Tips Atasi Sembelit


 Adakah anda seperti ini?

Sukar membuang air besar sering dialami oleh ibu yang hamil. Perubahan hormon dan juga perubahan pola hidup merupakan faktor terjadinya sembelit. Pada peringkat awal, sembelit hanya membuatkan rasa tidak selesa ketika membuang air besar dan kemungkinan sakit perut atau kembung. Namun, jika ia berpanjangan dan tidak diatasi, ia mampu mengganggu metabolism badan dan mengganggu system-sistem lain dalam badan.

Jenis dan Punca
Peningkatan hormon tertentu ketika hamil
Akibatnya:-
  • Sistem saraf pembuangan akan menjadi lemah
  • Kelemahan pada otot-otot saluran pencernaan
  • Makanan akan menjadi lebih lama di dalam perut sehingga ibu hamil sukar membuang air besar
  • Peningkatan pengambilan zat besi yang sangat diperlukan oleh ibu hamil biasanya merupakan makanan pelengkap (supplement)
  • Berat badan ibu dan janin tidak seimbang. Hal ini menyebabkan perut dan rahim terhimpit dan menyukarkan pergerakan zat-zat makanan dalam badan
  • Gerakan fizikal terbatas. Kemungkinan disebabkan kurangnya aktiviti gerakan semasa hamil

Apa yang perlu anda ketahui?
Jika anda tahu, sembelit mampu menyebabkan buasir. Ketika anda hamil, sembelit akan menyusahkan anda. Jika anda membiarkan sembelit berterusan tanpa apa-apa tindakan, ibu hamil lebih mudah mendapat buasir. Sebagai contoh, anda kurang membuang air besar melebihi 3 hari, najis kering, dan sukar dikeluarkan bahkan kadangkala perlu meneran dengan kuat untuk membuang air besar. Hal ini akan menyebabkan otot-otot pada pembuluh darah di dalam lubang dubur akan melemah. Oleh sebab itu, ibu hamil mudah mendapat buasir.

Cara mengatasi
  • Amalkan pengambilan nutrien yang seimbang dan jumlah yang mencukupi dalam pemakanan harian.
  • Amalkan pengambilan makanan berserat dan secair setiap hari.
  • Biasakan meminum air kosong satu gelas selepas bangun pagi atau 1½ hingga 2 liter sehari semalam
  • Amalkan senaman atau gerakan fizikal setiap hari

Sekiranya sembelit menyerang…
  • Banyakkan mengambil makanan berserat.Sayur-sayuran dan buah-buahan segar atau kering, contoh bijirin, kekacang atau betik
  • Banyakkan minum air atau jus buah-buahanAir dan jus buah-buahan sangat penting bagi pergerakan sisa buangan dalam salurannya.
  • Dapatkan nasihat doktorJika sembelit masih tidak berkurang, dapatkan nasihat doktor, kemungkinan anda perlukan supplement.
  • Amalkan Ostematrik sepanjang kehamilan!!! 


Mengapa Ostematrik?
Ostematrix mengandungi bukan sahaja Kalsium tetapi juga Magnesium yang berfungsi untuk melancarkan pergerakan usus dan menyerap air dalam badan.oleh sebab itu digalakkan mengambil air sebanyak 3liter sehari untuk mengimbanginya. Ia juga merangsang pergerakan otot dan usus adalah otot terpanjang dalam badan kita. Apabila usus digerakkan dengan lancar,sembelit tidak akan berlaku.
 
Info lanjut, klik di SINI


INA BAKERI
♥ sms/whatsApp: 013-4639523
♥ Emel : norhaslinabakeri@yahoo.com


Saya sedang mencari-cari mereka yang berminat untuk menjadi pengedar.
Jana pendapatan 5angka hanya dari rumah.
Klik untuk info pengedar


No comments:

Post a Comment

nRelate All Blog Sections

Ratings and Recommendations by outbrain