Pages

Tips Berkesan Makan Suplemen


Hai semua!! Alhamdulillah, dapat juga menulis di blog kesayanganku ini setelah seminggu bercuti berhari raya. Nama je cuti seminggu, tetapi perniagaan Shaklee tetap berjalan seperti biasa malah permintaan di hari raya baru-baru ini sangat-sangat luar biasa. Sampai licin stok yang ada. Almaklumlah, semua nak kurus dan cantik kan..hehe.. Oklah, berbalik kepada tajuk entry kali ni iaitu tips berkesan makan suplemen, ina nak kongsikan dengan anda semua memandangkan ramai sangat yang complaint makan vitamin tapi tak nampak kesan apa-apa. 

Alhamdulillah, setakat ni customer ina yang ambil suplemen dengan ina semuanya bagi respon yang sangat baik dan berpuas hati setelah amalkan tips berkesan makan suplemen Shaklee yang ina berikan. Makan suplemen ni kene ada aturan dan pantang larang juga ye. Bukan boleh makan sesuka hati je. buat rugi duit je nanti.


Kenapa vitamin shaklee tidak berkesan dengan anda? Tahukah anda? Supplements bukan macam ubatan lain, lagi la sangat jauh berbeza dari ubatan yang menghilangakan rasa sakit dalam masa yang singkat. contoh jika anda mengambil GLA Complex Shaklee dengan Panadol Menstrual sangat berbeza ye... satu supplement satu pain killer... Pain killer sangat TIDAK BAIK! buat badan anda. Sama juga untuk kurus yer wahai pembaca sekalian.

Sebenarnya, kita disarankan makan secara konsisten selama 3 bulan untuk benar-benar mendapatkan keserasian ditambah sel kita hidup antara 90-120 hari. Usaha,Istiqamah,sabar. Kesan yang singkat tidak bagus buat badan. Tetapi, jika anda masih tidak nampak manfaat dari pengambilan vitamin yang anda makan itu, anda perlu tahu kenapa ia terjadi.


5 Sebab Kenapa Vitamin Shaklee Tidak Berkesan Kepada Anda



1.Kurang minum air kosong/air putih/air masak/ plain water/ sky juice

Nampak banyakkan? Tetapi ia sebenarnya mewakili satu jenis air sahaja, iaitu air kosong. Ramai yang ada masalah dengan minum air kosong dan lebih gemar minum minuman yang berwarna dan berperisa. Ada yang cakap air kosong tiada rasa la, tak menarik la, rasa macam makan ubat la. Tetapi mereka ini tidak tahu sebenarnya terlalu banyak kebaikan dengan minum air kosong.

Tahukah anda:

Air manis boleh meningkatkan kepekatan darah serta menyebabkan kegemukan. Cuba anda buat perbandingan seminggu tidak minum air manis, dan seminggu minum air manis. Anda akan rasa perbezaannya. Cubalah!

Saranan:

Kita disarankan mengamalkan minum air masak sekurang-kurangnya 3 liter sehari apabila mengamalkan pengambilan vitamin supaya penyerapan vitamin oleh tubuh berlaku dengan lebih baik. Jadi, jangan malas minum air kosong ye. Makan vitamin ke, tak makan vitamin ke, air kosong sangat penting dan baik untuk kesihatan tubuh badan.



2. Makan vitamin secara banyak sekaligus dalam satu masa

Makan vitamin memang bagus, tetapi jangan teruja sangat tau nak makan sekaligus semua vitamin. Sebaik-baiknya rancanglah pemakanan vitamin tu dengan betul supaya badan dapat menyerap satu-persatu vitamin yang anda makan.

Tahukah anda:

Apabila kita makan semua vitamin secara sekaligus, ini meningkatkan kepekatan darah kita hanya pada masa-masa tertentu. Ramai yang suka amalkan cara ini apabila sampai waktu hendak tidur sedangkan pada masa selepas itu kita akan kurang minum air, sedangkan air penting untuk penyerapan vitamin dan juga untuk pengaliran darah kita.

Saranan:

Cuba agih-agihkan pengambilan vitamin anda mengikut kesesuaian dan keperluan anda agar kepekatan darah tidak meningkat secara mendadak pada satu-satu masa. Tahu tak anda, pembahagian masa makan vitamin ni juga membantu agar buah pinggang tidak terlalu dibebani pada satu-satu masa tertentu sahaja. Atleast, jarakkan 2jam untuk setiap jenis vitamin yang anda makan.



3. Elakkan pengambilan vitamin bersama ubat

Yang ni bagi anda yang dalam pemantauan doktor atas masalah kesihatan. Elakkan mengambil ubat secara serentak dengan pengambilan vitamin.

