Pages

Bahaya Buaian Kepada Bayi!



Hai ibu-ibu semua. Hari ni saya ingin kongsikan dengan anda tentang bahaya buaian kepada bayi lebi-lebih lagi buaian elektrik. Terkejut dan sangat menyedihkan apabila terbaca mengenai kes yang melibatkan buaian bayi ini. Yela, anak saya Arissa juga saya tidurkan di dalam buaian tetapi bukan buai elektrik. Hanya buai biasa. Tetapi tetap berisiko. Selepas kaji dan selidik, saya rasa tak nak lagi tidurkan Arissa di dalam buai. Siapa yang tak sayang anak kan? huhu

Bagaimana perasaan anda apabila anak anda yang masih lentok lehernya dilambung-lambung? Anda pasti marah kan? Kenapa? Sebab anda tahu bahawa bahaya kepada otak bayi jika digoncang-goncang sedemikian. Tetapi tanpa kita sedar, setiap hari kita menggoncang-goncang kepala mereka di dalam buai. Jika mereka susah nak tidur dan gelisah di dalam buai, lagi kuat kita menggoncangnya? Betul? Jadi, selepas membaca kisah yang berlaku ini, ibu-ibu semua, sila hentikan tabiat yang sudah menjadi kebiasaan bagi kita ini. Pesanan ini juga buat diri saya sendiri. Mencegah itu lebih baik dari mengubati. I Luv U Arissa!

Kes 1:


Kes 2:

6/16/11 Adik adam dah keluar wad

Syukur Alhamdulillah....akhirnya adik adam dah berada di rumah.....huhuhuhu....ibu tak suka duduk kat hospital.....runsing tengok doktor duk wat itu ini kat adik adam....jap jap amik darah....jap jap xtray....jap kang cek mata....kene puasa....tak boleh menyusu....macam2 lah....kesian adik.....punyalah dia tak selesa....menangis sekuat hati....sedihnya ibu tgk.....

hari kedua...pas doktor periksa jantung...paru-paru....darah.....semua ok....respond dari adik pun bagus...adik nampak sihat....doktor ambil jalan terakhir....buat ct scan untuk pastikan adik memang betul2 sihat....sebelum wat ct scan...adik kene puasa....pas tu adik diberi ubat tido....kesiannya kat adik.....menangis nak susu......

pas wat ct scan....doktor dapati ada 2 kesan pendarahan dalam kepala adik....satu kesan lama dan satu lagi baru...kesan lama tu dah recover....kesan baru tu pulak lah yang menyebabkan adik seakan nak kene sawan....oh....terkejutnya.....adik nampak sihat.....ntah bila ntah pendarahan lama tu berlaku....ibu langsung tak perasan sesuatu yang pelik pada adik......

disebabkan ada pendarahan, doktor periksa seluruh badan adik untuk pastikan tiada kesan lebam tanda jatuh...doktor buat xray satu badan bagi pastikan tiada tulang2 patah.....keputusannya....memang tiada tanda2 adik jatuh.....pas tu doktor tanya ibu samaada adik tido dalam buaian atau tidak....jawapan ibu....yer...adik tido dalam buaian.....tapi ibu tak pernah buai adik dengan kuat.....doktor pun tanya lagi....guna buaian eletrik ke?....jawapan ibu...yer sekali lagi...pas tu terus doktor terangkan kat ibu bahaya penggunaan buaian......goncangan menyebabkan berlaku pendarahan.....walaupun perlahan....tetapi pergerakan yang constant dalam jangka masa lama adalah merbahaya kepada bayi....owh.....sungguh ibu tak tahu......menyesalnya.....maafkan ibu adik..
________________________________________________________________________


Di sini saya kongsikan dengan anda soal jawab berkenaan isu bahaya buaian terhadap bayi. Semoga kita dapat mengambil pengajaran dan iktibar dari perkongsian ini. Insyaallah.


Doktor,
Saya ada satu soalan ingin bertanyakan doktor. Anak yang kerap tidur buai, adakah ia elok untuk otaknya atau tidak? Saya mempunyai seorang anak yang kini berusia dua tahun. Susah mahu menidurkannya. Jadi, setiap kali nak tidur, saya akan mengayunkan dia di dalam buai dahulu, baru boleh tidur. Tidak kira siang atau malam, saya akan menggunakan buai untuk menidurkan anak saya itu. Selagi tak masuk dalam buai, dia tak nak tidur. Saya akan henjut buai dia dari setengah hingga satu jam, baru dia tidur.

Soalan saya doktor, adakah otak anak saya akan bergegar semasa saya mengayunkannya. Adakah memberikan kesan apa-apa kepadanya setiap kali saya membuainya dalam masa yang lama? Masalah ini amat merisaukan saya kerana saya bimbang, dia akan mengalami masalah dalaman otak.

