5 Tips Penyusuan Berjaya




Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.. 

 Sekadar gambar hiasan

Ramai ibu muda yang pertama kali melahirkan bayi mengeluh susu badan tiada. Akibat dari tekanan perasaan dan desakan orang sekeliling, maka ibu mudah mengalah dengan memberikan susu formula kepada bayi. Namun bukan semua ibu muda melalui masalah yang sama kerana kesedaran tentang keperluan menyusu badan semakin meningkat dari hari ke hari. Ibu muda mula mencari maklumat berkaitan penyusuan sejak mereka hamil lagi.

Hari ini Ina akan kongsikan 5 Tips Ke Arah Penyusuan Berjaya. Jadi, jika anda benar-benar komited tentang isu ini, anda harus mengikut dan apply kesemua tips yang diberikan.

#TIP 1: PAM ATAU MENYUSU BAYI SETIAP 2 HINGGA 3 JAM
Konsep utama penyusuan ialah demand and supply. Jika ada demand, barulah akan ada supply. Oleh itu, sebaik sahaja melahirkan, anda perlu menyusukan bayi anda setiap 2 hingga 3 jam. Jika anak anda ditahan di wad dan anda pula perlu pulang ke rumah, anda harus mengepam payudara (samada menggunakan mesin pam atau menggunakan tangan) anda setiap 2 hingga 3 jam. Susus tersebut hendaklah diberikan kepada bayi yang ditahan di wad. 

Ketika berpantang, sebaiknya anda memerah susu setiap kali bayi meminum susu anda. Sekiranya bayi meminum sebelah kiri, anda pula memerah susu sebelah kanan. Teknik ini sangat bagus dan berkesan untuk membanyakkan susu.

#TIP 2: PERAH SUSU KETIKA WAKTU MALAM
Waktu yang sangat bagus untuk memerah susu ialah bermula jam 12 tengah malam sehingga 6 pagi. Ketika ini hormon prolaktin sedang meningkat. Jadi, susu yang diperah lebih banyak daripada biasa. Amalkan kaedah ini sehingga anda berhenti menyusukan anak anda sehingga 2 tahun.

#TIP 3: MAKAN MAKANAN BERKHASIAT
Ibu menyusu memang perlu mengambil makanan berkhasiat demi memastikan bayi yang disusukan juga mendapat khasiat. Setiap kali tiba waktu makan, pilih hidangan lengkap yang mengandungi karbohidrat, protein dan sayuran. Portion karbohidrat sebolehnya dikurangkan dan lebihkan protein serta sayuran. Usah risau susu anda kurang dengan pengurangan karbohidrat kerana komposisi utama susu badan ialah protein dan air. Dan disebabkan itulah juga, anda digalakkan meminum air masak dengan banyak. Sedikit tips, 1 Liter air kosong untuk 25kg.

Elakkan dari memakan makanan segera atau minuman bergas. Boleh juga mencuba beberapa makanan yang dikatakan boleh membanyakkan susu seperti lobak putih, soya, longan, kurma, dan juga barli. Setiap orang tidak sama milk boosternya. Oleh itu, anda boleh mengguna kaedah try & error.

#TIP 4: GUNAKAN KAEDAH MARMET
Kaedah ini ialah kaedah menggunakan tangan untuk memerah susu. Sangat mudah dan tidak leceh. Kaedah ini bukan sahaja untuk mereka yang tidak mempunyai mesin mengepam. Sebaiknya selepas anda perah menggunakan mesin pam, anda cuba marmet untuk memastikan payudara anda benar-benar kosong.

#TIP 5: JANGAN TUNGGU PAYUDARA PENUH
Ramai ibu suka menunggu payudara bengkak atau sakit barulah hendak diperah. Jangan begitu kerana sikap ini akan membuatkan susu anda makin lama makin kering. Biasakan mengikut #TIP 1 walau anda malas sekalipun. Cuba untuk patuhi demi memastikan pengeluaran susu anda lancar.

Jika anda terbiasa menunggu payudara anda penuh, berkemungkinan anda akan mendapat masalah bengkak susu yang berkemungkinan tinggi untuk mendapat demam panas atau salur penyusuan tersekat.  Dalam sesetengah kes, tisu atau kelenjar penyusuan perlu dibedah bagi mengelakkan bernanah dan jangkitan kuman berlaku.

Diharapkan perkongsian ini memberi manfaat kepada semua pembaca.

Jika anda ingin mencuba Set Penyusuan Shaklee bagi melancarkan proses penyusuan, hubungi Ina 013-4639523 untuk harga istimewa =)

No comments:

Post a Comment

nRelate All Blog Sections

Ratings and Recommendations by outbrain