Tahukah anda:

Pengambilan ubat doktor dan ubat vitamin secara serentak boleh menyebabkan darah bercelaru ataupun confused sebab ada dua benda yang berbeza masuk dalam badan sekaligus. Oleh sebab itu, darah tidak menyerap vitamin dengan baik dan sempurna.

Saranan:

Cuba sediakan jadual, sekiranya selepas makan pagi anda mengambil ubat doktor maka anda boleh amalkan vitamin pada waktu tengahari atau malam. Namun, sekiranya anda perlu makan ubat secara berturutan, pagi dan petang, maka amalkan vitamin selepas 1-2 jam selepas pengambilan ubat.



4. Kurangkan pengambilan kafein dalam diet harian

Sudah pastinya, minuman kafein (kopi/teh) menjadi minuman kegemaran rakyat Malaysia di waktu pagi, petang, malam. Macam tak cukup syarat kalau sehari tak minum air kafein ni kan.

Tahukah anda:

Pengambilan kafein boleh merosakkan vitamin yang sedia ada dalam badan? Jadi, pengambilan minuman yang ada kafein yang tinggi secara berterusan boleh membazirkan vitamin yang kita amalkan selama ni. Maka, kita tidak akan dapat apa-apa manfaat pun dari pengambilan vitamin sebab vitamin akan rosak disebabkan pengambilan kafein secara berterusan.

Saranan:

Kurangkan minuman berkafein jika anda inginkan manfaat optimum dalam pengambilan vitamin yang anda makan. Kalau sehari 5 cawan kopi anda minum, cuba kurangkan sedikit demi sedikit kepada 3 cawan. selepas tu, 1 cawan. InsyaAllah, lama kelamaan anda boleh lepaskan minuman berkafein ini dan mendapat kebaikan dari pengambilan vitamin anda.

 

5. Pantang larang makan vitamin

Jangan ingat makan vitamin tiada pantang larang ye. Makan vitamin kena ada cara dan jadual pemakanan yang betul. Dan ada juga vitamin yang kita tak boleh makan bersama-sama.

Tahukah anda:

Pengambilan multivitamin yang lengkap dengan zat besi tidak boleh diambil bersama air susu. Ini kerana ia akan menganggu penyerapan zat besi itu sendiri. Selain itu juga, vitamin E tidak boleh diambil bersama-sama Alfalfa kerana Alfalfa boleh mengganggu penyerapan vitamin E oleh tubuh badan manusia. Alfalfa dan vitamin antioksida juga tidak disarankan untuk ibu mengandung kerana boleh mengakibatkan risiko keguguran di awal kehamilan.

Saranan:

Adalah penting bagi kita untuk mengetahui apa pantang larang dalam pengambilan vitamin yang betul supaya badan dapat menyerap manfaat vitamin dengan baik dan sempurna. Dalam pemilihan vitamin, apa yang perlu diambil kira ialah:

Vitamin anda HALAL

Vitamin anda SELAMAT

Vitamin anda SEMULAJADI

Vitamin anda BERKESAN (Nak berkesan, ikut tips diatas. InsyaAllah akan dapat kesan yang diingini)

 
TIPS UNTUK IBU MENYUSU

Makanlah vitamin yang fokus untuk membantu ibu menjayakan penyusuan. Utamakan niat yang utama. Supaya tidak terlalu banyak vitamin yang anda amalkan dan khuatiri pengambilan air tidak sekata. Sekiranya anda membeli, maka dapatkan jadual makan yang betul dan pastikan anda tahu fungsi kebaikan vitamin yang anda beli.

Semoga tips berkesan makan suplemen ini memberi manfaat kepada anda. Untuk info lebih lanjut atau cara pemakanan yang betul, boleh hubungi saya. Konsultansi percuma diberikan. Untuk yang berminat atau ada sebarang pertanyaan bg mendapatkan produk shaklee ini anda boleh hubungi saya melalui:

INA BAKERI
Call/Whatsupp: 013-4639523
Email: norhaslinabakeri@yahoo.com
Add FB saya: INA BAKERI untuk CHATTING secara lansung dengan saya
Klik LIKE di Fanpage saya: MAMA ARISSA untuk mendapatkan pelbagai TIPS dan INFO berguna secara PERCUMA
Konsultasi PERCUMA hanya untuk customer saya sahaja ya =)
Penghantaran PERCUMA sekitar KUANTAN.
Perkhidmatan POS seluruh Malaysia (termasuk Sabah & Sarawak)


No comments:

Post a Comment