Tips Minum Air 3liter Sehari



Antara soalan yang selalu diajukan setiap kali saya nasihatkan untuk minum air sekurang-kurangnya 3liter sehari :

1) "tak buncit perut ke kalau minum air banyak2?"
 

Jangan takut minum air yang banyak kerana air tidak menggemukkan. Sebenarnya pengambilan air dapat meningkatkan metabolisme badan seterusnya membantu untuk mengurangkan berat badan. Perut buncit? Jangan takutlah.. kan Rasulullah mengajar kita untuk minum dengan cara yang betul;
  • Minum seteguk demi seteguk dan bukannya sekaligus
  • Jangan bernafas di dalam bekas air, dengan menjauhkan bekas air dari mulut semasa bernafas
  • Tidak meniup ke dalam air samada untuk mengurangkan haba (air panas) atau menghembus sesuatu yang jatuh ke dalamnya

Sangat penting untuk tidak bernafas ke dalam air kerana gas karbon dioksida (CO2) yang dikeluarkan dari hidung atau mulut semasa bernafas/menghembus akan bercampur dengan air (H2O) dan seterusnya membentuk karbonik asid H2CO3 iaitu asid yang lemah. Selain itu janganlah makan bersulamkan minum kerana itu juga merupakan salah satu penyebab perut buncit. Seelok-eloknya minum air 20-30min sebelum makan. Bukan sahaja baik untuk sistem penghadaman tetapi juga boleh mengawal kita untuk tidak makan terlalu banyak.

2) "kena minum air sampai 3 liter ke? x ke nanti asyik ulang alik ke tandas?"


ye memang kena minum air yang banyak. Tapi bukan banyak sekaligus. Kita ambil contoh kalau kita siram pokok di dalam pasu dengan sebaldi air sekaligus, sudah tentu pasu boleh pecah. Begitu juga dengan badan kita. Boleh memudaratkan sekiranya kita minum sekaligus dalam sesuatu masa. Anda boleh lihat perubahan yang ketara hasil dari pengambilan air yang cukup seiring dengan pengambilan suplemen Shaklee, InsyaAllah

3) "mcmana nak abiskan 3 liter air sehari? susahnya..", macamana nak abiskan 3 liter sehari? 


Mari saya kongsikan tips yang mungkin boleh membantu:
  • Minum segelas air (250ml) sebaik sahaja bangun daripada tidur, (dikatakan salah satu petua awet muda juga)
  • Ambil suplemen bersama-sama 2 gelas air
  • Minum segelas air sekurang-kurangnya 20minit sebelum makan
  • Minum segelas air selepas ke tandas atau selepas menyusukan bayi/mengepam
  • Letakkan botol air masak di atas meja kerja, di dalam bilik seaktu tidur, di dalam kereta supaya kita boleh terus minum sewaktu dahaga
  • Minum air sewaktu haus atau sewaktu lapar tetapi bukan waktu makan
  • Minum air suam supaya kita dapat menghirup sedikit demi sedikit
  • Semak pengambilan air secara teliti.

Senang bukan? Boleh tak kalau ikut tips ni? Kalau dah minum cukup air, kuranglah sikit rasa nak makan. Maka kita pun akan lebih sihat dan bertenaga . Ini tips untuk menjayakan matlamat anda minum air 3liter sehari! Semoga membantu.


INA BAKERI
♥ sms/whatsApp: 013-4639523
♥ Emel : norhaslinabakeri@yahoo.com
♥ Fb: 
www.facebook.com/nurhaslina.bakeri

Saya sedang mencari-cari mereka yang berminat untuk menjadi pengedar.
Jana pendapatan 5angka hanya dari rumah.
Klik untuk info pengedar



No comments:

Post a Comment

nRelate All Blog Sections

Ratings and Recommendations by outbrain