Pages

Kesan dan Bahaya Pengambilan Ubat Tahan Sakit (PONSTAN)

Kesan dan Bahaya Pengambilan Ubat Tahan Sakit (PONSTAN) 

 
Sejak lama dulu, kalau demam, senggugut atau sakit kepala, tentu saja kita akan carik ubat. To be specific memang ramai yang gemar ambil ubat tahan sakit utk mengurangkan gejala kesakitan. Sakit kepala sikit, carik Panadol. Sakit perut pon cari Panadol. Memang Panadol tu sentiasa ada je dalam rumah.

Tapi tahukan anda, ada bahayanya jika terlalu kerap mengambil ubat tahan sakit. Menurut Pengarah Klinik Pakar, Hospital Mount Elizabeth Singapura, Dr Alex Yeo ada yang beranggapan penyakit “remeh” seperti pening kepala dan sengal-sengal badan mampu diubati dengan pantas melalui pengambilan Panadol dan sebagainya. 

Namun, penyakit yang dianggap “remeh” ini berisiko menjadi penyakit lebih kronik dan berbahaya jika pengambilan yang tidak terkawal serta tanpa mendapatkan rawatan yang betul. Kata Dr. Alex, penggunaan ubat tahan sakit secara berpanjangan boleh menyebabkan kesan sampingan terutama berkaitan dengan gastrousus dan masalah buah pinggang.

Mari kita lihat apakah risiko, kesan sampingan dan bahayanya pada tubuh badan kita.

Antara ubat tahan sakit yang paling glamour adalah Ponstan. Ponstan atau nama lainnya mefenamic acid, boleh menyebabkan bahaya yang serius pada perut dan usus. Antaranya menyebabkan radang (inflammation), pendarahan (bleeding), luka (ulceration) dan kebocoran (perforation) pada perut, usus kecil dan usus besar. Semakin lama kita menggunakan Ponstan, semakin tinggi risiko untuk mendapat kesan sampingan ini. Ianya boleh berlaku tanpa disedari atau memberikan tanda-tanda awal.

Pesakit warga tua paling mudah mendapat kesan sampingan ini. Mereka yang mengambil aspirin untuk mencairkan darah, penahan sakit untuk sakit sendi, dan akhirnya diberikan pula Ponstan untuk sakit kepala dan sebagainya, akan mendapat masalah ini. Risiko adalah lebih tinggi jika dia juga perokok  serta mempunyai sejarah mengidap penyakit Peptic Ulser Disease.

KESAN PADA KULIT

PONSTAN juga boleh menyebabkan reaksi yang serius pada kulit, iaitu. exfoliative dermatitis, toxic epidermal necrolysis (TEN) dan Steven-Johnson syndrome. Tanda-tanda awalnya ialah ruam kulit, dan bengkakan pada sekeliling mata. Pesakit harus terus berjumpa doktor kerana ianya tanda alergik pada Ponstan yg amat teruk, dan boleh melibatkan nyawa.

KESAN PADA GINJAL

Ponstan juga dilaporkan boleh menyebabkan masalah ginjal jika diambil tanpa peraturan. Antaranya penyakit ginjal seperti   acute interstitial nephritis dan pendarahan dalam air kencing (haematuria), proteinuria, glomerulitis, papillary necrosis dan Nephrotic Syndrome. Pemeriksaan darah untuk ginjal (ie Renal function test) harus diperiksa secara berkala.

KESAN PADA HATI (LIVER)

PONSTAN harus diberikan secara berhati-hati pada pesakit yg mempunyai masalah dengan penghadaman dan fungsi dalam organ hati. Ini bermakna setiap bacaan SGOT dan SGPT dalam ujian darah bagi ujian fungsi hati sebanyak 2 kali lebih tinggi dari bacaan normal haruslah berhati-hati ketika menggunakan ponstan.

KESAN PADA SEL-SEL DARAH

PONSTAN 500 mg boleh menyebabkan prothrombin, iaitu komponen dalam darah yg bertindak dalam fungsi pembekuan darah menjadi rendah. Ponstan tidak boleh diberikan kepada pesakit yg mengambil ubat warfarin atau pesakit yang mempunyai kandungan kepekatan prothrombin yg berada dalam tahap 10-20% dari normal.

KESAN-KESAN LAIN

PONSTAN  juga harus diberikan berhati-hati kepada pesakit asthma. Bagi mereka yg mengamalkan ubat perancang, ada juga kajian menunjukkan kadang-kala ianya mengurangkan keberkesanan pencegahan kehamilan ini terutama bagi mereka yg mengamalkan IUCD.

KESAN PADA WANITA MENGANDUNG

NSAIDs menghalangkan pembentukan prostaglandin yg penting di akhir kehamilan, menyebabkan bayi dalam kandungan bermasalah. Antaranya penutupan saluran darah di jantung ( closure of the foetal ductus arteriosus), masalah ginjal, menyebabkan darah cair pada bayi, dan proses bersalin yg lama. Ponstan tidak diberikan terutama beberpa hari sebelum proses kelahiran.

PENGGUNAAN PADA IBU YG MENYUSUKAN ANAK

Sedikit kuantiti PONSTAN yang terdapat pada susu ibu yg memakan Ponstan , boleh tersebar pada bayi yg menyusu itu. Tidak digalakkan ibu mengandung yang menyusukan anak memakan PONSTAN sbg ubat tahan sakit.

PENGGUNAAN PADA KANAK-KANAK

Penggunaannya tidak digalakkan pada kanak-kanak berumur 14 tahun ke bawah
Berhentilah dari mengambil jalan singkat untuk pulih yang mana akan membawa padah pada diri sendiri.

No comments:

Post a Comment