Adakah anda sedang hamil? Kebanyakan wanita tidak menyedari diri mereka telah hamil selepas mereka terlepas haid selepas seminggu hingga 2 minggu.
Jika anda tidak mencatat tarikh menstrual anda atau
ianya kadangkala tidak tetap setiap bulan, adalah sedikit sukar untuk
memastikan bilakah haid anda akan datang untuk bulan berikutnya. Tetapi
jika anda mulai merasakan akan simptom-simptom
berikut dan tidak datang haid untuk beberapa ketika, anda mungkin sudah
pun berjaya hamil. Dapatkan alat pengesan kehamilan dan ketahuilah
sekarang.
1. Payudara membengkak, terasa sakit
1. Payudara membengkak, terasa sakit
Antara
petanda awal kehamilan ialah payudara anda menjadi sensitif atau
membengkak disebabkan oleh pertambahan hormon. Payudara membengkak
bukanlah bermaksud ianya membesar tetapi ianya terasa seperti sebelum
anda haid. Ketidakselesaan ini akan berkurangan apabila anda memasuki
fasa kedua sepanjang kehamilan. Tubuh anda akan mula berubah mengikut
perubahan hormon.
2. Keletihan
Jika anda mula
merasakan cepat penat atau sering keletihan, ini menunjukkan anda berada
di fasa pertama kehamilan. Ia mungkin disebabkan oleh pertambahan
hormone progesterone yang menyebabkan anda mudah mengantuk.
Rasa ini akan berkurangan apabila anda memasuki fasa kedua kehamilan
walaupun rasa cepat penat ini selalu akan datang kembali apabila anda
sudah sarat mengandung dan membawa beban berat dan kadangkala ini
menjurus kepada sukar untuk tidur lena pada waktu malam.
3. Berlaku pendarahan
Sesetengah wanita akan mengalami pendarahan kecil sekitar 11 ke 12 hari
selepas persenyawaan berlaku. Pendarahan ini mungkin disebabkan oleh
ovum mula melekat di dinding ovari.
Pendarahan selalunya hanya
sedikit dan berwarna coklat kehitaman kelihatan seperti darah kering dan
hanya keluar untuk sehari ke dua hari sahaja. Maklumkan kepada doktor
peribadi anda jika terdapat sebarang pendarahan terutamanya jika anda
terasa sakit kerana ini mungkin tanda kehamilan luar rahim.
4. Loya atau muntah
Kebanyakan wanita akan mengalami morning sickness dan hanya akan
melalui tempoh itu selepas sebulan persenyawaan berlaku. Sesetengah
wanita pula mengalami loya-loya lebih awal dari sebulan. Rasa loya dan
muntah-muntah ini tidak hanya berlaku pada waktu pagi, ianya juga boleh
berlaku pada waktu siang atau malam.
5. Lebih sensitif terhadap bauan
Jika anda baru hamil, sensitif atau lebih peka terhadap bauan adalah
perkara biasa. Mungkin ini adalah kesan sampingan dari peningkatan
hormon estrogen di dalam sistem badan anda. Jika dahulu anda menikmati
pelbagai hidangan dengan aroma yang mengasyikkan, tetapi apabila hamil
anda mungkin langsung tidak boleh menghidu sebarang bau.
6. Kembung perut
Oleh kerana perubahan hormon berlaku di awal kehamilan ianya mungkin
akan menjurus kepada rasa kembung di bahagian perut, sama seperti rasa
ketika hendak datang haid. Kerana itulah pakaian anda akan terasa sendat
di bahagian pinggang walaupun uterus masih lagi bersaiz kecil.
7. Kerap buang air kecil
Apabila anda sudah hamil, anda akan mendapati diri anda kerap ke tandas
dalam jangkamasa yang singkat. Kenapa ini terjadi? Ini kerana sepanjang
kehamilan jumlah darah dan bendalir dalam badan akan meningkat, ianya
menjurus kepada cecair yang berlebihan akan diproses oleh buah pinggang
dan akhirnya ke pundi kencing.
Simptom ini biasanya bermula
sejak 6 minggu pertama di dalam fasa pertama kehamilan dan akan terus
berlaku atau lebih kerap lagi apabila proses kehamilan dan bayi semakin
membesar yang memberi tekanan di dalam pundi kencing anda.
8. Tidak datang haid
Jika anda selalunya anda datang haid tepat pada tarikh jangkaan dan
kali ini ianya lewat, anda mungkin boleh mencuba alat ujian kehamilan
jika anda tidak mengalami sebarang simptom. Tetapi jika haid anda tidak
tepat dan selalu tidak datang pada tarikh jangkaan, anda mungkin boleh
merasai perubahan pada payudara atau rasa loya.
9. Suhu badan meningkat
10. Keputusan positif oleh alat ujian kehamilan
Selepas mendapat keputusan yang positif, buatlah temujanji dengan doktor peribadi anda. Tahniah!
Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada anda.
INA BAKERI
♥ sms/whatsApp: 013-4639523
♥ Emel : norhaslinabakeri@yahoo.com
♥ Fb: www.facebook.com/nurhaslina.bakeri
Saya sedang mencari-cari mereka yang berminat untuk menjadi pengedar.
Jana pendapatan 5angka hanya dari rumah.
Klik untuk info pengedar
http://mamacomelarissa.blogspot.com/p/sertai-shaklee.html
♥ sms/whatsApp: 013-4639523
♥ Emel : norhaslinabakeri@yahoo.com
♥ Fb: www.facebook.com/nurhaslina.bakeri
Saya sedang mencari-cari mereka yang berminat untuk menjadi pengedar.
Jana pendapatan 5angka hanya dari rumah.
Klik untuk info pengedar
http://mamacomelarissa.blogspot.com/p/sertai-shaklee.html
No comments:
Post a Comment