Pages

Tips Cepatkan Bukaan Jalan Untuk Bersalin



Assalamualaikum dan selamat pagi semua =) Apa khabar anda hari ini? sihat? Semoga anda diberikan kesihatan yang baik untuk meneruskan kehidupan seperti biasa malah lebih baik dari hari sebelumnya. Alhamdulillah, Semalam ina dah kongsikan Tips Menghilangkan Batuk dan Selsema hanya menggunakan Bawang Putih. Sangat mujarab tau. Semua wajib cuba! Hari ni nak bertukar plak ke topik baru iaitu Persediaan Bersalin. Haaaa, sebut je bersalin, seram sejuk rasa bila teringatkan pengalaman bersalinkan Arissa setahun yang lalu. 

Saat menunggu bukaan 7cm menjadi 10cm, hanya Allah yang tahu. Rasa seperti urat-urat ditarik keluar, 10x 20x ganda sakitnya dari senggugut. Tetapi alhamdulillah, atas doa suami dan keluarga juga rakan-rakan, Allah permudahkan proses ina melahirkan Arissa. Hanya 4jam rasa sakit, Arissa akhirnya lahir melihat dunia. Syukur alhamdulillah. Insyaallah, ada kelapangan waktu dan diizinkan Allah, ina akan kongsikan saat terindah melahirkan Arissa khas buat anda yang setia berkunjung di blog Mama Comel Arissa =)

Ramai yang berkata kepada ina, bertuahlah sakit 4jam je. Selalunya bersalin anak sulung ni sampai 2 3 hari sakitnya. ada juga saudara ina yang sakitnya sampai 5hari. Tak dapat ina nak bayangkan bagaimana mereka menahan sakit sehingga berhari-hari sedangkan ina yang hanya 4jam sakitnya pun sudah rasa sedikit serik untuk bersalin kali keduanya. Allahurabbi. Itulah pengorbanan seorang ibu. Tetapi jika ada rezeki Arissa mendapat adik sebagai teman bermain, alhamdulillah, ina tidak menolak =)

Haaa, panjang mukadimahnya kan.. biasalah..kalau dah start menaip, rasa semuanya ingin diluahkan. Tetapi sebelum anak comelku Arissa tersedar dari mimpi lenanya, baik ina percepatkan apa yang ingin dikongsikan hari ini. Tips cepatkan bukaan jalan untuk bersalin ini sangat sesuai buat ibu-ibu hamil yang sudah masuk 37 minggu usia kandungannya. Jom layan!


Tips Cepatkan Bukaan Jalan Untuk Bersalin

1. Makan VCO (Virgin Coconut Oil) atau bahasa melayunya minyak kelapa dara. Yang ini memang ina amalkan dari mengandungkan Arissa 3bulan sehingga habis berpantang. Pada awalnya saya makan VCO ni untuk atasi masalah sembelit ketika mengandung, rupanya banyak lagi khasiat lain VCO ni. Untuk pengetahuan anda, VCO merupakan pelincir yang membantu memudahkan bersalin malah mengelakkan 'koyak' banyak ketika bersalin. Dan ini mungkin juga salah satu sebab kenapa ina kurang rasa sakit ketika miss v 'dijahit'. Sepanjang mengandung tekanan darah setiap kali check memang normal dan tiada kencing manis sebab VCO ni mengawal gula dalam darah. Alhamdulillah anak ina pun tak kene demam kuning malah semasa lahir kulitnya sangat bersih. Syukur.

2. Banyakkan bergerak dengan berjalan-jalan di dalam rumah. Buat kerja2 ringan seperti menyapu rumah ke. Ina dulu suka duat kueh. Hari ni kuih. Siap buat kuih hantar niaga bazar Ramadhan lagi. hehe

3. Sentiasa membaca doa .. "Rabbi Yassir wa laa tu'assir Ya Arhamar Rohimin"

4. Kerap bersama suami. Haaa, jangan terkejut ye.. petua ni sangat bagus diamalkan malah nurse pun pesan suruh kerap bersama suami kerana kajian menunjukkan sperma suami dapat meransang bukaan jalan untuk bersalin. hehe

5. Rajin pakai kain batik. Yang ini ina baru tahu. tak pernah dengar pun sebelum ni. malah ina memang jenis tak suka pakai kain batik sebab tak berapa pandai..kihkih. Mengikut dari pengalaman seorang hamba Allah ni, kain batik hendaklah diikat pada bahagian atas perut supaya baby mudah turun ke bawah dan cepat proses brsalin. Alhamdulillah beliau bersalin sangat mudah untuk  2 2 orang anaknya. Insyaallah, mengandung lagi sekali nak cuba amalkan plak. =)

6. Kalau dah sakit contraction macam dah keluar tanda, bolehlah minum milo + marjerin/telur ayam. Yang ni pun ramai yang dah cuba dan alhamdulillah proses bersalin mereka dipermudahkan dengan izin Allah.

7. Tetuk ketampi dan basuh baju mencangkung juga boleh cepatkan bukaan. Buat sekali sekala bolehlah, jangan kerap sangat takut terberanak sorang-sorang kat rumah nanti.kihkih..

