10 Tanda Anda Hamil



Haaa..teruja tak tengok tajuk entry kali ni? hehe.. Kalau anda semua nak tahu, inilah yang ina mula2x search kt google waktu mula2x kawen dulu bila period ina lewat seminggu. Semua tanda2x kat bawah tu, semua ada pada ina. Akhirnya pergi klinik untuk kepastian. Alhamdulillah rezeki Allah, ina disahkan pregnant 6minggu. =) Jom kita lihat antara tanda2x yang memungkinkan anda telah hamil! =)



1. Rasa lapar yang berpanjangan

Juga terjadi pada orang yang tidak hamil tetapi lebih kerap terjadi pada awal kehamilan. Jangan bergantung sepenuhnya kepada tanda ini tetapi sekiranya ia berlaku disamping tanda-tanda kehamilan yang lain, bersiap-sedialah untuk membilang hari anda.

2. Perubahan pada warna di sekeliling payudara

Sekiranya kulit disekitar puting anda menjadi kehitaman, kemungkinan anda sudah pun beberapa minggu mengandung. Walaubagaimanpun, ia juga terjadi disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon tidak berkaitan dengan kehamilan atau disebabkan kandungan yang terdahulu.

3. Kerap membuang air kecil

Sekiranya janin sudah mula terbentuk dan rahim yang semakin membesar mula menekan pundi kencing anda, anda akan mersa kerap untuk buang air.

4. Merasa tidak bermaya


Rasa seperti tiada tenaga sepanjang masa? Hormon yang dikeluarkan di masa awal kehamilan boleh membuatkan anda berasa letih dengan cepat. Rasa letih dan tidak bermaya adalah sesuatu yang kerap terjadi di awal kehamilan.


5. Sakit dan tegang pada buah dada


Sekiranya anda mengandung, buah dada anda akan menjadi semakin sakit pada sentuhan, agak serupa dengan ketidakselesaan yang terjadi pada buah dada anda sebelum haid. Apabila badan sudah menjadi biasa dengan kejadian hormon ini, kesakitan akibat ketegangan akan menjadi semakin berkurangan.

6. Pendarahan implantasi dan senak pada ari-ari

Lebih kurang 8 hari selepas ovulasi, anda mungkin akan mengalami sedkit pendarahan dari faraj dan senak pada ari-ari akibat dari implantasi. Anda juga mungkin mengalami keadaan yang sama semasa pada sekitar masa anda sepatutnya datang haid hari pertama.

7. Rasa loya dan muntah

Sekiranya anda bernasib baik, morning sickness ini tidak akan menyerang, kecuali selepas beberapa minggu hamil. Tetapi segelintir wanita akan mula merasa mual dan rasa luar biasa pada lidah walaupun cuma selepas beberapa hari mengandng.

8. Suhu asas badan tinggi berpanjangan

Sekiranya anda memang sedang membuat pemerhatian dengan mengambil suhu badan asas anda setiap pagi, anda akan mendapati paras susu badan secara konsisten melebihi paras asas sejak dari hari pertama ia naik.

9. Missed period

Sekiranya haid anda teratur sebelumnya dan sekarang ia sudah lewat beberapa hari. Inilah masanya untuk anda menjalani ujian air kencing untuk kehamilan.

Dan akhirnya..

10. Ujian air kencing yang positif

Sekiranya anda sudah beberapa hari ketinggalan haid dan terdapat 2 jaluran pada ujian air kencing, kemungkinan besar anda sudah mengandung. Jumpalah doktor untuk kepastian dan...


ANDA HAMIL!! =)

So cmne? tanda2x tu ada x pada anda? kalau 5 dari 10 tanda di atas ada pada anda, anda harus pergi ke klinik untuk dapatkan kepastian. Jika ya anda hamil, anda haruslah bersedia untuk menimang cahaya mata dan mengambil suplement yanng baik untuk menguatkan rahim dan kesihatan bayi di dalam kandungan anda. Jom dapatkan Set Kehamilan Shaklee.

Tetapi jika rezeki masih belum  menyebelahi anda, apakata anda cuba Set Kesuburan Shaklee. Alhamdulillah, ramai yang telah mencuba set ini dan berjaya hamil setelah menunggu setahun, 2 tahun, 3tahun juga 8tahun untuk menimang cahaya mata. 


INA BAKERI
♥ sms/whatsApp: 013-4639523
♥ Emel : norhaslinabakeri@yahoo.com
♥ Fb: 
www.facebook.com/nurhaslina.bakeri

Saya sedang mencari-cari mereka yang berminat untuk menjadi pengedar.
Jana pendapatan 5angka hanya dari rumah.
Klik untuk info pengedar


No comments:

Post a Comment

nRelate All Blog Sections

Ratings and Recommendations by outbrain