Jika seorang ibu adalah ketua keluarga, maka ayah pula adalah pengasas keluarga tersebut. Dia memainkan pelbagai peranan penting tidak kira kecil ataupun besar. Satu komuniti yang kuat di dalam sesebuah negara yang teguh pentadbirannya terbentuk daripada keluarga-keluarga yang dibimbing oleh golongan ayah di rumah. Ayah membimbing, memberi kuasa serta menjadi mentor kepada keluarga dan rumahtangga. Anak-anak dilindungi daripada bahaya dan sebarang kecederaan. Ayah mengajar anak-anaknya menjadi seorang yang tabah, kuat dan berjaya di dalam hidup mereka.
Ayah Sebagai Seorang Penstabil
- Salah satu peranan penting seorang ayah adalah menjadi penstabil di dalam sebuah rumah. Seorang ayah perlu membimbing anak-anak mereka ke arah ke stabilan keluarga dan rumahtangga. Kehadiran ayah di dalam menangani cabaran-cabaran di luar rumah seperti suasana kemasyarakatan yang tidak baik dapat membantu perkembangan anak-anak
Ayah Sebagai Seorang Pelindung
- Si isteri dan keluarga perlu berasa dilindungi daripada dunia luar yang serba tidak menentu. Ayah perlu menjadi seorang pelindung kepada keluarganya did alam apa jua keadaan sekalipun. Setiap anak perlu melihat ayah mereka sebagai seorang hero idola mereka. Ayah juga perlu memberi keselesaan kepada anak-anaknya.
Ayah Sebagai Seorang Yang Dicontohi
- Apabila anak-anak dibesarkan oleh seorang ayah yang komited, kemungkinan besar mereka berjaya dalam hidup pada masa hadapan adalah sangat tinggi berbanding dengan anak-anak yang dibesarkan oleh seorang ayah yang tidak bertanggungjawab. Ia bukanlah mengatakan bahawa anak-anak yang dibesarkan tanpa seorang ayah tidak akan berjaya dalam hidup mereka, tetapi tahap kejayaan anak-anak yang mendapat bimbingan seorang ayah itu adalah lebih tinggi.
- Ayah memberi keberanian dan keyakinan kepada anak-anak mereka. Memandangkan anak-anak sentiasa memerhatikan tingkah laku ibu dan bapa mereka, banyak perkara-perkara baru tentang kehidupan yang dipelajari mereka. Maka dengan itu adalah amat penting si ayah menunjukkan karakter yang baik tentang kehidupan kepada anak-anak mereka agar si ayah menjadi sumber inspirasi mereka.
Ayah Sebagai Seorang Pencari Nafkah
- Seorang ayah perlu menyediakan, pakaian serta tempat tinggal untuk keluarganya. Seorang ayah harus melakukan apa sahaja untuk menjaga kebajikan keluarganya tidak kira apapun pekerjaan yang dilakukan olehnya asalkan kerja itu halal dan mulia.
Ayah Sebagai Seorang Pendisplin
- Anak-anak perlu dibimbing sejak zaman kanak-kanak mereka lagi. Ayah haruslah menjadi pendisiplin kepada keluarganya. Anak-anak perlu menyingkirkan tabiat-tabiat buruk yang boleh memberi kesan negatif kepada kehidupan mereka. Si ayah perlu mengajar nak-anaknya bahawa sikap tamak, menipu, berbohong, mencuri, bersikap kurang ajar serta tingkah laku buruk adalah sikap-sikap yang tidak baik.
- Sebagai ketua keluarga di rumah, seorang ayah bertanggungjawab dalam mendisiplinkan anak-anak. Langkah-langkah mendisiplinkan anak-anak boleh diambil oleh si ayah jika anak-anaknnya melakukan kesalahan adalah seperti menyekat elaun perbelanjaan serta melarang mereka daripada bermain. Si ayah juga boleh memukul anaknya jika kesalahan yang dilakukan mereka berulangkali atau mereka tidak mengendahkan kata-kata si ayah.
- Tujuan seorang ayah mendisiplinkan anak-anaknya adalah bagi membantu mereka menjadi seorang yang berguna kelak. Bak kata pepatah, bagaimana acuan begitulah kuihnya.
Kepentingan sorang bapa di dalam sesebuah keluarga tidak boleh dinafikan. Peranan seorang ayah di dalam sesebuah keluarga sememangnya amat penting. Anak-anak cenderung menjadikan ayah mereka sebagai idola atau model mereka, maka dengan itu, si ayah perlu menjadi contoh utama kepada mereka.
Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada anda.
INA BAKERI
♥ sms/whatsApp: 013-4639523
♥ Emel : norhaslinabakeri@yahoo.com
♥ Fb: www.facebook.com/nurhaslina.bakeri
Saya sedang mencari-cari mereka yang berminat untuk menjadi pengedar.
Jana pendapatan 5angka hanya dari rumah.
Klik untuk info pengedar
http://mamacomelarissa.blogspot.com/p/sertai-shaklee.html
♥ sms/whatsApp: 013-4639523
♥ Emel : norhaslinabakeri@yahoo.com
♥ Fb: www.facebook.com/nurhaslina.bakeri
Saya sedang mencari-cari mereka yang berminat untuk menjadi pengedar.
Jana pendapatan 5angka hanya dari rumah.
Klik untuk info pengedar
http://mamacomelarissa.blogspot.com/p/sertai-shaklee.html
No comments:
Post a Comment