Pantang Larang Ketika Hamil



Memang dalam apa jua perkara kita tidak dpt lari dari petua mahupun pantang larang org tua. Adakalanya ia tidak logik dan tak masuk akal. Namun jika tidak diikut dan kemudiannya terjadi sesuatu perkara yg tidak baik kepada bayi, tentu mereka akan mula mengungkit. Berikut adalah beberapa pantang larang untuk dikongsikan bersama:


  • Jangan minum air kelapa dan air nenas pada trimester pertama- dikhuatiri bayi akan gugur.
  • Jangan mengikat mati benang, plastik atau sebagainya- dikhuatiri ibu sukar melahirkan.
  • Jangan mengetuk dinding rumah- dikhuatiri uri bayi akan melekat pada rahim, biarpun bayi telah selamat dilahirkan.
  • Jangan mandi malam- dikhuatiri air ketuban akan berlebihan sehingga memudaratkan bayi dlm kandungan.
  • Jangan banyak minum ais - dikhuatiri saiz bayi akan besar dan sukar dilahirkan. Ada juga sesetengah pendapat mengatakan takut bayi mudah dijangkiti demam kuning.
  • Elakkan minuman bergas dan kafein- dikhuatiri kandungan mudah gugur.
  • Jangan lilit tuala pada leher dan pada rambut (utk keringkan rambut)- dikhuatiri tali pusat akan melilit leher bayi.
  • Kurangkan mkn buah oren- dikhuatiri bayi dilahirkan byk kahak.
  • Elakkan membuat kerja2 menjahit - dikhuatiri tali pusat anak akan berbelit dan sukar melahirkan.
  • Apabila terlihat benda yg pelik, cepat2 beristighfar- dikhuatiri bayi akan mengenan.
  • Kurangkan mkn pisang- pisang menyebabkan rambut bayi terlalu lebat.
  • Jangan memburu atau membunuh binatang. (bg suami dan isteri)- dikhuatiri sukar utk bersalin.
  • Jangan mkn betik muda- getah yg ada padanya menyebabkan kandungan boleh gugur.


Saya pasti diluar sana masih byk pantang larang yg diberikan oleh org tua mereka. Apa jua pantang yg kita dgr... Jgn terlalu taksub mengikutnya. Takut lari Akidah pula nanti. Yg penting, setiap ibu yg mengandung, pastikan anda menjaga tingkah laku dan percakapan sepanjang kehamilan. Apa juga yg dilakukan oleh si ibu, mungkin diwarisi oleh anak yg dikandung. Wallahua'lam.


Ingin dapatkan produk Shaklee? Hubungi:

INA BAKERI
Call/Whatsupp: 013-4639523
Email: norhaslinabakeri@yahoo.com
Add FB saya: INA BAKERI untuk CHATTING secara lansung dengan saya
Klik LIKE di Fanpage saya: MAMA ARISSA untuk mendapatkan pelbagai TIPS dan INFO berguna secara PERCUMA
Konsultasi PERCUMA hanya untuk customer saya sahaja ya =)


No comments:

Post a Comment

nRelate All Blog Sections

Ratings and Recommendations by outbrain