Assalamualaikum
dan Salam Sejahtera..
Sekadar gambar hiasan
Ramai ibu muda yang pertama kali
melahirkan bayi mengeluh susu badan tiada. Akibat dari tekanan perasaan dan
desakan orang sekeliling, maka ibu mudah mengalah dengan memberikan susu
formula kepada bayi. Namun bukan semua ibu muda melalui masalah yang sama
kerana kesedaran tentang keperluan menyusu badan semakin meningkat dari hari ke
hari. Ibu muda mula mencari maklumat berkaitan penyusuan sejak mereka hamil
lagi.
Hari
ini Ina akan kongsikan 5 Tips Ke Arah Penyusuan Berjaya. Jadi, jika anda
benar-benar komited tentang isu ini, anda harus mengikut dan apply kesemua tips
yang diberikan.
#TIP
1: PAM ATAU MENYUSU BAYI SETIAP 2 HINGGA 3 JAM
Konsep
utama penyusuan ialah demand and supply. Jika ada demand, barulah akan ada
supply. Oleh itu, sebaik sahaja melahirkan, anda perlu menyusukan bayi anda
setiap 2 hingga 3 jam. Jika anak anda ditahan di wad dan anda pula perlu pulang
ke rumah, anda harus mengepam payudara (samada menggunakan mesin pam atau
menggunakan tangan) anda setiap 2 hingga 3 jam. Susus tersebut hendaklah
diberikan kepada bayi yang ditahan di wad.
Ketika
berpantang, sebaiknya anda memerah susu setiap kali bayi meminum susu anda.
Sekiranya bayi meminum sebelah kiri, anda pula memerah susu sebelah kanan.
Teknik ini sangat bagus dan berkesan untuk membanyakkan susu.
#TIP
2: PERAH SUSU KETIKA WAKTU MALAM
Waktu
yang sangat bagus untuk memerah susu ialah bermula jam 12 tengah malam sehingga
6 pagi. Ketika ini hormon prolaktin sedang meningkat. Jadi, susu yang diperah
lebih banyak daripada biasa. Amalkan kaedah ini sehingga anda berhenti
menyusukan anak anda sehingga 2 tahun.
#TIP
3: MAKAN MAKANAN BERKHASIAT
Ibu
menyusu memang perlu mengambil makanan berkhasiat demi memastikan bayi yang
disusukan juga mendapat khasiat. Setiap kali tiba waktu makan, pilih hidangan
lengkap yang mengandungi karbohidrat, protein dan sayuran. Portion karbohidrat
sebolehnya dikurangkan dan lebihkan protein serta sayuran. Usah risau susu anda
kurang dengan pengurangan karbohidrat kerana komposisi utama susu badan ialah
protein dan air. Dan disebabkan itulah juga, anda digalakkan meminum air masak
dengan banyak. Sedikit tips, 1 Liter air kosong untuk 25kg.
Elakkan
dari memakan makanan segera atau minuman bergas. Boleh juga mencuba beberapa
makanan yang dikatakan boleh membanyakkan susu seperti lobak putih, soya,
longan, kurma, dan juga barli. Setiap orang tidak sama milk boosternya. Oleh
itu, anda boleh mengguna kaedah try & error.
#TIP
4: GUNAKAN KAEDAH MARMET
Kaedah
ini ialah kaedah menggunakan tangan untuk memerah susu. Sangat mudah dan tidak
leceh. Kaedah ini bukan sahaja untuk mereka yang tidak mempunyai mesin
mengepam. Sebaiknya selepas anda perah menggunakan mesin pam, anda cuba marmet
untuk memastikan payudara anda benar-benar kosong.
#TIP
5: JANGAN TUNGGU PAYUDARA PENUH
Ramai
ibu suka menunggu payudara bengkak atau sakit barulah hendak diperah. Jangan
begitu kerana sikap ini akan membuatkan susu anda makin lama makin kering.
Biasakan mengikut #TIP 1 walau anda malas sekalipun. Cuba untuk patuhi demi
memastikan pengeluaran susu anda lancar.
Jika
anda terbiasa menunggu payudara anda penuh, berkemungkinan anda akan mendapat
masalah bengkak susu yang berkemungkinan tinggi untuk mendapat demam panas atau
salur penyusuan tersekat. Dalam sesetengah kes, tisu atau kelenjar
penyusuan perlu dibedah bagi mengelakkan bernanah dan jangkitan kuman berlaku.
Diharapkan
perkongsian ini memberi manfaat kepada semua pembaca.
Jika
anda ingin mencuba Set
Penyusuan Shaklee bagi melancarkan proses penyusuan, hubungi Ina
013-4639523 untuk harga istimewa =)
No comments:
Post a Comment