Bertudung atau berhijab merupakan syariat Islam yang wajib dijaga. Menerapkan tabiat dan disiplin bertudung pula wajib dimainkan oleh setiap ibubapa terhadap anak-anak perempuan mereka.
Panduan Mudah Melatih Anak Bertudung
- Seorang ibu itu wajiblah terlebih dahulu mengenakan tudung jika keluar rumah atau bersama orang bukan muhrim.
- Belikan atau sediakan tudung yang sesuai dengan usia anak perempuan kita ni. kalau boleh biarlah cari warna yang budak-budak suka supaya dia suka sebab nampak cantik
- Ingatkan atau pakaikan anak perempuan anda tudung setiap kali dia ingin keluar rumah, atau setiap kali kita bawa dia keluar..( biasanya anak-anak ini pakai tudung tak boleh tahan lama..tak mengapa..dah namanya pun latihan kan..)
- Ceritakan sebab secara mudah kenapa orang perempuan beragama Islam wajib bertudung ( jika dia bertanya soalan yang berkaitan, sila berikan jawapan yang munasabah dan logik, sebab anak-anak kita ini belajar melalui persekitaran juga )
- Cuba bawa anak pergi mandi manda atau berkelah ke kawasan air terjun atau taman tema air, dan ajar dia supaya tidak perlu tanggalkan tudung walaupun ingin berseronok ( supaya dia tahu bertudung bukan sahaja ditempat tertentu..dalam semua keadaan jangan sesekali buka tudung )
InsyaAllah, Jika kita inginkan kebaikan. Allah akan
permudahkan. selagi namanya latihan, biar ada kekurangan
dimana-mana..namun tetap ada pembaikan..
Mungkin ada banyak lagi cara yang boleh kita buat untuk melatih
anak-anak perempuan kita bertudung, walau apapun yang penting semuanya
ibarat melentur buluh dari rebung.
INA BAKERI
♥ sms/whatsApp: 013-4639523
♥ Emel : norhaslinabakeri@yahoo.com
♥ Fb: www.facebook.com/nurhaslina.bakeri
Saya sedang mencari-cari mereka yang berminat untuk menjadi pengedar.
♥ sms/whatsApp: 013-4639523
♥ Emel : norhaslinabakeri@yahoo.com
♥ Fb: www.facebook.com/nurhaslina.bakeri
Saya sedang mencari-cari mereka yang berminat untuk menjadi pengedar.
Jana pendapatan 5angka hanya dari rumah.
Klik untuk info pengedar
No comments:
Post a Comment