Kenali Tanda-tanda Awal Sakit Jantung
Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Hari ni ina nak kongsikan dengan anda berkenaan tanda-tanda awal sakit jantung. Sebelum tu, ina nak tanya anda, adakah saudara mara anda yang sedang menderita sakit jantung? atau adakah diantara saudara mara anda yang telah pun meninggal dunia akibat sakit jantung? Jika ya, anda harus lebih menitikberatkan kesihitan jantung anda kerana sejarah keluarga juga merupakan salah satu punca sakit jantung. Jadi mari kita lihat dan kenali beberapa
tanda-tanda awal yang mungkin memberikan indikasi bahawa kita mempunyai masalah
jantung.
Tanda-tanda Awal Sakit Jantung
- Anda sering berpeluh dengan banyak walaupun hanya melakukan aktiviti ringan.
- Anda Sesak nafas , terasa ada sesuatu tersumbat di hidung atau di dada anda
- Bahagian dada kiri anda terasa sakit , tidak kira sedikit atau banyak
- Sering hadapi pening kepala , contoh semua barang di sekeliling berpusing, bergoyang dan bergetar.
- Sering " Blank Out" - tetiba anda hilang upaya perlihatan buat seketika, contoh seperti berada dalam bilik gelap.
- Sering " Blank Out" -Ketika anda bangun semasa anda menunduk atau selepas baring.
- Tangan Kiri anda rasa saki seperti terseliuh.
- Jika tangan kiri anda mulai rasa sakit selepas rasai tanda-tanda di atas, di nasihatkan berjumpa dengan doktor anda untuk pemeriksaan lanjut secepat mungkin. Jangan Biarkan.
Kenali Punca Sakit Jantung
- Punca Dari usia , selepas menopaus risikonya lebih tinggi
- Hadapi masalah Kolestrol yang Tinggi
- Hadapi Masalah Tekanan Darah Tinggi
- Anda Merokok ? Hati-hati ini adalah salah satu punca
- Gaya hidup seharian anda , adakah tekanan tinggi ( Stress) atau tidak .
- Anda Obesiti ? Lemak berlebihan, boleh cuba ukur lilitan pinggang anda, melebihi 80 sentimeter atau tidak , jika YA , ini meningkatkan risiko sakit jantung.
- Gaya hidup tanpa bersenam.
- Anda hadapi masalah diabetis atau kencing manis
- Sejarah keluarga anda yang ada sakit jantung.
Tips Mencegah sakit jantung
1. Amalkan Pola pemakanan yang sihat .
1. Amalkan Pola pemakanan yang sihat .
Jauhi makanan yang banyak lemak atau kolestrol tinggi, contohnya
seafood yang memiliki kandungan kolestrol yang tinggi.selain itu
kurangkan juga makanan yang bergoreng, lebihkan makanan yang di masak
secara rebus ,panggang atau dikukus. Pilihlah makanan yang rendah lemak.
Selain itu jauhi makanan yang mengandungi gula yang tinggi . kawal
pengambilan karbohidrat kerana ia akan dipecahkan menjadi lemak.Anda
boleh ambil Oat atau gandum.
2. Disarankan Berhenti merokok
Merokok semua telah maklum ia amat berbahaya. Kandungan didalam rokok
boleh menyebabkan anda diserang sakit jantung.jadi berhentilah merokok.
3. Jauhi Keadaan Stress
Jauhilah stress yang terlampau kerana bila anda alami stress , tubuh
akan mengeluarkan hormon cortisol yang menyebabkan pembuluh darah
menjadi kaku.Hormon norepinephrine pula akan diproduksi , yang akan
boleh naikan tekanan darah.
4. Tekanan Darah tinggi
Kawal
tekanan darah anda ,kerana tekanan darah yang terlampau tinggi akan
melukakan dinding arteri anda dan boleh menyebabkan kolesterol LDL masuk
ke saluran arteri dan tingkatkan pengumpulan plak.
5. Kawal berat badan anda
6.Amalkan senaman
Disarankan anda bersenam walaupun hanya berjalan kaki mengelilingi
rumah anda. Senaman yang sederhana.ini untuk melancarkan peredaran darah
anda .
7. Keturunan
Jika anda adalah keturunan sakit
Jantung, anda perlu mengawal pemakanan anda, ikut pola yang betul ,
lakukan gaya hidup yang sihat contoh bersenam seperti yang disarankan di
atas.
Atasi masalah jantung anda
Jika anda pernah alami tanda-tanda awal sakit jantung , atau pernah alami serangan jantung ringan , usah abaikan begitu sahaja. ketahuilah serangna jantung risiko kematian terbesar. Dalam lingkungan satu jam serangan jantung boleh meragut nyawa. Sebelum ia merebak dengan lebih teruk , ina cadangkan anda mengamalkan CoQHealth Shaklee.
Info lanjut CoQHealth Shaklee, klik di SINI |
Testimoni pengguna CoQHealth Shaklee |
Semoga info ini bermanfaat untuk anda. Jangan dilupa untuk kongsikan dengan rakan-rakan anda di FB dengan menekan butang LIKE & SHARE di bawah =) InsyaAllah, berjumpa lagi di lain entry yang berinfomasi.
INA BAKERI
Pengedar
Shaklee Kuantan & Seluruh Malaysia
Call/Whatsupp:
013-4639523
Email:
norhaslinabakeri@yahoo.com
Penghantaran
Shaklee PERCUMA sekitar KUANTAN.
Perkhidmatan
POS seluruh Malaysia (termasuk Sabah & Sarawak)
No comments:
Post a Comment