Adakah anda seperti ini?
Sukar membuang air besar sering dialami oleh ibu yang hamil.
Perubahan hormon dan juga perubahan pola hidup merupakan faktor
terjadinya sembelit. Pada peringkat awal, sembelit hanya membuatkan rasa
tidak selesa ketika membuang air besar dan kemungkinan sakit perut atau
kembung. Namun, jika ia berpanjangan dan tidak diatasi, ia mampu
mengganggu metabolism badan dan mengganggu system-sistem lain dalam
badan.
Jenis dan Punca
Peningkatan hormon tertentu ketika hamil
Akibatnya:-
- Sistem saraf pembuangan akan menjadi lemah
- Kelemahan pada otot-otot saluran pencernaan
- Makanan akan menjadi lebih lama di dalam perut sehingga ibu hamil sukar membuang air besar
- Peningkatan pengambilan zat besi yang sangat diperlukan oleh ibu hamil biasanya merupakan makanan pelengkap (supplement)
- Berat badan ibu dan janin tidak seimbang. Hal ini menyebabkan perut dan rahim terhimpit dan menyukarkan pergerakan zat-zat makanan dalam badan
- Gerakan fizikal terbatas. Kemungkinan disebabkan kurangnya aktiviti gerakan semasa hamil
Apa yang perlu anda ketahui?
Jika
anda tahu, sembelit mampu menyebabkan buasir. Ketika anda hamil,
sembelit akan menyusahkan anda. Jika anda membiarkan sembelit berterusan
tanpa apa-apa tindakan, ibu hamil lebih mudah mendapat buasir. Sebagai
contoh, anda kurang membuang air besar melebihi 3 hari, najis kering,
dan sukar dikeluarkan bahkan kadangkala perlu meneran dengan kuat untuk
membuang air besar. Hal ini akan menyebabkan otot-otot pada pembuluh
darah di dalam lubang dubur akan melemah. Oleh sebab itu, ibu hamil
mudah mendapat buasir.
Cara mengatasi
- Amalkan pengambilan nutrien yang seimbang dan jumlah yang mencukupi dalam pemakanan harian.
- Amalkan pengambilan makanan berserat dan secair setiap hari.
- Biasakan meminum air kosong satu gelas selepas bangun pagi atau 1½ hingga 2 liter sehari semalam
- Amalkan senaman atau gerakan fizikal setiap hari
Sekiranya sembelit menyerang…
- Banyakkan mengambil makanan berserat.- Sayur-sayuran dan buah-buahan segar atau kering, contoh bijirin, kekacang atau betik
- Banyakkan minum air atau jus buah-buahan- Air dan jus buah-buahan sangat penting bagi pergerakan sisa buangan dalam salurannya.
- Dapatkan nasihat doktor- Jika sembelit masih tidak berkurang, dapatkan nasihat doktor, kemungkinan anda perlukan supplement.
- Amalkan Ostematrik sepanjang kehamilan!!!
Mengapa Ostematrik?
Ostematrix mengandungi bukan sahaja Kalsium tetapi juga Magnesium yang
berfungsi untuk melancarkan pergerakan usus dan menyerap air dalam
badan.oleh sebab itu digalakkan mengambil air sebanyak 3liter sehari
untuk mengimbanginya. Ia juga merangsang pergerakan otot dan usus adalah
otot terpanjang dalam badan kita. Apabila usus digerakkan dengan
lancar,sembelit tidak akan berlaku.
Info lanjut, klik di SINI
INA BAKERI
♥ sms/whatsApp: 013-4639523
♥ Emel : norhaslinabakeri@yahoo.com
Saya sedang mencari-cari mereka
yang berminat untuk menjadi pengedar.
Jana pendapatan 5angka hanya dari
rumah.
Klik untuk info pengedar
No comments:
Post a Comment