Teringat saya saat mengandungkan Arissa dahulu. Kaki saya bengkak dari usia kandungan 6bulan lagi. Sampaikan nak beli kasut pun susah. Terpaksa cari saiz paling besar dan yang paling sedihnya saiz paling besar pun ada yang tak muat disarung bagi sesetengah jenama. uwaaaaaaa.. rasa nak nangis je time tu..Akhirnya BATA jugalah yang menjadi pilihan dan muat disarung pada saat tu..sadissss..
Antara masalah yang sering dihadapi oleh ibu mengandung adalah sembab atau bengkak pada kaki (mungkin juga pada tangan, muka, dll). Masalah ini boleh menimbulkan ketidakselesaan kepada si ibu kerana menghadapi kesukaran utk berjalan, solat, dsb. Semasa hamil, badan menghasilkan kira-kira 50% lebih darah dan cecair badan sebagai persediaan menampung bayi yang sedang membesar.
Bengkak atau sembab yang disebabkan oleh darah dan cecair tambahan ini adalah normal semasa hamil. Kesembapan normal, yang juga dikenali sebagai edema, boleh berlaku pada bahagian tangan, muka, kaki dan pergelangan kaki. Namun, ibu perlu waspada jika kesembapan berlaku dengan tiba-tiba kerana ia mungkin petanda awal praeklampsia. Rujuk kpd doktor anda segera jika ini berlaku.
Tips Hindari Sembab (water retention @ swollen feet, ankle, face) semasa Hamil
1. Minum air masak sebanyak 2-3 L sehari.
- Toksin dapat disingkirkan daripada badan dengan baik apabila kita minum air masak secukupnya. Apabila badan tidak mendapat cecair secukupnya, ia akan berada dalam ‘survival mode’ di mana badan ‘menyimpan air’ dan berlakulah sembab kaki, tangan dsb. Cuba cek, adakah kita sekadar minum 2-3 gelas air masak sehari? Cara mudah untuk tahu sama ada badan mendapat air yg cukup ialah melalui warna urin. Ia sepatutnya jernih, bukan keruh.
- Senaman membantu peredaran darah dan cecair yang lebih baik dalam badan seterusnya menghindari daripada berlakunya sembab kaki, dsb. Lakukan senaman ringan seperti berjalan kaki atau berbasikal.
- Apabila berdiri terlalu lama, cecair akan terkumpul pada kaki yang mengakibatkan sembab. Banyakkan berjalan atau bergerak.
- Alas kaki dengan bantal supaya kaki berada pada aras yang sama atau lebih tinggi daripada jantung.
- Jauhi heels!
- Minuman berkafein dan alkohol
- Makanan yang tinggi sodium. Antara makanan yang tinggi kandungan sodium selain garam ialah makan yang diproses (processed food), makanan segera (instant or fast food) – fries, burger, dll.
- Karbohidrat
- Makanan yang tinggi potassium – contohnya pisang, lobak meah, kurma, buah oren, tembikai, prune, kismis, bayam, kacang peas, badam, susu dan yogurt.
- Makanan berserat tinggi seperti roti high fiber.
- Sayur-sayuran mentah seperti ulaman.
- Protein, menggantikan karbohidrat.
- Makanan tinggi magnesium dan vitamin B – sayuran berdaun gelap, oatmeal, asparagus dan kacang soya.
Selain itu, pengambilan suplemen kalsium magnesium turut membantu mengatasi masalah sembab air. Ostematrix Shaklee
adalah suplemen kalsium magnesium yang turut dilengkapi dengan vitamin D
serta mineral lain yang baik utk kesihatan, apatah lagi untuk ibu
mengandung. Apa kata ibu yang mengamalkan ostematrix sepanjang kehamilan?
Testimoni Pengguna |
Testimoni Pengguna |
Ostematrik Shaklee |
Untuk info lanjut Ostematrik, klik di SINI
Untuk melihat lebih banyak testimoni Ostematrik, klik di SINI
Untuk membuat pembelian Ostematrik secara online, klik di SINI
INA
BAKERI
Call/Whatsupp:
013-4639523
Email:
norhaslinabakeri@yahoo.com
Klik
LIKE di Fanpage saya: MAMA ARISSA untuk mendapatkan pelbagai TIPS dan
INFO berguna secara PERCUMA
Konsultasi
PERCUMA hanya untuk customer saya sahaja ya =)
No comments:
Post a Comment