Seperkara lagi doktor, anak saya apabila hendakkan sesuatu, dia suka menghantuk-hantukka n kepalanya ke lantai atau dinding. Sudah banyak kali dia menangis kerana perbuatannya itu. Dia juga sangat aktif sehingga sekarang. Kadang-kadang, tingkah lakunya sukar dikawal, nak kita ikut cakap dia saja. Kalau tak ikut, mulalah anak saya itu mengamuk. Runsing saya memikirkannya doktor. - ANITA


Anita,
Pernahkah puan mendengar lagu mendodoikan anak atau lullaby Inggeris Rock-a bye-baby yang berbunyi seperti berikut “When the bough breaks, the cradle will fall, down will come baby, cradle and all?”

Lagu ini menceritakan bagaimana buai itu patah dan jatuh ke bawah membawa bersamanya bayi sekali. Sememangnya tiada tempat yang lebih selamat untuk menidurkan bayi selain dari baby cot. Buaian boleh menjadi satu punca kepada kecederaan kepala bayi dan boleh mengakibatkan kerosakan pada otak bayi. Penggunaan buai untuk menidurkan bayi boleh mengakibatkan pendarahan otak atau subdural haemorrhage.

Hakikatnya, kebanyakan kes pendarahan otak subdural yang bukan melibatkan kes penderaan boleh dikaitkan dengan penggunaan buai. Otak bayi sebenarnya terapung dalam tengkorak dan jika bayi digerakkan dengan kuat, otak akan bergerak pada hala yang bertentangan dengan tengkorak. Akibatnya, saluran darah yang bersambung pada permukaan otak ke tengkorak pecah menghasilkan pendarahan otak subdural. Henjutan buai yang perlahan-lahan itu tidak berbahaya tetapi pergerakan melantun buai dengan springnya menghasilkan pergerakan atas bawah seolah-olah seperti menggoyang bayi dalam tangan dengan kuat, menghasilkan kecederaan yang sama. 

Hayunan buai juga boleh mengakibatkan kepala bayi terhantuk dinding. Pernah berlaku di mana abang kepada bayi yang berumur dua tahun yang gemar menghayun buai tidak sedar kepala bayi sedang menghentak dinding. Ada juga kes di mana rangka besi buai jatuh menghempap bayi dan juga spring atau tali putus. Ada juga bahaya yang lain seperti tercekik atau strangulation. Bila bayi sudah mula memusing badan ia mungkin terjaga dari tidur, memusingkan mukanya ke bawah dan leher boleh tersepit dalam lipatan kain buai.

Hentak kepala (Head banging)

Apabila anak kita mula mengamalkan tabiat hentak/hantuk kepala, kita naik risau dan bimbang mungkinkah ia boleh menyebabkan kerosakan pada otak. Dua puluh peratus daripada kanak-kanak yang sihat melalui tabiat ini seketika. Lazimnya, umur bermula setahun setengah dan berakhir secara spontan menjelang umur empat tahun.

Lelaki adalah tiga kali lebih kerap memperoleh tabiat ini daripada perempuan. Kanak-kanak yang berusia lebih empat tahun dan masih mempunyai tabiat ini haruslah dibawa menjalani pemeriksaan lanjut. Selalunya, kanak-kanak meninggalkan tabiat ini dengan sendiri ketika membesar tetapi kita boleh cuba mempercepatkan proses ini dengan mengamalkan cara sambil lewa bila ia berlaku.

Tabiat ini menjadi satu cara kanak-kanak ‘mengugut’ untuk mendapatkan sesuatu atau menarik perhatian. Apabila ia berlaku, kita mesti jangan mengalah dan mengikut segala rentak dan kemahuan mereka. Pada ketika ia berlaku, kita mesti cuba mengalihkan perhatian kanak-kanak tersebut dan mengubahnya ke aktiviti lain. Mujurnya, kanak-kanak yang sihat tidak akan mengalami apa-apa kecederaan yang serius dengan tabiat ini.

Rasa kesakitan mengelakkan mereka dari menghentak dengan kuat dan kanak-kanak bawah tiga tahun tidak boleh menghasilkan tekanan atau tenaga yang cukup untuk mendapatkan kerosakan otak. Kepala kanak-kanak ini boleh menahan trauma yang menjadi kebiasaan ketika belajar jalan dan memanjat. Kanak-kanak sihat yang menghantuk atau menghentakkan kepala akan membesar menjadi remaja yang normal.

* Jawapan disediakan oleh Pakar Perunding Kanak-Kanak, Hospital Pakar Shah Alam, Dr. Mohd. Nazir Abu Bakar.


INA BAKERI
Call/Whatsupp: 013-4639523
Email: norhaslinabakeri@yahoo.com
Add FB saya: INA BAKERI untuk CHATTING secara lansung dengan saya
Klik LIKE di Fanpage saya: MAMA ARISSA untuk mendapatkan pelbagai TIPS dan INFO berguna secara PERCUMA
Konsultasi PERCUMA hanya untuk customer saya sahaja ya =)


No comments:

Post a Comment