Anak-anak adalah amanah dari ALLAH s.w.t. dan ianya sebahagian dari ujian ALLAH s.w.t. kepada kita hamba-hamba-Nya. Orang yang malang ialah orang yang mempunyai ramai anak tetapi anak-anaknya tidak membawa kebaikan kepadanya di akhirat. Rasulullah SAW diberitakan telah bersabda : "Tahukah engkau siapakah orang yang mandul." Berkata para sahabat : "Orang yang mandul ialah orang yang tidak mempunyai anak." Lalu Rasulullah SAW berkata : "Orang yang mandul itu ialah orang yang mempunyai ramai anak tetapi anak-anaknya itu tidak memberi kemanfaatan kepadanya sesudah ia meninggal dunia." - (Maksud Al-Hadith )
Kesilapan pertama
Kurang berdoa semasa mengandung.
Antara doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa mengandung ialah Saidul
(penghulu) Istighfar Doa memohon rahmat (Al-Quran Surah Ali 'Imran, 3 : 8-9)
Doa memohon zuriat yang baik (Al-Quran Surah Ali 'Imran, 3 : 38) Doa agar anak
mengerjakan solat (Al-Quran Surah Ibrahim, 14 : 40-41)
Kurang berdoa semasa membesarkan
anak. Doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa anak membesar ialah Doa agar
anak patuh kepada ALLAH s.w.t. (Al-Quran Surah Al-Baqarah, 2 :128) Doa diberi
zuriat yang menyejukkan hati (Al-Quran Surah Al-Furqan, 25 :74) Doa supaya nama
anak membawa kebaikan kepadanya.
Kesilapan kedua
Banyak memberi belaian Tarhib (menakutkan) daripada Targhib (didikan atau motivasi) seperti: menakutkan anak-anak dengan sekolah, menakutkan dengan tempat gelap, menakutkan dengan hutan rimba atau bukit bukau, menggunakan kekerasan dan paksaan semasa menyuruh anak tidur.
Kesilapan ketiga
Tidak tegas dalam mendidik
anak-anak, tidak menjadualkan kegiatan harian anak-anak, terlalu memfokuskan
anak-anak kepada sesuatu aktiviti sahaja tanpa mengambil kira perasaan mereka.
Kesilapan keempat
Menegur anak secara negatif seperti
mengeluarkan kata-kata kesat dan maki hamun kepada anak-anak (terutama semasa
marah). Membandingkan anak-anak dengan anak-anak lain atau anak orang lain.
Kesilapan kelima
Memberi didikan yang tidak
seimbang antara jasmani (physical), rohani (spiritual) dan minda (intelektual).
Ramai yang lebih mementingkan pendidikan minda dari pendidikan rohani
Kesilapan keenam
Kurang memberi sentuhan kepada
semua anak-anak sedangkan Rasulullah kerap dilihat mendukung cucu-cucunya dan
mencium mereka. Diriwayatkan oleh Aisyah r.a. : Pada suatu hari Rasulullah SAW
mencium Al-Hassan atau Al-Hussien bin Ali r.a. Ketika itu Aqra' bin Habis
At-Tamimiy sedang berada di rumah baginda. Berkata Aqra' : "Ya Rasulullah!
Aku mempunyai sepuluh orang anak, tetapi aku belum pernah mencium seorang pun
dari mereka." Rasulullah melihat kepada Aqra' kemudian berkata :
"Siapa yang tidak mengasihi tidak akan dikasihi."-(Maksud Al-Hadith
Riwayat Bukhari dan Muslim)
Kesilapan ketujuh
Penampilan diri yang kurang
anggun dan kurang kemas. Ibu bapa tidak menunjukkan cara berpakaian yang kemas
dan yang menepati kehendak syarak bila berada di rumah, iaitu berpakaian secara
selekeh atau berpakaian seksi dihadapan anak-anaknya.
Kesilapan kelapan
Susunan rumahtangga yang tidak
kemas. Ini mengakibatkan anak-anak terikut-ikut dengan cara itu dan membesar
menjadi pemalas dan selekeh.
Kesilapan kesembilan
Kurang menghidupkan sunnah di
rumah seperti memberi salam, makan berjemaah, beribadah bersama-sama, dan
sebagainya. Dalam menjawab salam, lazimkanlah menjawab salam dengan yang lebih
baik dari salam yang diberi.
Kesilapan kesepuluh
Tidak menggantungkan rotan di
tempat yang mudah dilihat oleh anak-anak. Dalam Islam, merotan anak dengan
tujuan mendidik adalah satu sunnah.
Kesilapan kesebelas
Kurang mendedahkan anak-anak
dengan model yang cemerlang seperti para ulama' dan orang-orang yang berhemah
tinggi dan berakhlak mulia. Anak-anak juga patut didedahkan dengan sembahyang
jemaah, kuliah agama dan aktiviti-aktiviti yang bersesuaian dengan akhlak Islam.
Kesilapan keduabelas
Bertengkar di depan anak-anak.
Ini akan menyebabkan anak-anak rasa tertekan dan membenci salah seorang dari
ibubapanya.
Kesilapan ketigabelas
Membenarkan orang yang tidak elok
sahsiyahnya masuk ke dalam rumah kita, baik dari kalangan sahabat sendiri
ataupun sahabat anak-anak, kerana ini akan memberikan contoh yang tidak baik
kepada anak-anak yang masih membesar.
Kesilapan keempatbelas
Kurang mengawasi
rancangan-rancangan yang ditonton samada dari TV ataupun video. Pengawasan
dalam hal ini adalah penting kerana kebanyakan rancangan dari media ini
menonjolkan akhlak yang kurang baik seperti pergaulan bebas lelaki dan
perempuan, pakaian yang tidak menepati syarak dan perbualan yang boleh merosakkan
agama anak-anak.
Kesilapan kelimabelas
Terlalu bergantung kepada
pembantu rumah untuk mendidik anak-anak. Sebagai ibubapa kitalah yang akan
disoal di akhirat kelak akan anak-anak ini. Oleh itu adalah menjadi satu
kepentingan kita untuk berusaha memastikan anak-anak terdidik dengan didikan
Islam.
INA BAKERI
♥ sms/whatsApp: 013-4639523
♥ Emel : norhaslinabakeri@yahoo.com
♥ Fb: www.facebook.com/nurhaslina.bakeri
Saya sedang mencari-cari mereka yang berminat untuk menjadi pengedar.
Jana pendapatan 5angka hanya dari rumah.
Klik untuk info pengedar
http://mamacomelarissa.blogspot.com/p/sertai-shaklee.html
♥ sms/whatsApp: 013-4639523
♥ Emel : norhaslinabakeri@yahoo.com
♥ Fb: www.facebook.com/nurhaslina.bakeri
Saya sedang mencari-cari mereka yang berminat untuk menjadi pengedar.
Jana pendapatan 5angka hanya dari rumah.
Klik untuk info pengedar
http://mamacomelarissa.blogspot.com/p/sertai-shaklee.html
No comments:
Post a Comment