1. Produk Shaklee Tidak
Dikilangkan di Malaysia
Produk shaklee datang daripada
Amerika Syarikat. Belum ada lagi produk Shaklee yang dikilangkan di Malaysia.
Ianya 100% import. Kenapa tak dikilangkan di Malaysia saja? Ini kerana produk
Shaklee dikeluarkan dengan kawalan yang sangat ketat bagi menjamin mutu dan
kualiti produk sentiasa terjamin. Bagi Shaklee kualiti dan kepuasan pengguna
produk Shaklee adalah sangat penting.
2. Produk Shaklee Tiada Sijil
Halal JAKIM
Antara isu yang sering kali
dibangkitkan, HALAL ke produk Shaklee ini?
Ya, sebagai seorang muslim
semestinya kita perlu mencari supplemen yang halal. Dan alhamdulillah, vitamin
Shaklee ini HALAL. Kebanyakan produk Shaklee adalah dari tumbuhan semulajadi,
kecuali Shaklee Kolagen Powder adalah dari sumber haiwan iaitu sisik ikan
merah.
Di Malaysia, JAKIM adalah badan
yang mengeluarkan dan memantau status halal sesuatu produk. Namun, oleh kerana
produk Shaklee adalah diimport terus daripada US, maka Shaklee mempunyai sijil
Halal dari Islamic Service of America (ISA).
Apa itu ISA? ISA adalah badan
yang mengeluarkan sijil halal di US. Setiap negara yang mempunyai penduduk
beragama Islam akan ada badan yang mengeluarkan status halal sesuatu produk di
negara tersebut. Maka di US, badan tersebut dikenali sebagai ISA. ISA adalah
badan yang telah diiktiraf oleh JAKIM. Dan sijil halal dari ISA ini akan
diperbaharui setiap tahun.
3. Produk Shaklee Mahal Sangat
Buat pengetahuan anda, sebotol produk-produk shaklee boleh
tahan sangat lama. Cuba tgk gambar dibawah ini. Vitamin C Shaklee boleh tahan
sehingga 6 bulan. Harga sebotol vitamin c shaklee hanya RM92.50 (jika daftar
ahli dapat less 20%) Cuba dikira, sebulan anda hanya membelanjakan RM15 sahaja.
Jadi, isu produk shaklee mahal hanyalah gosip dan khabar angin semata-mata =)
4. Susah nak beli Produk Shaklee, tidak dijual di farmasi
Buat pengetahuan semua, produk Shaklee memang tidak dijual
di farmasi. Produk Shaklee hanya boleh didapati di Branch atau dengan Pengedar
Sah Shaklee sahaja. Shaklee hanya ada 7 Branch termasuk HQ nya. Tapi untuk anda
buat belian di Branch Shaklee anda perlu menjadi ahli shaklee terlebih dahulu.
Jadi lebih baik anda membuat pembelian dengan pengedar shaklee kerana
penghantaran dibuat keseluruh Malaysia termasuk Sabah Sarawak.
5. Kenapa Vitamin Shaklee Tiada Silica Gel ?
Silica gel ni sebenarnya berfungsi untuk menyerap
kelembapan. Vitamin yang ada gel silica didalamnya adalah vitamin sintetik.
Oleh kerana vitamin Shaklee adalah vitamin semulajadi, maka tidak terdapat gel
silica di dalam mana-mana produk shaklee.
6. Produk Shaklee adalah Produk Yahudi, Haram Umat Islam
Join Jadi Ahli Shaklee
Isu Shaklee ini adalah produk Yahudi sudah hangat
diperdebatkan. Ada pihak yang menyatakan tidak boleh menyokong produk Shaklee
kerana ia adalah keluaran Amerika Syarikat. Sebelum itu, jom kita lihat sebuah
hadis Nabi SAW yang diriwayatkan Sahih Bukhari ini dan nilailah dari sudut
pandangan Islam.
Sekiranya Shaklee ada bukti yang kukuh penyumbang kepada
Zionis Yahudi maka Shaklee tatkala itu hukum HARUS berubah menjadi HARAM
menurut sepakat ulama. Berkaitan membeli barangan keluaran kafir, ulamak telah
bertegas bahawasanya sekiranya barang tersebut adalah HALAL dan tidak
mengandungi unsur syubhah maka barang itu boleh dibeli.
Bahkan terdapat bukti
Nabi Muhammad telah menggunakan produk orang kafir contohnya Nabi Muhammad
pernah menggunakan KHUF (sejenis kasut) yang buatannya dari negara Habsah
(sekarang dikenali sebagai Ethiopia) yang ketika itu adalah negara kafir. Oleh
yang demikian mana-mana produk apabila sudah diperakui status kehalalannya maka
ia halal untuk diguna atau dimakan.
