5 Tips Penyusuan Berjaya




Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.. 

 Sekadar gambar hiasan

Ramai ibu muda yang pertama kali melahirkan bayi mengeluh susu badan tiada. Akibat dari tekanan perasaan dan desakan orang sekeliling, maka ibu mudah mengalah dengan memberikan susu formula kepada bayi. Namun bukan semua ibu muda melalui masalah yang sama kerana kesedaran tentang keperluan menyusu badan semakin meningkat dari hari ke hari. Ibu muda mula mencari maklumat berkaitan penyusuan sejak mereka hamil lagi.

Hari ini Ina akan kongsikan 5 Tips Ke Arah Penyusuan Berjaya. Jadi, jika anda benar-benar komited tentang isu ini, anda harus mengikut dan apply kesemua tips yang diberikan.

#TIP 1: PAM ATAU MENYUSU BAYI SETIAP 2 HINGGA 3 JAM
Konsep utama penyusuan ialah demand and supply. Jika ada demand, barulah akan ada supply. Oleh itu, sebaik sahaja melahirkan, anda perlu menyusukan bayi anda setiap 2 hingga 3 jam. Jika anak anda ditahan di wad dan anda pula perlu pulang ke rumah, anda harus mengepam payudara (samada menggunakan mesin pam atau menggunakan tangan) anda setiap 2 hingga 3 jam. Susus tersebut hendaklah diberikan kepada bayi yang ditahan di wad. 

Ketika berpantang, sebaiknya anda memerah susu setiap kali bayi meminum susu anda. Sekiranya bayi meminum sebelah kiri, anda pula memerah susu sebelah kanan. Teknik ini sangat bagus dan berkesan untuk membanyakkan susu.

#TIP 2: PERAH SUSU KETIKA WAKTU MALAM
Waktu yang sangat bagus untuk memerah susu ialah bermula jam 12 tengah malam sehingga 6 pagi. Ketika ini hormon prolaktin sedang meningkat. Jadi, susu yang diperah lebih banyak daripada biasa. Amalkan kaedah ini sehingga anda berhenti menyusukan anak anda sehingga 2 tahun.

#TIP 3: MAKAN MAKANAN BERKHASIAT
Ibu menyusu memang perlu mengambil makanan berkhasiat demi memastikan bayi yang disusukan juga mendapat khasiat. Setiap kali tiba waktu makan, pilih hidangan lengkap yang mengandungi karbohidrat, protein dan sayuran. Portion karbohidrat sebolehnya dikurangkan dan lebihkan protein serta sayuran. Usah risau susu anda kurang dengan pengurangan karbohidrat kerana komposisi utama susu badan ialah protein dan air. Dan disebabkan itulah juga, anda digalakkan meminum air masak dengan banyak. Sedikit tips, 1 Liter air kosong untuk 25kg.

Elakkan dari memakan makanan segera atau minuman bergas. Boleh juga mencuba beberapa makanan yang dikatakan boleh membanyakkan susu seperti lobak putih, soya, longan, kurma, dan juga barli. Setiap orang tidak sama milk boosternya. Oleh itu, anda boleh mengguna kaedah try & error.

#TIP 4: GUNAKAN KAEDAH MARMET
Kaedah ini ialah kaedah menggunakan tangan untuk memerah susu. Sangat mudah dan tidak leceh. Kaedah ini bukan sahaja untuk mereka yang tidak mempunyai mesin mengepam. Sebaiknya selepas anda perah menggunakan mesin pam, anda cuba marmet untuk memastikan payudara anda benar-benar kosong.

#TIP 5: JANGAN TUNGGU PAYUDARA PENUH
Ramai ibu suka menunggu payudara bengkak atau sakit barulah hendak diperah. Jangan begitu kerana sikap ini akan membuatkan susu anda makin lama makin kering. Biasakan mengikut #TIP 1 walau anda malas sekalipun. Cuba untuk patuhi demi memastikan pengeluaran susu anda lancar.

Jika anda terbiasa menunggu payudara anda penuh, berkemungkinan anda akan mendapat masalah bengkak susu yang berkemungkinan tinggi untuk mendapat demam panas atau salur penyusuan tersekat.  Dalam sesetengah kes, tisu atau kelenjar penyusuan perlu dibedah bagi mengelakkan bernanah dan jangkitan kuman berlaku.

Diharapkan perkongsian ini memberi manfaat kepada semua pembaca.