8. Bagi yang berambut panjang, apabila mandi, dah siap cuci rambut semua, minum 3-4 titis air hujung rambut tu. Yang ni ina amalkan juga. petua dari ibu mertua.. hehe 

9. Waktu di hospital, apabila sakit contraction, banyakkan bergerak. jangan hanya berbaring. Cube jalan slow2 disekeliling katil. Tarik nafas. Tenangkan diri. Zikir. Kalau suami ade mintak suami bantu berjalan slow2. Insyaallah membantu.

 SEMOGA SELAMAT BERSALIN =)
 _________________________________________________________________________

Kepada anda yang tak tahu rupa VCO ni, inilah rupanya. Kapsul..Telan 2 biji setiap hari. Harganya murah. Rm39.90 untuk sebulan. Kepada yang ingin dapatkan VCO ni boleh contact ina ye. COD sekitar Kuantan dan poslaju seluruh Malaysia.

Arissa ketika berusia 2 bulan. Comel tak saya? hehe

Itulah sedikit perkongsian buat anda semua. ina doakan anda semua dipermudahkan proses bersalin nanti  dan dapat anak yang comel dan sihat. Amin. Jom kongsikan dengan rakan-rakan anda dengan menekan butang LIKE & SHARE di bawah ini. Arissa dah bangun. Semoga bertemu lagi. Asslamualaikum =)

INA BAKERI 
Pengedar Shaklee Kuantan & Seluruh Malaysia
Call/Whatsupp: 013-4639523
Email: norhaslinabakeri@yahoo.com
Add FB saya: INA BAKERI untuk CHATTING secara lansung dengan saya
Klik LIKE di Fanpage saya: MAMA ARISSA untuk INFO berguna secara PERCUMA
Penghantaran Shaklee PERCUMA sekitar KUANTAN.
Perkhidmatan POS seluruh Malaysia (termasuk Sabah & Sarawak)


Ubat Tradisional Paling Mujarab Sembuhkan Batuk & Selsema


Assalamualaikum buat pengunjung setia blog Mama Comel Arissa =) Alhamdulillah, dapat sekali lagi berkongsi ilmu untuk tatapan umum. Dua hari yang lepas ina ada menulis entry berkenaan Tips Mengeluarkan Hingus dan Kahak Bayi. Bertalu- talu ina menerima msg dan wassap juga yang ingin menjadi rakan Fb ina untuk bertanya lebih lanjut. Barulah ina tahu, ramai sungguh ibu-ibu yang menghadapi masalah apabila anak diserang selsema lebih-lebih lagi apabila anak belum cukup setahun dan tidak pandai membuang hingus dan kahak dengan sendiri. 

Sebelum ina menulis entry tentang tips mengeluarkan hingus dan kahak bayi tu, ina telah pun mencari info berkenaan bawang putih. Ternyata, selama ini bawang putih yang hanya ina gunakan sebagai penyedap rasa dalam masakan merupakan ubat tradisional paling mujarab menyembuhkan selsema dan batuk. Betulkah? Ya, betul. nak tau caranya? meh ina kongsikan ilmu yang telah pun dikongsi oleh mereka-mereka yang berjaya menggunakan petua ini.


Cara Menghilangkan Batuk dan Selsema Secara Tradisional

1. Ambil 2ulas bawang putih tanpa perlu membuang kulitnya.

2. Cucukkan pada garfu dan bakar dengan api yang perlahan dalam 2minit atau sehingga kulit luarnya hangus. Anda juga boleh menggunakkan oven dengan suhu 180 degree selama 20minit.


3. Kupas kulitnya dan kunyah sebelum tidur. Amalkan 3 hari, Insyallah batuk dan selsema anda akan hilang =)
 ______________________________________________________________________

Haa, mudahkan? Daripada beli ubat di klinik yang mahal lagi ada dadah tu, apakata kita cuba cara tradisional yang sangat menjimatkan ni =) Rasa bawang putih yang sudah di bakar adalah lebih sedap berbanding dengan bawang putih yang masih mentah. insyaallah anda mampu menelanya. Tetapi jika anda tidak sanggup menelannya, anda boleh juga mendapatkan Garlic Shaklee yang mana 100% dihasilkan dari bawang putih segar. Telan aje 2 biji. lagi mudah. Ni ina kongsikan rupa Garlic Shaklee. Rasa nak selsema atau batuk, cepat-cepat telan garlic ni. Bagi hapus semua bakteria.


Banyak kan khasiat bawang putih ni? Bukan hanya merawat batuk dan selsema, untuk pesakit asma, darah tinggi, kencing manis, gastrik dan banyak lagi. Jadi mari kita sama2 amalkan untuk kesihatan yang lebih baik. Kepada anda yang sedang batuk dan selsema tu bolehlah cuba petua ni ye dan kongsikan di ruangan komen samada berjaya atau tidak =) Juga jangan dilupa untuk dikongsikan dengan kawan-kawan dengan menekan LIKE & SHARE dibawah ini =) Semoga bertemu dilain waktu. Assalamualaikum =)

INA BAKERI 
Pengedar Shaklee Kuantan & Seluruh Malaysia
Call/Whatsupp: 013-4639523
Email: norhaslinabakeri@yahoo.com
Add FB saya: INA BAKERI untuk CHATTING secara lansung dengan saya
Klik LIKE di Fanpage saya: MAMA ARISSA untuk INFO berguna secara PERCUMA
Penghantaran Shaklee PERCUMA sekitar KUANTAN.
Perkhidmatan POS seluruh Malaysia (termasuk Sabah & Sarawak)