Rawat Eczema dengan Set Eczema Shaklee
Hai semua! Hari ni ina terpanggil untuk berkongsi info berkenaan eczema apabila mendapat panggilan dari seseorang semalam yang bertanyakan produk Shaklee untuk rawat eczema. Beliau mengadu bahawa anak beliau yang baru berusia 5bulan kini menderita sakit eczema yang agak teruk. Bayi beliau menyusu badan sepenuhnya. Jadi sebelum ina kupas lebih lanjut berkenaan produk Shaklee yang boleh membantu merawat eczema ini, mari kita kenali dahulu apa itu eczema dan bagaimana ianya terjadi.
Apa Itu Eczema?
Eczema merupakan masalah penyakit kulit yang biasa dialami
di kalangan bayi yang berumur antara 2 - 6 bulan. Salah satu jenis ezcema ialah
"Atopic Dermatitis." "Atopic" adalah satu masalah genetik yang akan
menyebabkan daya tahan mekanisme pesakit menjadi abnormal dan kemudian
mencetuskan simptom "oversensitivity.
Sungguhpun keadaan akan bertambah baik apabila bayi mencapai
umur 6 tahun, kemungkinan masalah kulit eczema berkekalan sehingga dewasa ada
berlaku. Walaupun eczema bukan penyakit berjangkit, ia masih
merupakan penyakit yang komplikasi yang sering menyebabkan keresahan dan
ketidakselesaan pada pesakit.
Gejala-gejala Eczema
1. Acute Eczema -
- "Erythema", kulit berasa panas, bergejolak dan gatal, keradangan.
- "Papules", pembentukan tompok-tompok merah.
2. Eczema Kronik
- Kulit mejadi kering, berair dan bersisik.
- Kulit menebal, menjadi kasar dan berkedut.
Apakah Punca Eczema?
Hingga kini, punca sebenar eczema masih belum dikenalpasti
dengan sepenuhnya. Terdapat beberapa faktor dalaman dan luaran yang mencetuskan
eczema seperti berikut:
1. Faktor-faktor Dalaman (Fizikal)
- Ahli keluarga yang mempunyai sejarah yang mengalami penyakit eczema, asma atau allergi rhinitis.
- Perubahan emosi yang ketara seperti keresahan dan stres.
- Pemakanan dan minuman seperti alkohol, makanan tenusu, gandum, telur, makanan laut, pengawet dan pewarna makanan.
2. Faktor-faktor Luaran (Persekitaran)
- Bahan-bahan iritasi: Asap rokok, bahan-bahan kimia, cuaca yang terlalu panas dan lembap atau di sebaliknya.
- Alahan (Allergens): Sabun, syampu, serbuk bahan pencuci, kosmetik, kulat, debunga, haiwan peliharaan dan hama habuk rumah (house dust mites).
Apakah Produk Shaklee boleh Membantu Rawat Eczema?
Shaklee mempunyai beberapa produk bagi mereka yang
mempunyai masalah eczema.
- Rawatan Dalaman
- Rawatan Luaran
Rawatan Dalaman Bagi Pesakit Eczema
1. Omega Guard
- Mempunyai Omega 3 yang bersifat anti inflamasi yang dapat mengawal keradangan kulit serta dapat menghaluskan kulit dan meningkatkan imuniti kulit terhadap jangkitan.
2. Meal Shakes dan ESP
- Baik untuk pemulihan luka dan proses pengantian sel baru yang lebih sihat. Sel badan yang sihat memudahkan penyerapan nutrien dalam badan seterusnya memulihkan luka eczema dengan cepat.
Rawatan Luaran Bagi Pesakit Eczema
1. Herbal Blend
- Boleh disapu pada tempat yang terdapat jangkitan eczema. Herbal Blend Shaklee sangat sesuai bagi mereka yang mempunyai masalah eczema kering dan kulit kasar.
- tidak sesuai bagi eczema berair.
2. Basic H2 Shaklee
- Sangat sesuai untuk digunakan bagi mereka yang alah kepada sabun yang mempunyai bahan kimia. Campuran 5 titis Basic H2 ke dalam baldi mandian sudah mencukupi untuk mengering dan merawat eczema.
- tidak sesuai untuk pesakit eczema kering kerana boleh menyebabkan kulit bertambah kering dan bersisik.
Apa Yang Perlu Diambil?
Pengambilan produk-produk ini mungkin berbeza mengikut umur
penghidap.
1. Bayi
- Ibu yang menyusukan baby yang mengalami masalah eczema boleh ambil ESP & Omega Guard. Selain bagus utk Ibu, ianya juga boleh diterima oleh bayi melalui susu ibu.
- Herbal Blend juga bagus disapu kepada baby yg ada eczema untuk kurangkn rasa gatal dan pedih. Vitamin E juga boleh disapu kepada tempat yg luka.
2. Kanak-kanak 2-4 tahun
- Omega Guard boleh diberikan kepada kanak-kanak lebih dari 2 tahun utk kawal dan rawat masalah eczema. Pengambilan boleh rujuk kepada saya.
- Meal Shakes juga boleh diberikan untuk baiki kulit yg rosak n berparut
3. Kanak-kanak 4-12 tahun
- Mealshake+ESP+Omega Guard untuk merawat kulit. Herbal Blend dan Vitamin E boleh digunakan untuk merawat luka.
4. Remaja dan dewasa
- Remaja dan dewasa boleh ambil semua yang dicadangkan termasuk ESP+Meal Shakes+Vitamin E+Herbal Blend+Omega Guard +Alfalfa.
Tak semestinya kena ambil semua yang saya cadangkan. Pilih suplemen mengikut kesesuaian dan keperluan anda. Jika anda memerlukan khidmat rundingan PERCUMA dari ina, boleh hubungi ina ditalian:
INA BAKERI
Pengedar Shaklee Kuantan & Seluruh Malaysia
Call/Whatsupp:
013-4639523
Email:
norhaslinabakeri@yahoo.com
Add
FB saya: INA BAKERI untuk CHATTING secara lansung dengan
saya
Klik
LIKE di Fanpage saya: MAMA ARISSA untuk INFO berguna secara PERCUMA
Penghantaran
Shaklee PERCUMA sekitar KUANTAN.
Perkhidmatan
POS seluruh Malaysia (termasuk Sabah & Sarawak)
Kesian sangat tengok baby yg eczema. Semoga Allah berikan kemudahan dalam hidup mereka.
ReplyDelete