7. Produk Shaklee Selalu Habis Stok
Macam mana nak makan secara konsisten jika stok vitamin
Shaklee selalu habis? Sekarang ni fenomena Shaklee. Inilah terjadi apabila
permintaan melebihi pengeluaran. Antara produk-produk yang selalu habis stok
ialah :
- Chewable Vita-C Plus
- Sustained Released Vitamin C
- Advanced Joint Health Tablet
- Caratomax
- ESP Soy Protein Shaklee
- Herbal Blend
Maka apabila ada stok, dinasihatkan untuk membuat pembelian
yang lebih supaya dapat amalkan supplemen secara konsisten =)
8. Produk Shaklee Banyak Kesan Sampingan
Ada sesetengah pengguna yang baru mengamalkan supplemen
Shaklee ini akan merasa beberapa perubahan seperti rasa loya, mual, pening
kepala, terasa panas dan macam-macam lagi. Adakah semua ini merbahaya?
Sebenarnya, ia adalah satu proses yang dipanggil Healing Crisis.
Healing Crisis adalah tanda-tanda yang ditunjukkan oleh
badan terhadap perubahan untuk menjadi lebih sihat daripada proses penyembuhan
secara semulajadi. Ianya berlaku apabila badan membuang toksin dari sistem tubuh
disebabkan prosess pembersihan. Healing crisis ini boleh terjadi apabila
menukar diet pemakanan, supplement dan treatment.
Jadi anda tidak perlu risau apabila ada tanda-tanda healing
crisis ini. Malah ianya lebih bagus kerana badan anda menunjukkan reaksi dengan
vitamin yang diambil dan segala toksin akan dibuang dari badan.
9. Produk Shaklee ada yang Berbau Tidak Best dan Warnanya
pun Tidak Cantik
Antara produk Shaklee yang berbau agak kuat adalah Shaklee B
complex. Malah produk shaklee seperti pencuci muka Nutriwhite, Shampoo Pro
Sante dan even sabun pencuci baju Get Clean Shaklee ni memang baunya tidak
wangi seperti produk lain yang ada dipasaran. Kenapa ye? Ini kerana, Shaklee hendak mengekalkan semua
produknya adalah semulajadi tanpa tambahan apa-apa pewarna dan pewangi.
Semuanya adalah bahan semulajadi tanpa bahan kimia.
PRODUK SHAKLEE TIADA BAHAN KIMIA, 100% SEMULAJADI |
10. Shaklee Tidak Memerlukan Duta atau Selebriti untuk
Mempromosikan Produknya
Biasakan anda lihat selebriti atau orang-orang terkenal
menjadi duta sesuatu produk dan mereka akan membantu bersama-sama untuk
mempromosikan produk itu. Namun ia tidak terjadi untuk produk Shaklee ini.
Walaupun sebenarnya banyak selebriti terkenal dalam dan luar negara mempercayai
dan menggunakan produk Shaklee seperti Tun Mahathir, Rita Rudani, Ashraf
Muslim, Jennifer Lopez, Tiger Woods dan Oprah Winfrey namun mereka
bukanlah duta yang dilantik.
Sebenarnya, Shaklee memang mahukan kita yang biasa-biasa ini
yang berkongsi kehebatan produk Shaklee selepas menggunakannya sendiri. Bagi
mereka apabila orang-orang biasa ini mencuba sendiri, dan berkongsi cerita
kepada keluarga dan kawan-kawan itu adalah lebih mempengaruhi daripada iklan
yang dibelanjakan berjuta-juta. Kerana Shaklee sememangnya sudah kukuh dengan
produknya yang Selamat, Berkesan dan Terbukti lebih 50 tahun ini.
Semoga selepas membaca 10 Keburukan Shaklee ini, anda tidak
lagi was-was untuk mengamalkan produk shaklee kerana produk shaklee sudah
berada di pasaran lebih dari 50 tahun. Insyaallah ianya selamat digunakan.
Wallahualam.
INA BAKERI
♥ sms/whatsApp: 013-4639523
♥ Emel : norhaslinabakeri@yahoo.com
♥ Fb: www.facebook.com/nurhaslina.bakeri
♥ sms/whatsApp: 013-4639523
♥ Emel : norhaslinabakeri@yahoo.com
♥ Fb: www.facebook.com/nurhaslina.bakeri
Saya sedang mencari-cari mereka yang berminat untuk menjadi
pengedar.
Jana pendapatan 5angka hanya dari rumah.
Klik untuk info pengedar
No comments:
Post a Comment