Apabila seluruh kehidupan kita tertumpu kepada anak kesayangan kita, banyak perkara yang menarik akan berlaku.
- Kita menemui kekuatan dalaman tanpa kita sedar.
- Kita akan merindui saat 9 bulan kehamilan kita walaupun terpaksa mengendong perut yang boyot!!
- Kita tidak lagi memerlukan jam. Sebaliknya, bayi kita yang menetapkan jadual harian kita. Adakalanya bayi kita bangun seawal jam 4 pagi!!
- Kita akan menghormati dan mengasihi ibu bapa kita sendiri dengan cara yang baru.
- Jika anak kita sakit, kita yang akan mengalami rasa lebih teruk berbanding kita yang sakit..
- Kita tidak keberatan tidur pada pukul 9 malam pada malam Jumaat...
- Perasaan kita akan lebih mudah tersentuh atau berkecil hati apabila berlaku hal-hal berkaitan dengan anak.
- Kita akan lebih kerap melihat anak kita di dalam cermin berbanding melihat diri kita sendiri.
- Kita tidak lagi jijik dengan najis bayi, sebaliknya kita akan Happy bila anak kita poo-poo!
- Kita akan lebih menghargai diri kita.
- Kita lebih rela meluangkan masa untuk peluk dan cium anak kita, walaupun kita tahu kita akan sampai lewat ke tempat kerja.
- Kita mula menyedari, yang kita punyai kuasa yang hebat bila dapat menenangkan anak kita yang sedang menangis.
- Kita akan sentiasa mengira gigi anak yang baru tumbuh.
- Kita akan rasakan yang mempunyai anak lagi bukanlah satu masalah yang besar, malah kita amat sukannya.
- Apabila kita melihat ada ibu bapa lain yang sedang memegang anak mereka yang sedang menangis, kita akan faham situasi mereka.
- Kita akan menghargai masa mandi kita walaupun ianya dalam masa yang singkat!
- Akhirnya, kita akan mula bertegur sapa dengan jiran sebelah selepas mempunyai anak!
- Kita akan dapati, perkara-perkara yang dulunya kita anggap penting kini tidak lagi selepas adanya anak.
- Kita sedar yang sebenarnya tidak sukar untuk menyayangi anak kita yang pada mulanya kita anggap dia adalah orang asing.
- Setiap hari kita adalah sesuatu yang penuh dengan kejutan!
Jom kongsikan dengan rakan-rakan anda =)
INA BAKERI
♥ sms/whatsApp: 013-4639523
♥ Emel
: norhaslinabakeri@yahoo.com
Saya sedang
mencari-cari mereka yang berminat untuk menjadi pengedar
Jana pendapatan
5angka hanya dari rumah.
Klik untuk info pengedar
No comments:
Post a Comment