Selepas melahirkan anak, kaum ibu pasti mahu kembali langsing
seperti sebelumnya. Bahagian tubuh yang sering bermasalah tentunya
perut, kan? Jika tak dijaga dengan baik perut si ibu akan mengendur,
berlipat ataupun buncit. Kenapa wanita lepas bersalin mengalami masalah perut buncit, menggeleber dan berselulit? Perut anda buncit dan menggeleber selepas bersalin adalah disebabkan olehdiastasis recti, iaitu pemisahan otot perut yang paling luar.
Keadaan ini sememangnya normal bagi wanita selepas bersalin dan
menyebabkan tisu perantara yang sebelum ini menyambung otot-otot perut
yang terpisah, akan tertarik ke bahagian tepi abdomen anda. Akibatnya,
tisu perantara tersebut yang akan menyokong organ dalam badan dan
bukannya otot perut. Ini menyebabkan perut anda nampak buncit dan
masalah lain timbul seperti postur badan yang salah.
Bagi membetulkan
masalah ini, senaman dan pemakanan yang betul adalah sangat penting. Sebannyak 90% wanita mengandung akan mengalami kesan rekahan kulit
perut atau “stretch marks”. Rekahan ini disebabkan oleh penambahan berat
badan yang pantas dimana badan berkembang lebih cepat daripada
kemampuan kulit untuk menampungnya. Selain itu, peningkatan hormon
glucocorticoids semasa mengandung melambatkan pembentukan kolagen dan
fiber elastin dalam lapisan kulit. Kesan rekahan pada kulit perut akan
kekal jika anda tidak mengambil langkah-langkah awal untuk mencegahnya.
Langkah awal yang dimaksudkan ialah dengan mengelakkan pengambilan
makanan yang tinggi kanji, manis, berlemak dan masin bagi mengelakkan
penambahan berat badan yang berlebihan. Ambil makanan yang kaya dengan
vitamin C kerana ia penting untuk pembentukan kolagen. Selain itu, minum
banyak air supaya kulit akan lebih elastik. Anda juga boleh menyapu
produk seperti Bio Oil sejak trimester pertama lagi bagi mengekalkan
lembapan dan elastisiti kulit. Bagi anda yang telah lama mempunyai
rekahan kulit, bukannya tiada harapan lagi untuk menghilangkannya. Warna
rekahan akan beransur-beransur menjadi lebih pudar dengan masa dan
tidak akan kelihatan jelas lagi (nak menyedapkan hati sendiri ).
Dengan shaklee anda boleh atasi masalah STRETCH MARSK dengan pengambilan ESP.
Tips Cara Kempiskan Perut Buncit dan Menggeleber Selepas Bersalin
SUSU IBU :
Susukan anak dengan susu badan anda (susu ibu)
sebaik sahaja lepas bersalin. Sebaiknya, lakukan penyusuan eksklusif
sekurang-kurangnya 6 bulan dan dilanjutkan sehingga 2 tahun. Menyusu
badan boleh mempercepatkan proses pengecutan rahim dan membakar 200
hingga 600 kalori sehari
BERBENGKUNG :
Mungkin ramai di kalangan ibu-ibu yang tidak
gemar berbengkung selepas bersalin – rimas, panas, tidak selesa dan
sebagainya. Tapi tahukah anda, berbengkung boleh membantu mengembalikan
bentuk badan asal. Gunakan bengkung yang sesuai dengan cara pemakaian
yang betul bagi mengelakkan kesan negatif yang tak diingini. Pemakaian
bengkung yang tidak betul juga boleh memudaratkan.
BERTUNGKU/ BERTANGAS/ BERSAUNA :
Amalan bertungku mungkin
sudah makin kurang popular pada hari ini. Selepas bersalin, bertungku
adalah kaedah tradisional ibu-ibu sejak dahulu untuk memecahkan darah
beku, lemak dan mengurangkan bengkak dalam perut/ rahim. Bertangas dan
bersauna pula membantu memecahkan lemak, angin dan air berlebihan dalam
badan
KAWALAN PEMAKANAN :
Ibu menyusu tidak digalakkan berdiet
berlebihan kerana khasiat yang seimbang dan kalori yang mencukupi
diperlukan terutamanya di bulan-bulan pertama menyusukan bayi anda.
