Assalamualaikum dan selamat tengahari semua. =)
Semua dah makan tengahari ke? Lepas makan jangan lupa ambil LECHITIN dan ALFALFA, bagi buang segala lemak yang tak diperlukan oleh badan. hehe.. haaa, hari ni ina bukan nak cerita tentang set kurus ye, tapi ina nak cerita tentang satu resepi yang menyebabkan anda kene ambil set kurus Shaklee ni =) Kueh tepung pelita ni merupakan kueh feberet my husband. Sebab tu ina rajinkan diri dan luangkan masa untuk buat kueh ni khas untuk suami tercinta. Nak suami sayang kan, kene lah jaga makan minum dia. hehe
Alhamdulillah, kueh tepung pelita ina mendapat pujian kebabom dari husband ina. Katanya sedap sangat. Bawahnya cukup manis, atasnya pula cukup lemaknya. Apa lagi, kembang kempisla ina dibuatnya..hehe.. Lepas ni insyaallah akan buat lagi menggunakan resepi ini. Resepinya sangat mudah, tak perlu kukus-kukus, tak perlu daun pisang atau orang kelantan panggil kelongsong dan yang paling penting SEDAP! nyum nyum =)
Kepada anda yang suka sangat makan kueh ni, apakata anda cuba buat sendiri untuk tekak sendiri, suami dan anak-anak. bak kata pepatah, air tanya isteri/ibu ni pengerat kasih sayang. sambil-sambil masak tu banyakkan berselawat. insyaallah, lebih berkat juadah yang kita sediakan itu nanti. insyaallah.. ini adalah rupa kueh tepung pelita yang ina buat semalam. Jom kita layan resepinya. =)
Kueh Tepung Pelita
Untuk 15bekas kecil (yang orang letak tapai tu)
1. Bahagian bawah
- 1cawan tepung beras
- 1cawan gula
- 5cawan air
- 5helai daun pandan diblend dengan sedikit air
- 1sudu makan air kapur
- Pewarna hijau 1sudu kecil
Campur
semua bahan dan tapis. Masak atas api sederhana. Sentiasa dikacau
supaya tidak berketul. Bila dah agak nak pekat, perlahankan api dan
kacau sehingga nampak berkilat dan keluar gelembung besar meletup2.
Tutup api dan masukkan dalam acuan.
Gelembung-gelembung yang meletup-letup. |
Tips: apabila adunan dah mula pekat, perlahankan api ye untuk mengelakkan dari berketul-ketul. Sebab bila dah berketul-ketul, tak boleh dah nak bagi licin semula dan kueh tepung pelita kita nanti tu jadi tak cantik dan tak licin permukaannya.
Bahagian atas
- 4sudu besar tepung beras
- 4cawan santan ( ina guna santan kotak Kara yang kecil dan jadikan 4 cawan)
- Garam 2sudu kecil
Campur
semua bahan dan tapis. Masak atas api sederhana dan sentiasa
dikacau agar tidak berketul. Sambil tu letakkan 1/2 sudu kecil gula di atas
lapisan hijau tadi. Apabila adunan sudah pekat dan ada gelembung meletup-letup, tutup api. Dan tuangkan
ke atas lapisan hijau yang diletak gula tadi. Tunggu sejuk dan masukkan
dalam peti sejuk untuk rasa yang lebih enak.
Tips: Gula yang kita letak atas lapisan hijau tu akan cair dengan sendiri. Jadi bila kita makan, akan rasa air gula seperti kueh tepung pelita yang selalu di jual tu. Kalau suka banyak air gulanya, letak 1 sudu kecil gula. Tetapi jangan banyak sangat takut nanti jadi sira tepung pelita plak. hehe
Satu bekas ni sekali hadap je.hehe =P |
Like father like daughter. Arissa pun suka makan kueh ni sama cam abahnya =P |
Sekian untuk kali ini. Selamat mencuba resepi mudah ini dan jangan lupa kongsikan diruangan komen setelah mencuba =)
INA BAKERI
Pengedar
Shaklee Kuantan & Seluruh Malaysia
Call/Whatsupp:
013-4639523
Email:
norhaslinabakeri@yahoo.com
Penghantaran
Shaklee PERCUMA sekitar KUANTAN.
Perkhidmatan
POS seluruh Malaysia (termasuk Sabah & Sarawak)
Alhamdulillah menjadi n sedap. Tq for sharing
ReplyDeletesalam, kalau takde air kapur boleh ganti dengan apa ye
ReplyDeleteBoleh guna air ketum. Letak ikut rasa. Erm
DeleteTq for sharing
ReplyDeleteTq for sharing
ReplyDeleteAkk nk resepi ni boleh..mohon halal ya. :-D
ReplyDelete