Mungkin ramai yang memandang remeh ilmu mandi wajib ini. Mandi wajib merupakan perkataan yang mudah disebut, tetapi jangan terkejut jika dikatakan banyak umat Islam di tanahair kita yang tidak sah mandi wajibnya kerana tidak melakukannya dengan betul.
Penolong Pengarah Bahagian Dakwah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Uztaz Haji Mat Jais Kamos, 49, menegaskan, bagaimanapun, berdasarkan pengalamannya sebagai bekas kadi di Pejabat Agama Islam Gombak Timur dan penceramah, didapati banyak umat Islam yang tidak mengetahui perkara ini.
“Akibatnya,
mandi wajibnya menjadi tidak sah kerana tidak memenuhi salah satu rukun mandi
wajib iaitu meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir. Apabila mandi
wajib tidak sah, ibadat yang dilakukan oleh seseorang itu juga turut tidak sah.
Itulah akibatnya jika tidak melakukan mandi wajib dengan betul,” tegas beliau
ketika ditemui di rumahnya di Taman Sri Keramat Kuala Lumpur .
Mandi
wajib yang juga sebagai mandi junub atau janabah tidak boleh dipandang ringan
oleh umat islam. Setiap orang yang mlakukannya mestilah mengetahui dan memenuhi
rukun2nya. Jika tidak mandi wajib seseorang itu tidak akan sah.
Rukun
mandi wajib
1) Niat.
- “Sahaja aku mengangkat hasar besar kerana Allah Taala.” Atau ” Sahaja aku mandi wajib kerana Allah Taala.”
- Niat itu di dalam hati dan ia hendaklah disertakan ketika air sampai ke mana2 bahagian anggota badan.
- Bagi perempuan yang habis haid, niat mandi wajib ialah: ” Sahaja aku mengangkat hadas haid kerana Allah Taala.”
- Manakala bagi perempuan yang habis nifas, niat mandi wajibnya ialah: ” Sahaja aku mengangkat hadas nifas kerana Allah Taala”.
- Niat itu jika dilambatkan atau ketika seseorang itu memulakannya selepas dia telah membasuh salah 1 anggota badannya akan menjadikan mandi wajibnya tidak sah. Oleh itu dia mestilah memulakan kembali niatnya ketika dia mula menyampaikan air keseluruh anggota badannya.
- Sekiranya dia berniat sebelum air sampai ke badan, niat itu juga tidak sah. Oleh itu mandi wajibnya tidak sah.
2) Menghilangkan najis di badan.
- Jika kita ada najis di badan, najis itu boleh dibasuh serentak dengan mandi wajib. Ertinya membasuh najis dengan mandi itu boleh disekalikan.
3) Meratakan air keseluruh
anggota badan yang zahir.
- Jika rambut seseorang itu ditocang atau disanggul, sekiranya tidak sampai air ke dalamnya, tocang atau sanggul itu wajiblah dibuka.
- Bulu2 dalam lubang hidung pula, tidak wajib dibasuh kerana dianggap batin. Tetapi sekiranya, bulu2 di dalam hidung itu bernajis, ia wajiblah dibasuh.
- Mengenai kuku pula, jika di dalam kuku ada kotoran yg boleh menghalang sampai air ke badan khususnya di bahagian bawah kuku, kotoran itu wajiblah dibuang. Membuang kotoran di dalam kuku itu pula boleh dilakukan ketika sedang mandi.\
- Tentang rambut yg diwarnakan pula selain inai, inilah yang merumitnya. Sebenarnya jika rambut seseorang itu diwarnakan dengan pewarna selain inai, mandi wajib seseorang itu tidak sah. Oleh itu, seseorang yang mewarnakan rambutnya dengan pewarna selain inai, jika dia hendak mandi wajib, dia mestilah membuang pewarna pada rambutnya terlebih dahulu. Tetapi untuk membuang pewarna itu pula bagaimana?Inilah yang rumitnya. Sedangkan pewarna pada rambut itu sebenarnya tidak boleh dibuang begitu mudah.
Yang menyebabkan mandi wajib orang yang menggunakan pewarna pada rambutnya
tidak sah kerana pewarna itu akan menyalut rambutnya yang menghalang air sampai
ke rambut. Ini berbeza dengan inai. Inai sebenarnya akan meresap ke rambut,
tetapi pewarna pula akan menyalut rambut menyebabkan air terhalang ke rambut.
Tetapi
dalam hal ini, jangan pula ada yang salah faham. Sebenarnya pewarna itu jika
dikeluarkan sijil halal oleh JAKIM dan sekiranya pewarna itu tidak bernajis,
bukanlah bermaksud menjadi tidak sah. Dalam hal ini, sukalah saya menyatakan
bahawa sembahyang dan mandi wajib itu berbeza. Jadi, mestilah dipandang dari
sudut yg berbeza.
Dalam
hal ini juga, sukalah saya menyatakan, huraian mengenai rukun mandi wajib
seperti yang telah saya nyatakan ini adalah merupakan perbezaan sah atau tidak
mandi wajib. Jadi, ia perlulah diberikan perhatian yang lebih oleh umat Islam.
6
sebab mandi wajib
- bersetubuh walaupun tidak keluar air mani
- keluar air mani
- mati
- keluar darah haid
- nifas
- melahirkan anak(wiladah) .
Mandi wajib boleh dilakukan di mana2 dengan menggunakan air mutlak sama ada air telaga, air paip, sungai laut dan tasik. Bagi pasangan suami isteri yang bersetubuh pula, mereka tidak semestinya mandi selepas bersetubuh, tetapi diwajibkan mandi ketika ingin beribadat.
Selepas
bersetubuh pula, jika ia dilakukan pada waktu malam, jika tidak mahu mandi
wajib, seelok2nya ambillah wuduk sebelum tidur itu adalah sunat, manakala tidak
berwuduk sebelum tidur adalah makruh.
Wallahualam
INA BAKERI
♥ sms/whatsApp: 013-4639523
♥ Emel : norhaslinabakeri@yahoo.com
♥ Fb: www.facebook.com/nurhaslina.bakeri
♥ sms/whatsApp: 013-4639523
♥ Emel : norhaslinabakeri@yahoo.com
♥ Fb: www.facebook.com/nurhaslina.bakeri
Saya sedang
mencari-cari mereka yang berminat untuk menjadi pengedar.
Jana pendapatan 5angka hanya dari rumah.
Klik untuk info pengedar
No comments:
Post a Comment