Jika anda ingin mencuba Set Penyusuan Shaklee bagi melancarkan proses penyusuan, hubungi Ina 013-4639523 untuk harga istimewa =)

Set Berpantang Shaklee

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA =)
 
Mungkin masih ramai yang sedang mencari-cari set berpantang selepas bersalin kan? Bagi yang kandungan dah masuk 6bulan tu, eloklah survey-survey set berpantang dan packing-packing baju untuk dibawa ke hospital. Pada usia kandungan 7bulan, kemungkinan kelahiran pra matang akan berlaku. Jadi persiapan awal sangatlah penting. Kalau tak nanti kelam kabutlah si suami nak packing baju isteri dan bayi.

Alhamdulillah, semakin hari semakin ramai yang ingin mencuba produk shaklee yang telah terbukti keberkesanannya termasuklah SET BERPANTANG SHAKLEE. Di dalam set ini terdapat 4jenis vitamin yang mana sangat bagus untuk membekalkan tenaga dan mempercepatkan proses membaikpulih luka dalaman dan luaran. Set berpantang ini juga dapat mengelakkan anak dari jaundis atau sinonim dengan nama "Demam Kuning".

Mari saya kongsikan antara khasiat-khasiat yang terdapat di dalam SET BERPANTANG SHAKLEE:

 1) MULTIVITAMIN (VITALEA) + IRON
- mengandungi 23 jenis vitamin dan mineral
- sangat diperlukan terutamanya bagi wanita yang berpantang, amat sukar untuk memperolehi kesemua zat vitamin dan mineral ini melalui diet harian ketika berpantang memandangkan ada makanan yang perlu dielakkan (pantang makan). - - iron atau zat besi : meningkatkan sel-sel darah merah yang mana telah banyak kehilangan semasa proses kelahiran.

2) VIT C
- membantu penyembuhan luka jahitan dan baikpulih sel-sel serta tisu badan.
- membantu pembentukan kolagen seterusnya mencantikkan kulit dan meningkatkan sistem pertahanan badan

3) B-COMPLEX plus Asid Folic
- sebagai penenang stress, seterusnya mengelakkan 'meroyan' semasa pantang:). - Kandungan asid folic di dalamnya turut membantu pembentukan sel darah merah

4) ZINC COMPLEX
- mineral yang perlu ada dalam setiap sel bagi merangsang tindakan untuk 100 enzim iaitu bahan-bahan yang menggalakkan reaksi-reaksi biokimia dalam tubuh kita.
- membantu mempercepatkan proses penyembuhan luka
- mengurangkan rambut gugur
- Memetabolismekan karbohidrat, lemak dan protein dll

Cadangan tambahan:(untuk meningkatkan tenaga dan menambahkan susu)

5) ESP
- menjadikan badan si ibu lebih sihat, bertenaga, tidak mudah letih dan lesu sekaligus melancar dan mempercepatkan penghasilan susu
- menjadikan susu yang dihasilkan lebih pekat dan kaya dengan hindmilk yang mengenyangkan, jadinya bayi anda tidak bergayut lama serta dapat tidur dengan lebih lena dan tidak kerap bangun malam
- kulit wajah si ibu menjadi lebih halus, licin, cerah berseri
- menyokong proses penurunan berat badan secara sihat dan semulajadi
- membantu menganjalkan payudara

6) Alfalfa
- telah digunakan dari zaman dahulu kala sebagai perangsang susu
- breast akan cepat penuh bila diambil bersama ESP
- bekerjasama bersama ESP dalam penurunan berat badan
-mengatasi masalah keputihan dan bertindak sebagai agent perapat
-membantu mengatasi resdung, asthma dan alahan
-berfungsi sebagai detox dalam menyingkirkan bahan-bahan toksin dari dalam badan
-memperbaiki pelawasan

7) OSTEMATRIX (OPTIONAL)
- 40% daripada susu ibu adalah kalsium. Kalsium diperlukan untuk membina tulang yang sihat dan pertumbuhan gigi pada bayi.
- melawaskan pembuangan

Mari kita lihat testimoni-testimoni pengguna SET BERPANTANG SHAKLEE




  
Kepada yang ingin mendapatkan SET BERPANTANG SHAKLEE, bolehlah hubungi INA 013-4639523 untuk konsultasi percuma dan harga istimewa. Buat ibu-ibu yang ada masalah kekurangan susu dan susu cair, boleh juga dapatkan SET PENYUSUAN dari saya.

