelihatan agak berkedut sedikit dan lelemak sudah mula
terkumpul pada bahagian bawah kulit. Kelopak matanya juga telah terbuka dan
sistem pendengaran telah terbentuk dengan sempurna.
Minggu Ke-30
Anda perlu banyak berehat. Jika
anda tidak bekerja, pastikan anda mendapat rehat yang cukup pada hari siang.
Pada waktu malamnya pula, pastikan anda tidur awal dan dapat tidur dengan
selesa. Tips tidur – angkat sedikit kaki dan letakkan beberapa biji bantal di
bawahnya. Jadi minggu-minggu terakhir ini kita secara rumusannya perlukan rehat
yang cukup dan selesa.
Minggu Ke-31
Bagi sesetengah wanita hamil
akan mendapati tanda kesan regangan merah pada perutnya. Manakala pada payu
daranya pula akan kelihatan salur darah yang agak jelas timbul. Ketika ini
kedudukan kepala bayi masih berada di bawah. Panjang badannya kini boleh
mencecah 37 cm dengan berat 900 g.
Minggu Ke-32
Bayi kita telah mengalami
pertambahan berat badan. Ia mencapai 1.6 kg. Secara normal kedudukan kepala
bayi masih berada di bawah. Menyentuh soal hubungan suami isteri pula,
sesetengah wanita hamil akan berasa bimbang apabila melakukan persetubuhan
kerana takut ia mencederakan bayi yang dikandung. Sebenarnya, anda tidak perlu
risau untuk melakukan hubungan seks ketika ini kerana ia tidak akan
mencederakan bayi.
Minggu Ke-33
Bayi kita telah memiliki rupa
parasnya yang tersendiri. Rupa inilah nanti yang bakal and lihat apabila dia
lahir kelak. Malah, bayi kita juga sudah boleh membezakan antara terang dengan
gelap. Sebagai ibu, inilah masanya anda perlu mendapatkan seberapa bayak rehat
yang boleh. Cubalah berbaring sebentar pada waktu tengahari kerana anda mungkin
penat ekoran membawa perut yang membesar.
Minggu Ke-34
Kedudukan bayi pada ketika ini
telah betul-betul berada pada pintu rahim. Panjang bayi kira-kira 40.5 cm.
Sekarang bayi anda telah terbentuk dengan sempurna dan badannya juga sudah
seimbang. Masa ini lemak semakin terkumpul dengan pesatnya di bawah kulit bayi.
Jadi bayi kelihatan agak tembam.
Minggu Ke-35
Berlaku perubahan pada diri anda
yang mana anda akan merasai kesukaran untuk bernafas, membuang air kecil dengan
lebih kerap dan seringkali tidak dapat mengawal air kencing apabila terbatuk,
bersin, atau tertawa dengan kuat. Manakala garisan gelap yang mengarah ke bawah
perut sudah menjadi lebih ketara dan menonjol. Anda perlu melakukan beberapa
senaman termasuklah senaman pelvik untuk menguatkan rahim.
Minggu Ke-36
Bagi mereka yang bekerja, minggu
ke-36 pula sewajarnya sudah mengambil cuti dan berehat di rumah. Anda perlu
mengelakkan keletihan dan kelesuan. Senantiasa angkat kaki dan letakkan di atas
bantal ataupun objek tinggi untuk mengelakkan urat timbul atau “varicose vein”
dan bengkak kaki. Bayi pada masa ini sudah membesar dan saiznya memenuhi ruang
uterus anda pada ketika ini. Anda akan berasa perut anda begitu penuh, sarat
dan sukar untuk membuat sebarang pergerakan.
Minggu Ke-37
Kepala bayi mungkin sudah turun
ke ruang pelvik. Bonjolan ketara pada perut akan semakin membesar. Bentuk bayi
dalam kandungan juga semakin membulat dan kulitnya bertukar menjadi merah
jambu. Rambutnya tumbuh dengan lebat dan bertambah sebanyak 5 cm. Kuku lembut
telah terbentuk pada hujung jari tangan dan kaki.
Minggu Ke-38
Anda tentu akan dapat merasa
keadaan pundi kencing yang sedikit tertekan dan ini akan menyebabkan kita kerap
mahu membuang air kencing.
Minggu Ke-39
Saat hampir bersalin minggu
kedua terakhir sebelum bersalin. Perut kita sudah begitu besar dan berat. Buat
masa ini kita perlu fokuskan fikiran kepada perkara-perkara positif dan
bayangkan pemandangan indah. Kita perlu pastikan segala persediaan untuk
melahirkan telah siap dikemas dan diletakkan di tempat yang muda diambil.
Minggu Ke-40
Minggu terakhir dan memasuki minggu ini adalah saat yang ditunggu-tunggu. Anda
akan merasa tidak selesa dan tegang pada bahagian abdomen dan akan merasa
sedikit gatal. Anda juga akan mual dan rasa kebas pada bahagian kaki. Bayi kita
dalam kandungan kini telah bersedia untuk dilahirkan. Panjangnya sudah 51 cm
dan beratnya telah menjangkau 3.4 kg.
Tak lama lagi anda dan suami akan menerima kehadiran orang baru..tahniah !!