Walaubagaimanapun ia tidak bermakna anda boleh makan sesuka hati dan
mengabaikan bentuk badan yang semakin merosot. Jika anda tidak menyusu
atau bayi anda tidak lagi bergantung sepenuhnya kepada susu ibu, lakukan
kawalan pemakanan yang sesuai bagi mengelakkan masalah perut buncit dan
menggeleber semakin teruk. Kurangkan pengambilan lemak dan minyak,
ambil protein mencukupi bagi membina semula otot dan mengelakkan perut
menggeleber. Lebihkan makanan yang membantu proses membakar lemak
seperti oat, kekacang, bayam, salmon dan madu.
SENAMAN DAN AKTIVITI FIZIKAL :
Senaman kardiovaskular dan
abdominal tertentu boleh membantu anda mengempiskan perut. Dapatkan
kaedah yang betul senaman khusus untuk membentuk perut ini dari
jurulatih senaman atau bahan rujukan yang disediakan pakar. Aktiviti
fizikal seperti berjalan kaki, berbasikal dan berenang juga mampu
mengurangkan lebihan lemak di bahagian perut dan sekaligus membina otot
perut. Lakukan secara konsisten bagi mendapatkan kesan terbaik
BETULKAN POSTUR TUBUH :
Kebanyakan ibu-ibu terlalu
sibuk untuk mengambil berat postur badan mereka. Tahukah anda, masalah
postur yang tidak baik ketika berjalan, duduk dan mengangkat barang juga
menyebabkan masalah perut buncit dan menggeleber sukar diselesaikan.
Jangan pandang remeh cara anda bergerak setiap hari
DETOKSIFIKASI :
Lebihan toksin dalam badan kebanyakannya
terkumpul di bahagian perut. Ia menyebabkan anda mengalami masalah
penghadaman dan seterusnya mengakibatkan lebihan makanan dan lemak
terkumpul di bahagian perut. Lakukan proses detoksifikasi dari masa ke
semasa dan apabila perlu bagi membantu mengurangkan toksin dalam tubuh
anda terutamanya perut.
Bagaimana suplemen Shaklee membantu?
membantu proses mendapatkan kembali perut anda yang cantik dan seksi, rangkaian supplemen Shaklee ada menyediakan beberapa pilihan. Tapi ingat! Supplemen hanya membantu sahaja – ia bukan ubat kurus atau magic potion yang boleh menghilangkan perut buncit dan menggeleber dalam sekelip mata TANPA anda melakukan usaha lain seperti tips di atas. Info Set Kurus Shaklee, klik di SINI
membantu proses mendapatkan kembali perut anda yang cantik dan seksi, rangkaian supplemen Shaklee ada menyediakan beberapa pilihan. Tapi ingat! Supplemen hanya membantu sahaja – ia bukan ubat kurus atau magic potion yang boleh menghilangkan perut buncit dan menggeleber dalam sekelip mata TANPA anda melakukan usaha lain seperti tips di atas. Info Set Kurus Shaklee, klik di SINI
INA BAKERI
♥ sms/whatsApp: 013-4639523
♥ Emel : norhaslinabakeri@yahoo.com
♥ Fb: www.facebook.com/nurhaslina.bakeri
♥ sms/whatsApp: 013-4639523
♥ Emel : norhaslinabakeri@yahoo.com
♥ Fb: www.facebook.com/nurhaslina.bakeri
Saya sedang mencari-cari mereka
yang berminat untuk menjadi pengedar.
Jana pendapatan 5angka hanya dari
rumah.
Klik untuk info pengedar
No comments:
Post a Comment