DILEMA bagi ibu berkerja dan tidak mempunyai pembantu rumah
ialah mencari pengasuh yang sesuai dan boleh dipercayai untuk anak-anak. Banyak
perkara perlu diberi perhatian serius kerana anak-anak akan ditinggalkan
seharian di bawah jagaan pengasuh. Tersilap memilih akan menjadikan tempat itu "neraka bagi si comel anda". Apatah lagi kini banyak berita tersiar mengenai pengasuh
yang mencederakan bayi jagaannya bahkan sehingga membawa kematian. Tentu sahaja
ibu merupakan orang yang paling bimbang dengan situasi tersebut. Tetapi
kehidupan perlu diteruskan, tanggungjawab sebagai pekerja mesti dilaksanakan
dan dalam masa yang sama memastikan anak yang ditinggalkan di bawah pengasuh
selamat dan selesa.
Bagaimanapun sikap tidak percaya kepada orang lain tetap ada
dalam diri kita yang bergelar ibu. Itu memang lumrah. Sukar mempercayai buah
hati anda berada di bawah jagaan orang yang tidak dikenali akan membuatkan kita
menjadi cerewet. Jadi sebelum memilih pengasuh lebih baik anda ambil tahu apa
ciri-ciri yang mesti diberi perhatian. Faktor keselamatan adalah paling penting dititikberatkan, selain soal
kaedah asuhan, penjagaan dan kebersihan. Beberapa tips yang boleh anda dijadikan panduan anda bagi memilih tempat asuhan anak anda ialah:
1. Berdaftar Dengan JKM
Semak status taska dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat.
Pentingnya kita hantar anak kat taska berdaftar ini untuk menjamin keselamatan
mereka. Sekiranya, berlaku insiden yang tidak diingini membabitkan kanak-kanak,
misalnya penderaan. Maka, kementerian boleh mengambil tindakan ke atas taska
tersebut. Mudah bagi kementerian melakukan pemantauan kerana ia
mempunyai garis panduan dan prosedur operasi standard (SOP).
2. Lokasi
Berdekatan dengan tempat kerja anda. Ini memudahkan anda
menjenguk anak yang ditinggalkan pada pengasuh jika ada kes kecemasan. Selain itu dapat menjimatkan masa, wang dan
tenaga.
3. Memeriksa latar belakang
Sebelum memilih pengasuh pastikan anda sudah membuat
penyelidikan tentang individu/taska tersebut. Tanyalah dengan saudara mara atau
rakan-rakan yang mengetahui tentang orang atau tempat itu. Dengan cara ini,
anda boleh mengetahui pengalaman mereka. Anda perlu memikirkan keselesaan anak
dan diri sendiri dengan pengasuh tersebut.
4. Kualiti vs harga
Tidak salah memilih pengasuh yang menawarkan harga mahal
asalkan dia memberikan khidmat jagaan yang sangat berkualiti. Paling penting,
anda boleh percaya dengannya dan senang hati sepanjang meninggalkan anak di
bawah jagaan mereka.
5. Melawat Sebelum Mendaftar
Pastikan pengasuh tersebut terurus. Pakai pakaian
bersih dan kemas. Anda boleh menilai tahap kebersihan penjaga/pengasuh tersebut berdasarkan keterampilan mereka. Paling penting adalah sifat penyayang dan sukakan kanak-kanak, tahu cara pegang bayi dengan betul dan lemah-lembut. Sila survey setiap ruang, corner, check keadaan
bilik air, bilik bayi, bilik toddler dan tilam bantal semua. Lihat juga cara kanak-kanak lain dijaga. Pastikan ada
bilik asing untuk bayi.
6. Khidmat yang
ditawarkan
Kalau nak bagi EBM, pastikan mereka tahu cara penyediaan EBM
untuk anak anda. Adakah mereka terima atau tidak? Adakah mereka memiliki
'bottle warmer' yang bersesuaian untuk EBM? Sekiranya khidmat EBM tak
ditawarkan, pastikan mereka sanggup diajar pengurusan EBM oleh anda sendiri. Selain
daripada tu, pastikan nurseri mandikan bayi, pagi dan petang.
___________________________________________________________________________
Jika anda seorang yang cerewet, anda mesti bijak ‘bermain’ dengan kata-kata. Jika anda tidak suka sesuatu dengan pengasuh anda, jangan terus terjah ‘jangan buat tu, jangan buat ni’ sebaliknya gunalah cara yang lebih diplomatik. Bertanya dahulu, fahami mereka dan baru anda terangkan apa yang anda hendak mereka tahu. Jadikan pengasuh anda seperti rakan anda. Barulah anak anda akan dijaga pengasuh seperti anak sendiri.
Jika semua tips diatas telah diambil kira, anda bolehlah membuat keputusan untuk memilih tempat asuhan yang terbaik buat bayi anda. Tetapi anda masih perlu berwaspada. Jika perubahan dibawah ini terjadi kepada anak anda, anda harus mempertimbangkan untuk mencari tempat jagaan yang baru sebelum pekara yang tidak diingini berlaku kepada bayi anda.
Perubahan Yang Boleh Dilihat Pada Anak Anda
1. Menangis - tanda ni sangat obvious pada kanak-kanak yang SETIAP
KALI dihantar ke taska, dia akan menangis. Ada yang menangis-nangis dari dalam
kereta sampai ibubapa terpaksa mengangkat/mendukung anak masuk ke dalam taska.
2. Lebam/Berbirat - tanda-tanda lebam/berbirat di bahagian
tertentu tubuh anak WAJIB kita ketahui puncanya.
3. Lapar - asal balik je ngadu lapar. Bila ditanya makan apa
kat taska dia kata waktu tghari makan nasi, petang makan biskut kering cicah air
teh! Husnuzon je la kot2 kalau anak kita ni memang jenis kuat makan.
4. Mengigau Teruk - Anak nangis-nangis dalam tidurnya di waktu malam. Meracau-racau dalam sehingga terganggu tidurnya. Ibubapa mungkin beranggapan ia cuma mimpi saja.
5. Bersendirian/Pendiam - Anak-anak akan bersikap menyendiri
dan tidak seceria dulu lagi. Apatah lagi, jika ibubapa tidak mahu mencuba untuk
mendengar keluhan si anak tadi.
6. Anak Tak Mahu - Akibat dari trauma yang dihadapi si anak di
taska, dia akan kerap bertanya bila boleh cuti dari pergi taska. Anak kenit
sering tanya soalan ni dulu di taska lama. Bukan sebab taska lama tu mendera
kanak-kanak, tapi kakak kata sebab taska tu bosan!
Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada anda semua.
INA BAKERI
Call/Whatsupp:
013-4639523
Email:
norhaslinabakeri@yahoo.com
Add
FB saya: INA BAKERI untuk CHATTING secara lansung dengan
saya
Klik
LIKE di Fanpage saya: MAMA ARISSA untuk mendapatkan pelbagai TIPS dan
INFO berguna secara PERCUMA
Konsultasi
PERCUMA hanya untuk customer saya sahaja ya =)
No comments:
Post a Comment