Penjagaan pemakanan amat penting ketika mengandung ni kerana banyak
zat-zat dan nutrisi telah ‘ditarik’ oleh anak yang dikandung bagi
pertumbuhan dan pembesaran di alam rahim. Masa mengandung ni pula
memang ibu akan mengalami keletihan, lesu, penat, lenguh-lenguh sendi,
sentiasa mengantuk dan seangkatan denganya..Ibu juga tidak mampu
bergerak cergas dengan muatan yang lebih..Oleh itu, pertumbuhan bayi
yang dikandung bergantung kepada pemakanan ibu yang
sempurna..Peliharalah kesihatan anak anda sejak dari alam rahim lagi.
Dapatkan Set Kehamilan Shaklee untuk anda juga bayi anda.
INA BAKERI
♥ sms/whatsApp: 013-4639523
♥ Emel : norhaslinabakeri@yahoo.com
Saya sedang mencari-cari mereka
yang berminat untuk menjadi pengedar.
Jana pendapatan 5angka hanya dari
rumah.
Klik untuk info pengedar
Penapis Air Shaklee
Tahukah anda?
- kualiti air dinegara kita ini boleh dikatakan kurang bersih.Walaupun nampak jernih tapi kandungannya kita tak tau. kadangkala terdapat plumbum,sisa kilang, klorin dll. yg membahayakan tanpa kita sedari.
- kalau beli diluar contoh dimesin2 vendor / air tekan2 tu belum tentu tahap kebersihannya terjamin.
- masa & tenaga juga terbuang.
Risiko meminum air tercemar
- boleh menyebabkan masalah hati,buah pinggang @ pusat kawalatur saraf
- boleh menyebabkan tahap IQ rendah,lembab dlm pelajaran,tumbesaran tidak sihat
- menyebabkan masalah kesuburan
- meningkatkan risiko kanser
Memperkenalkan, Shaklee Get Clean Water Pitcher
Water Pitcher Shaklee |
Filter Water Pitcher |
Shaklee Get Clean Water Pitcher merupakan jug yg canggih, mudah diguna dan senang nak bawa kemana-mana. Mula diperkenalkan pada 2011. sekali pandang macam heater air biasakan? Sangat mudah tak perlu nak sambung bekalan elektrk tetapi ia bukan macam heater biasa kat rumah ye. ia water pitcher ringkas, mesra alam, selamat & berkualiti.
Kelebihan
Water Pitcher Shaklee
- boleh menuras kandungan air sehingga 303 litter air / 80 galen air / 600 botol minuman mineral untuk setiap satu blok penuras.
- blok penuras oleh ditukar sekiranya mencapai 303 litter air / apabila mencecah jangka masa penggunaan setiap 4 bulan (mana yg capai lebih awal)
- tak perlu nak pasang pada sinki macam water filter yg lain2. jimat & harga lebih rendah daripada jenama yg lain.
Air sebelum dan selepas dituang dari jug |
Kenapa anda wajib beli water Pitcher ni?
- Selamat: Menyingkirkan kandungan plumbum dan bendasing lain.Berupaya mengurangkan pelbagai jenis bahan cemar merbahaya yg terkandung dalam air.
- Pilihan bijak: Menjimatkan kos. Rakyat malaysia banyak menghabiskan wang dengan mambeli air botol. Dengan hanya berapa sen seliter sahaja ,water pitcher dapat menberi air yg bersih , selamat & sihat.
- Handal: lebih banyak air bersih pada setiap masa. Dengan menuras 303 liter air/80 galen air pada setiap penuras bermakna 2x ganda lebih banyak berbanding yg lain.
- Mesra alam: memelihara alam sekitar. Water pitcher menggunakan sistem penuras jug air dengan blok karbon isian semula yg pertama dimana ia dapat mengurangkan timbunan sisa. Setiap penuras diperbuat drp arang tempurung kelapa yg tahan lasak & baik terhadap alam sekitar.
- Yang Paling best ialah Water Pitcher ni ada meter auto. Bila sampai masa utk tukar penuras ia akan ditunjukkan pada meter.
utk pertama kali guna/setiap kali menukar filter baru laraskan ke aras SET |
bila sampai 80oz bermakna masa utk tukar penuras, ia akan tunjuk ‘REPLACE’ & reset kembali bila selesai menukar penuras..mudahkan. |
So
pada anda yang inginkan Jug Ajaib yg ringkas,mudah & jimat boleh dapatkan
sekarang. Peruntukkan sedikit wang anda untuk kesihatan yg berpanjangan…jika
dibandingkan dengan penapis yg agak mahal dipasaran. Pada
anda yg sukakan air sejuk. Jug ni boleh disimpan didalam peti sejuk. segarkan.
Berapakah Harganya?
Harga untuk permulaan hanya RM460 SAHAJA. Selepas setahun, anda hanya perlu menukar filter yang harganya tidak sampai RM100.
Harga untuk permulaan hanya RM460 SAHAJA. Selepas setahun, anda hanya perlu menukar filter yang harganya tidak sampai RM100.
Saya menyarankan anda berdaftar sebagai ahli shaklee dengan yuran pendaftaran Rm75 sekali seumur hidup dan dapatkan diskaun sehingga 20% bagi setiap produk Shaklee. Info lanjut pndaftaran ahli boleh klik di SINI
INA BAKERI
♥ sms/whatsApp: 013-4639523
♥ Emel : norhaslinabakeri@yahoo.com
Saya sedang mencari-cari mereka
yang berminat untuk menjadi pengedar.
Jana pendapatan 5angka hanya dari
rumah.
Klik untuk info pengedar
Subscribe to:
Posts (Atom)