Senarai Keperluan Ibu & Bayi Baru Lahir

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA SALAM 1 MALAYSIA =)

Entry kali ni, ina nak kongsikan dengan korang semua checklist keperluan bayi baru lahir. Bakal-bakal ibu sudah semestinya sangat teruja untuk membeli keperluan baby berbanding si ayah. Biasalah tu. Ina dulu pun  macam tu juga. siap search google cari checklist barang baby. Bila dah dapat tu, kalau boleh time tu jugak nak g shopping. kiki =P 

Tapi perlu di ingatkan, barang baby yang kecik dan comel tu harganya tidaklah secomel mana. haha.. Ina dengan suami rasanya habis hampir RM1000 juga beli itu ini itu pun setelah ditolak-tolak yang dirasakan tidak berapa penting.huhu. Beli yang asas je dulu. Bila dah abis pantang, sambung semula. hahaha =P

Oklah, jom kita lihat apa yang sepatutnya ada untuk menyambut kelahiran baby comel anda =)



SENARAI KEPERLUAN IBU & BAYI BARU LAHIR 

 Baby [PAKAIAN] 
 1- Baju harian @ siang-baju seluar pendek dan lengan pendek..baju lubang2..dan singlet jugak...
2- Baju malam @ tidur-baju malam, beli lengan panjang dan seluar panjang..
3- Romper dan Jumpsuit 
4- Baju jalan2
5-Mittens & Booties
6- Bonnet @ topi
7-Sapu Tangan- beli yg 100% cotton supaya kulit baby tak melecet..
8- Bib(alas baju baby masa menyusu)
9- Barut (10helai dah cukup)
10- Bedung - saya bedung kan baby dengan napkin je senang cerita hihi..


Romper

Diapering
1-Napkin – beli kalau rasa perlu
2-Diapers @ Lampin pakai buang - jangan beli size new born banyak sangat sebab baby cepat membesar..
3-Wet Tissue
5-Baldi dan bakul untuk Lampin/baju kotor (khas untuk baby sahaja)
6-Detergent khas pencuci baju (Ina tak beli pun, cuma baju baby cuci asing dengan baju-baju org dewasa)

 Baby Care dan Grooming
1-Bedak Bayi
2 Losyen Bayi
3 Minyak Bayi (Baby Oil) 
4-Putik Kapas (Cotton Bud)
5-Pengepit Kuku (Nail Clipper) - beli khas kecik tuk baby..
6-Minyak Telon - (Ina beli minyak Yuyi, alhamdulillah dari baby sampai sekarang tak penah kembung perut dan asyik prot-prot je kentut.kiki =P) 
7-cotton ball (wajib untuk cuci tali pusat baby)
8-Nappy Cream (beli tapi tak guna pun)


Minyak Telon

* Bedak, losyen, shampu dan mandian beli yang pack kecik je sebab anti bila dapat hamper dari kawan-kawan atau saudara mara, comfirm ada semua tu. Arissa punya stok yang orang hadiahkan ada 3pack lagi tak berusik walaupun dah masuk 6bulan.hehe.

Nursering [keperluan tidur baby]
1-Set Tilam - seelok-eloknya kekabu asli sebab kalau yang fiber tu panas. Kesian baby panas.
2-Baby Cot
3-Kelambu[mosquito net]  



 Kelambu

Feeding
1-Botol dan puting susu saiz S  
2-Bottle Sterilizer
3-Berus Pembersih Botol
4- Penyepit Botol
5- Nipple Cream
6-Nursing Pad Washable
7- Nursing Pad Disposal
8-Breast Pump
9-Cooler set bag [Storage Bottle dan Ice gel] 
10- Nursing Pillow
11-Nursing Bra
12-Termos
13- Storage  bottles

Travel
1-Beg Baby
2-Baby Warmer for Bottle
3-Baby carier
4-Stroller
5-Nursing cover
6-Car seat


* Yang ni beli time abis pantang pun boleh kalau tak cukup budget

Bathing
1 Tuala baby
2 Besen Mandi 
3 Toiletries set

Keperluan berpantang
1 Set Berpantang (Cubalah Set Berpantang Shaklee, badan bertenaga, luka cepat pulih, susu pekat dan meriah. promo gitu..=P)

2 Tungku
3 Tuam/tungku baby
4 Baju sejuk
5 Kain batik
6 Stokin
7 Nursing bra
8 Maternity Pad
9 Tuala mandi
10 Breast pad
11 Tukang urut
12 Bengkung
13 Air Zam-zam / selusuh



Bengkung

Extra
1 Penyangkut Baju Berklip
2 Mainan baby
3 Penyangkut Kecil (untuk sarung tangan + kaki)
4 Hanger
5 Almari laci baby-untuk pakaian dan keperluan baby

*****
Barang Baby Yang Nak Bawak Ke Hospital
·         5 keping pampers newborn
·         5 pasang baju bayi (tapi ikut la nak bawak berapa) - kalau lagi lama duduk sepital lagi banyak baju diperlukan
·         1 paket baby wipes/wet tissue
·         1 helai towel mandi
·         Stoking dan sarung tangan baby
·         Barut baby
·         Bedung baby
·         1 botol minyak telon
·         Surah yasin
·         Air zamzam & kurma untuk belah mulut baby

* asingkan sepasang baju, sehelai pampers, sepasang mittens booties, dan sehelai blanket bertopi untuk kegunaan bayi selepas dilahirkan nanti. senang staff nurse di labour room ambil dan pakaikan pada baby kita. takde la nanti dorang tercari-cari barang dalam beg baby yang kita sediakan.

