Pages

Faktor Menyebabkan Kurang Pengeluaran Susu Ibu



Ramai yang bertanya apa pemakanan yang boleh menambah pengeluaran susu ibu, tetapi tidak ramai yang sedar mereka juga perlu mengetahui faktor yang menjadi punca kekurangan susu ibu. Dengan mengetahui punca sesuatu masalah kita dapat mencari penyelesaian bagi masalah tersebut.

Berikut disenaraikan faktor yang mungkin boleh menjadi punca kekurangan pengeluaran susu ibu :-

1. Tekanan @ stress

Tekanan ini bukan sahaja boleh berpunca dari pelbagai masalah yang dihadapi dalam hidup sehari-hari malah ramai ibu-ibu yang secara tidak sedar akan berasa tertekan apabila mendapati pengeluaran susu mereka berkurangan.
 
Diakui adalah amat sukar untuk tidak berasa tertekan, tetapi sebolehnya elakkan terlalu memikirkan masalah kekurangan susu ibu lebih-lebih lagi sewaktu memerah susu atau menyusukan bayi. Dakap bayi dan tenangkan fikiran. Jika tidak bersama bayi lihat gambarnya atau bayangkan saat-saat ketika bersama dengan bayi anda bagi membantu pengeluaran.

2. Keletihan atau kurang tidur
 
Tugas menjadi seorang ibu bukanlah mudah. Lebih-lebih lagi apabila terpaksa bangun pada waktu malam untuk menyusukan bayi atau menenangkan bayi yang terjaga kerana lampin yang basah. Walau bagaimana pun ini tidak bermakna ibu-ibu boleh menjadikan ini sebagai alasan untuk kurang tidur.
 
Keletihan bukan sahaja boleh mengganggu pengeluaran susu malah ia boleh mengganggu fungsi badan yang lain. Termasuk juga sistem pencernaan. Dapatkan bantuan suami untuk membantu menyalin lampin bayi secara bergilir-gilir pada waktu malam. Bagaimana pun anda masih perlu bangun pada waktu malam untuk menyusukan bayi. Tetapi perlu berasa bertuah kerana tidak perlu bangun untuk memanaskan air dan membancuh susu.
 
Tidur siang dalam jangka masa yang singkat boleh membantu mengurangkan keletihan tetapi pastikan anda tidak tidur berlebihan.

3. Kurang minum air

 
Badan kita menggunakan banyak air untuk pelbagai fungsi termasuk untuk menghasilkan susu yang mencukupi. Pengambilan air yang terlalu kurang boleh mengganggu pengeluaran susu.

4. Kehamilan
 
Biasanya pengeluaran susu selepas bulan keempat kehamilan akan mengalami sedikit kemerosotan. Walau bagaimana pun pengeluaran akan kembali normal selepas kelahiran bayi.

5. Pengambilan pil perancang

Walau pun ia jarang berlaku terdapat juga kebarangkalian pengeluaran berkurangan apabila ibu mengambil pil perancang kehamilan.

Terdapat juga faktor lain yang tidak dinyatakan seperti masalah ketidakstabilan hormon yang tidak dapat dinyatakan di sini kerana tidak begitu pasti bagaimana ianya terjadi. Sebagai alternatif anda juga boleh bertanya dengan mana-mana pakar laktasi mengenai perkara tersebut.

Setiap masalah pasti ada penyelesaiannya. Alhamdulillah, ramai yang dapat menyusukan anak tanpa susu formula sehingga anak berusia 2tahun dengan mengamalkan Set Penyusuan Shaklee. Mari kita dengar apa kata mereka:

Testimoni Pengguna

Testimoni Pengguna
Set Penyusuan Shaklee

Ingin dapatkan Set Penyusuan Shaklee? Hubungi:

INA BAKERI 
♥ sms/whatsApp: 013-4639523 
♥ Emel : norhaslinabakeri@yahoo.com 

Saya sedang mencari-cari mereka yang berminat untuk menjadi pengedar
Jana pendapatan 5angka hanya dari rumah.
Klik untuk info pengedar 


No comments:

Post a Comment