Langkah-langkah Menentukan Waktu Subur
Assalamualaikum semua. Hari ni ina nak berkongsi satu lagi info penting bagi isteri-isteri di luar sana yang sedang berusaha mendapatkan cahaya mata. Ramai yang tanya ina, bila waktu subur wanita? Waktu subur seseorang wanita selalunya berlaku pada hari ke 14 dari hari pertama keluar darah haid. Tetapi cara ini agak sukar bagi wanita yang mengalami masalah haid yang tidak teratur. So kali ni ina nak kongsikan dengan anda cara mudah untuk tentukan waktu subur seseorang wanita. Cara ini adalah cara paling mudah yang di ajar oleh Dr. Zubaidi.
Kata Dr. Zubaidi sebelum membuat analisa sendiri,
seseorang wanita haruslah membasuh tangannya dahulu untuk mengelakkan jangkitan
kuman. Lendiran cervical mucus ini biasanya mudah didapati dalam keadaan
mencangkung.
Langkah-Langkah Menentukan Waktu Subur
1.Masukkan jari telunjuk ke dalam vagina sehingga merasakan
sesuatu yang agak pejal. Itu adalah pangkal rahim (cervix). Putarkan jari di
situ dan keluarkan jari bersama dengan lendiran.
2. Lendiran itu perlu dipegang dengan menggunakan jari
telunjuk dan ibu jari. Kemudian renggangkan kedua-duanya untuk menganalisa
kepekatannya.
3. Jika terdapat kekeringan di bahagian kemaluan
(vulva) dan hanya sedikit lendiran mucus, jangan paksa diri untuk terus
melakukannya. Ini boleh mencederakan vagina.
4. Tidak perlu menggunakan bahan pelincir kerana ia akan mengelirukan keputusan. Kekeringan
ini bermakna seseorang itu belum lagi mengalami ovulasi. Maka kemungkinan
untuk hamil adalah rendah.
5. Jika lendiran cervical mucus itu agak kental dan
pekat, berwarna putih atau warna krim, ini bermakna seseorang wanita
itu menghampiri waktu ovulasi. Jika direnggangkan antara kedua jari ,
ianya mudah putus. Kemungkinan untuk hamil adalah rendah, namun
semakin lama semakin banyak kuantiti lendir dan lendirannya akan bertambah
pekat dan jernih.
6. Jadi jika lendiran cervical mucus itu telah berubah menjadi
warna jernih, licin dan mudah direnggangkan, ini bermakna wanita itu
mengalami ovulasi. Ramai wanita yang menggambarkan lendiran cervical mucus ini
sebagai warna ‘putih telur’. Ketika ini, lendiran itu boleh direnggangkan antara jari
telunjuk dan ibu jari sebanyak beberapa sentimeter sebelum ianya putus. Jumlah
kuantiti lendiran itu digambarkan sebagai paling banyak apabila seseorang
wanita terpaksa menukarkan pantyliner beberapa kali dalam
sehari.Inilah masa di mana peluang untuk hamil adalah amat tinggi. Keadaan
lendiran sebegini sesuai untuk sperma hidup sehingga 72 jam.
7. Walau bagaimanapun analisa ini haruslah dilakukan ketika
di awal pagi kerana lendiran cervical mucus menjadi bertambah banyak berbanding
dari waktu-waktu lain.
8.Jangan lakukan analisa ini selepas melakukan jima bersama
suami. Ini kerana lendiran sperma masih berada di dalam vagina isteri untuk
beberapa hari. Maka keputusan mungkin mengelirukan, sama ada ianya
lendiran cervical mucus atau lendiran sperma.
9. Analisa ini juga mengelirukan dan tidak memberikan
analisa yang baik jika ada jangkitan kuman pada vagina (keputihan), atau wanita itu memakan
beberapa ubatan moden dan herba atau wanita itu mengamalkan ubat (pil atau
suntikan) perancang keluarga. Ini semua akan mengubah kepekatan lendiran
cervical mucus itu.
________________________________________________________________________
Jika terdapat masalah untuk mendapatkan lendiran cervical
mucus itu, silalah berjumpa dengan doktor untuk berbincang mengenai cara yang
lain bagi menentukan kesuburan. Namun begitu ia dapat dibantu dengan
mengamalkan GLA Complex Shaklee.
Fungsi
GLA untuk membantu dalam penghasilan cecair yang melambangkan kesuburan ini,
yang membantu sperma untuk berenang ke uterus, terus ke tiub falopio untuk
bersenyawa dengan sel ovum. Bukan itu saja, cecair ini juga membantu sperma
untuk terus hidup dalam tiub falopio sehingga 5 hari.
Untuk info lanjut GLA Complex
Shaklee, klik di SINI
Untuk melihat lebih banyak testimoni GLA Complex Shaklee,
klik di SINI
Untuk membuat pembelian GLA Complex Shaklee secara
online, klik di SINI
INA
BAKERI
Call/Whatsupp:
013-4639523
Email:
norhaslinabakeri@yahoo.com
Klik
LIKE di Fanpage saya: MAMA ARISSA untuk mendapatkan pelbagai TIPS dan
INFO berguna secara PERCUMA
Konsultasi
PERCUMA hanya untuk customer saya sahaja ya =)
Penghantaran
PERCUMA sekitar KUANTAN.
Perkhidmatan
POS seluruh Malaysia (termasuk Sabah & Sarawak)
perkongsian yang sangat bagus untuk meraka mahukan anak
ReplyDelete