Pages

Gastrik, Oh no!!!!!

Tabiat makan secara tidak teratur boleh mengundang lebih ramai pesakit gastrik

Hai, bertemu kembali. Topik kali ni ina nak share dengan anda semua berkenaan masalah gastrik. Siapa di sini ada gastrik? Cer angkat tangan nak tengok. hehe. Pernah suatu ketika dulu, sewaktu zaman matrikulasi, ina ada mengenali seorang hamba Allah yang mempunyai masalah gastrik yang serius sehinggakan beliau pengsan setiap kali gastrik menyerang.
Saat itu dapat ina bayangkan kesakitan yang ditanggungnya. 

Semoga beliau sekarang telah bebas dari deritanya dan diberi kesihatan yang lebih baik dan jika masalah gastriknya masih belum pulih, ina doakan agar dia membaca entry yang ina akan bincangkan hari ni. 

Apa itu Gastrik? 

Gastrik terjadi akibat dinding permukaan di dalam perut seseorang individu itu telah terhakis oleh asid gastric iaitu asid yang dikeluarkan oleh perut untuk mencernakan makanan. Hakisan pada permukaan dinding perut ini bukan berlaku dalam masa sehari malahan mungkin mengambil masa berbulan-bulan atau bertahun-tahun sebelum seseorang itu mengalami symptom/tanda-tanda sakit perut di bahagian ulu hati. 
Antara tanda-tanda penyakit gastrik:
 
(a) Sakit ulu hati
(b) Rasa mual
(c) Rasa perut kembung
(d) Kemungkinan pesakit juga akan muntah

 
Adakah penyakit ini berbahaya?

Penyakit gastrik di peringkat awal tidak begitu berbahaya, namun jika pesakit tidak mengambil langkah-langkah pencegahan, keadaannya boleh menjadi semakin serius iaitu boleh menyebabkan muntah berdarah.
 
Pada tahap yang serius, muntah berdarah akan berlaku kerana luka yang terus pada dinding perut

Apakah punca penyakit gastrik?

(a) Pesakit tidak menjaga waktu makan dengan betul atau skip meal
(b) Tekanan/stress
(c) Pengambilan ubat-ubat penahan sakit seperti ponstan dan voltaren dalam jangkamasa yang panjang
(d) Sejenis kuman iaitu Helicobacter Pylorii
(e) Merokok

 
Secara semulajadi, apabila badan memerlukan makanan, signal akan dihantar ke otak dan otak akan menghatar signal ke bahagian perut untuk merembeskan asid gastrik. Jika tiada makanan di dalam perut maka asid gastrik tersebut akan menghakis permukaan dinding perut. Kejadian ini akan berulang-ulang, lama-kelamaan permukaan dinding perut akan menipis dan apabila sampai ke tahap itu pesakit akan mengalami sakit di bahagian ulu hati.
 
Selain daripada itu, merokok, pil penahan sakit dan Helicobacter Pylorii akan menghakis permukaan dinding perut secara sedikit demi sedikit. Ketiga-tiga bahan ini akan memberikan risiko kepada seseorang untuk mengidap penyakit gastrik.

Bagi tekanan/stress pula, apabila stress berlaku, asid gastrik akan dirembeskan di dalam perut dan ianya boleh menyebabkan gastrik dalam jangka masa yang panjang.

 
Helicobacter pylori sejenis kuman yang akan menghakis dinding perut sedikit demi sedikit

Apakah langkah untuk mengelakkan penyakit gastrik?
 
1. Mengambil makanan mengikut aturan waktu.

2. Elakkan mengambil ubat-ubatan penahan sakit bagi jangka masa yang panjang. Kebiasaan warga emas adalah terdedah bagi pengambilan ubat penahan sakit dalam jangka masa yang panjang kerana pada waktu itu mereka sering mengalami sakit lutut, sakit-sakit badan.

3. Elakkan tekanan. Belajar cara yang sepatutnya di ambil untuk mengawal stress. Bagi saya bagi mengelakkan stress perkara yang paling utama adalah kita kembali kepada fitrah dengan mendekatkan diri kepada Allah. Belajar untuk merasa redha dan sentiasa berdoa. Mencuba membuat yang terbaik tetapi kena yakin bahawa faktor yang menentukan kejayaan, rezeki dan sebenarnya adalah semuanya adalah daripada Allah jua. Namun, usaha perlu juga ada.

4. Jangan merokok. Jika anda seorang perokok, berhenti dari sekarang untuk kebaikan diri anda dan juga keluarga anda.

 
Jika saya telah mengidap penyakit gastric apa yang perlu saya buat? 
 
1. Makan secara teratur
2. Elakkan makanan yang pedas dan masam
3. Elakkan minuman berkafein seperti kopi dan Nescafe
4. Mengawal stress dengan bijak
5. Elakkan minuman berkarbonat
6. Berhenti merokok

 
Makanan pedas tidak sesuai bagi mereka yang Gastrik

Apakah penyakit ini boleh dirawat

Penyakit gastrik @ gastritis boleh pulih sepenuhnya jika perkara-perkara yang dinyatakan di atas di jaga sepenuhnya. Namun, keberkesanannya bukan dalam masa sehari dua. Jika penyakit ini mengambil masa berbulan-bulan atau bertahun-tahun untuk terjadi, begitu juga fasa pemulihannya juga mengambil masa. Oleh itu, perkara yang paling UTAMA adalah berdisiplin untuk mengelakkan perkara-perkara yang boleh menerukkan lagi keadaan penyakit ini. 

Berita gembira untuk anda adalah penyakit ini boleh sembuh dan tidak perlu pergantungan kepada ubat tetapi dengan syarat langkah yang sepatutnya diambil adalah dipatuhi. Tetapi jika langkah penyembuhan tidak diambil, perkara yang sebaliknya akan berlaku, pesakit boleh tiba-tiba di suatu hari muntah berdarah dan perlu dibedah untuk mengikat semula dinding perut yang telah pecah. Keadaan ini biasanya amat serius dan boleh membawa maut. Oleh itu, langkah pencegahan adalah lebih baik dari merawat.
 
Gastrik, lama-kelamaan boleh mengundang ulser
Pesakit gastrik perlu lebih berjaga-jaga jika disahkan hamil kerana gastrik menyerang lebih teruk ketika hamil
Kanak-kanak juga tidak terlepas dari penyakit gastrik jika ibubapa mengambil remeh tentang pemakanan mereka
Pedih ulu hati, tanda gastrik
Elak gastrik di bulan puasa dengan ESP

ESP melenyapkan Derita Gastrik

Testimoni 3 orang pengguna Esp

Mengapakah ESP Sesuai Untuk Atasi Gastrik?
1. ESP membekalkan protein yang diperbuat dari kacang soya yang tinggi sifat alkalinya. 
2. Sangat berguna untuk meneutralkan semula keasidan dalam perut
3. Pengambilan air kosong 2-3liter sehari.
4. Membantu membina semula sel-sel yang baru bagi menggantikan sel-sel yang telah lemah dan rosak.

Klik di SINI untuk lihat lebih banyak testimoni

Semoga informasi ini bermanafaat untuk semua. 

INA BAKERI
♥ sms/whatsApp: 013-4639523
♥ Emel : norhaslinabakeri@yahoo.com
♥ Fb: 
www.facebook.com/nurhaslina.bakeri

Saya sedang mencari-cari mereka yang berminat untuk menjadi pengedar.
Jana pendapatan 5angka hanya dari rumah.
Klik untuk info pengedar


No comments:

Post a Comment