Barang Ibu Yang Nak Bawak Ke Hospital (yang ini ada yang saya saja tambah)
·         3 helai Kain batik
·         2 helai tshirt tangan panjang - biasanya tak pakai pun kain batik dan tshirt sebab diwad tak dibenarkan pakai baju luar kecuali baju pink yang pihak hospital sediakan.
·         2 helai tudung
·         1 biji Termos
·         1 biji Cawan
·         5 paket Coklat 3 in 1
·         Susu
·         Minyak angin
·         1 helai towel mandi
·         1 helai sweater
-3 pasang stoking
- maternity pad - boleh pakai pad biasa lagi mudah untuk uruskan :)
-Set berpantang shaklee untuk recover balik tenaga yang hilang (jangan bawak jamu tau, anti kene bebel kat nurse sebab jamu panas anak boleh kene demam kuning)

Set Berpantang Shaklee
Info lanjut, klik di SINI


INA BAKERI
♥ sms/whatsApp: 013-4639523
♥ Emel : norhaslinabakeri@yahoo.com
♥ Fb: 
www.facebook.com/nurhaslina.bakeri

Saya sedang mencari-cari mereka yang berminat untuk menjadi pengedar.
Jana pendapatan 5angka hanya dari rumah.
Klik untuk info pengedar



Pantang Larang Semasa Dalam Berpantang



Assalamualaikum semua =)

Hari ni ina nak kongsikan dengan ibu-ibu yang bakal berpantang tidak lama lagi berkenaan pantang larang ketika dalam berpantang. Walaupun zaman semakin moden, tetapi bagi ina pantang larang yang dianggap kuno ini ada rasionalnya untuk diamalkan bagi menjamin kesihatan dalaman kita sebagai wanita. Tetapi dizaman serba canggih ni, ina lihat ramai yang tidak ambil berat sangat hal berpantang ni. Ada yang baru 2 minggu bersalin dah berjalan laju-laju siap boleh bershopping di mall lagi.

Bila ditanya, mereka akan jawab " tak rasa sakit dah, dah sihat dah, alah saya ambil jamu/suplemen lah" hmmmm.. Meh sini nak bagitahu ye. Sekarang mungkin tak nampak lagi kesannya. tetapi anda akan lihat kesannya bila umur dah cecah 35tahun. Waktu tu timbullah masalah anginlah, bila ketawa sikit atau terbatuk terus terkucil lah, keluar kentut melalui miss v lah, miss v longgarlah dan yang paling takut sekali bila rahim jatuh ke bawah atau nama lainnya 'tombong'. Waktu tu menyesal pun tak ada guna kerana proses nak masukkan semula rahim tu dalam miss v teramatlah sakit. ini yang diceritakan oleh tukang urut ina waktu ina bersalin dulu.


Jadi, buat ibu-ibu semua, kalau boleh amalkanlah berpantang 40 hari ni agar kesihatan dalaman kita terjaga. Ada sebab dan logik tertentu mengapa orang tua2 zaman dahulu menyuruh ibu2 berpantang semasa bersalin. Pengalaman mendewasakan mereka. Pengalaman yang sebenarnya ada keterangan saintifik di sebaliknya. Mari ina kongsikan dengan anda antara pantang larang semasa seorang ibu itu berada dalam pantang selepas bersalin: 

Adab Mandikan Bayi Baru Lahir



                                                
Ramai orang terlepas pandang. Zaman ini ramai yang suka gunakan kapas lembab (wet nappy) untuk lap najis bayi tanpa mencuci dengan air. Apabila memandikan bayi, jangan terus masukkaan badan bayi ke dalam tab. Cuci dahulu kemaluan bayi depan dan belakang menggunakan air mengalir supaya bersih. Tujuannya supaya apabila memasukkan bayi dalam tab air tidak menjadi air najis, kesan kemaluan bayi yang beristinjak tidak dicuci dengan air.

nRelate All Blog Sections

Ratings and Recommendations by outbrain