Tips Banyakkan Susu Badan
Assalamualaikum dan selamat pagi ibu-ibu gojes semua. Pagi ni ina nak kongsikan satu lagi ilmu yang sangat penting bagi ibu-ibu semua terutamanya bakal-bakal ibu yang bercita-cita untuk menyusukan anak sepenuhnya. Tips banyakkan susu ibu ini sangat penting untuk anda fahaminya sebelum kelahiran baby comel anda agar proses penyusuan nanti akan berjalan dengan jayanya.
Jangan jadi seperti ina. Akibat dari kurangnya ilmu dalam penyusuan, akhirnya ina gagal menyusukan Arissa sepenuhnya. Seawal 2 hari, arissa terpaksa diberi minum susu formula dek kerana kekurangan susu ibu. Ina cuba pelbagai cara untuk memperbanyakkan susu ibu tetapi susu semakin lama semakin berkurang dan akhirnya kering. Pengalaman ini membuatkan ina tekad untuk mendalami ilmu penyusuan juga tips banyakkan susu ibu dan berazam untuk menyusukan anak ke2 sepenuhnya suatu hari nanti. Amin.
Dari pembacaan ina, pengambilan vitamin bukanlah faktor utama yang menyebabkan pengeluaran susu meningkat. Kejayaan penyusuan adalah bergantung kepada tahap kesihatan ibu. Pengambilan vitamin adalah untuk memastikan tubuh ibu
sentiasa sihat, bertenaga, ceria dan terus bersemangat dan secara
langsung mampu membekalkan susu yang banyak kepada anak.
Untuk menghasilkan lebih banyak susu ibu, ibu-ibu haruslah memahami dahulu konsep asas penyusuan iaitu:
"LEBIH
KERAP BAYI DISUSUKAN atau LEBIH KERAP SESI PERAHAN MAKA LEBIH BANYAK
SUSU IBU DIHASILKAN"
Disini ina kongsikan dengan anda 3 tips berkesan untuk banyakkan susu ibu. Ibu-ibu haruslah mengamalkan 3 tips dibawah agar azam untuk menyusukan anak sehingga umur 2tahun akan terlaksana.
Tips Banyakkan Susu Ibu
1. Si ibu haruslah kerap menyusukan bayi secara langsung ATAU bagi ibu yang bekerjaya mereka hendaklah membuat sesi perahan yang konsisten setiap 3 jam atau tidak lebih dari itu sehingga payudara benar-benar kosong.
2. Si ibu memasttikan pengambilan air yang seimbang dan secukupya setiap hari iaitu tidak kurang dari 3 liter sehari dan memastikan si ibu tidak berdiet bagi menjayakan penyusuan lengkap buat si comel anda.
3. Si ibu juga digalakkan mendekatkkan diri dgn Pencipta demi memastikan keseimbangan keperluan rohani dan jasmani dititikberatkan. Bagi muslim, doa dan zikir sgt digalakkan bukan hanya semasa membuat sesi perahan atau sedang menyusukan bayi tetapi menjadikan amalan rutin agar mudah mencapai gelombang alfa, iaitu ketenangan supaya penyusuan dapat berlangsung dgn lancar.
___________________________________________________________________________
Jika tips banyakkan susu di atas telah anda amalkan tetapi penghasilan susu masih kurang, saya menasihatkan anda untuk mengambil vitamin penyusuan Shaklee. Info lanjut Set Penyusuan Shaklee, boleh baca di SINI.
Testimoni Set Penyusuan Shaklee:
Pengambilan Set Penyusuan Shaklee di samping mengamalkan Tips Banyakkan Susu Ibu di atas, anda mampu berikan yang terbaik buat si manja anda.
Semoga ilmu kali ini memberi manfaat kepada ibu-ibu semua. Insyaallah berjumpa lagi kita di lain entry yang lebih berinfomasi. Assalamualaikum.
INA BAKERI
Pengedar
Shaklee Kuantan & Seluruh Malaysia
Call/Whatsupp:
013-4639523
Email:
norhaslinabakeri@yahoo.com
Penghantaran
Shaklee PERCUMA sekitar KUANTAN.
No comments:
Post a Comment