Pages

7 Tanggapan SALAH Tentang Kehamilan Dan Bayi


7 Tanggapan SALAH Tentang Kehamilan Dan Bayi


1. Ibu hamil kena makan untuk 2 orang.
 -> Salah kerana semasa hamil ibu hanya memerlukan lebih kurang 300 kalori tambahan. Pengambilan makanan berlebihan akan menyebabkan kenaikan berat badan yang mendadak.

2. Semasa lahir, lagi berat bayi bermakna lagi sihat bayi itu. 

-> Salah kerana purata berat normal bayi adalah sekitar 2.8 kg. Berat bayi juga dipengaruhi oleh faktor genetik.

3. Sebaik kontraksi bermula, berjalan akan mempercepatkan kontraksi dan mempermudahkan proses bersalin.

-> Salah kerana tiada sebarang senaman atau pergerakan yang boleh mempercepatkan proses bersalin tapi ia membantu mengalihkan perhatian ibu daripada kesakitan kontraksi.

4. Ibu hamil tidak boleh menaiki kapal terbang ketika Trimester 3 kerana berisiko tinggi untuk bersalin disebabkan tekanan tinggi di udara. 
-> Salah kerana tekanan tidak akan menyebabkan kontraksi tetapi benar ibu hamil tidak dibenarkan naik kerana syarikat2 penerbangan khuatir ibu akan bersalin semasa kapal terbang di udara.

5. Ibu hamil tidak boleh bersenam dan ‘jogging’ kerana risiko keguguran. 

-> Salah kecuali jika ibu alami masalah rahim tidak kuat atau masalah2 kesihatan lain. Kajian menunjukkan senaman semasa hamil akan membantu memudahkan proses bersalin.

6. Jantina bayi boleh ditentukan mengikut bentuk perut ibu hamil. Bulat menandakan bayi perempuan dan lebar menandakan bayi lelaki. 

-> Salah kerana jantina hanya ditentukan melalui kromosom X atau Y yang dibawa oleh sel sperma semasa persenyawaan dengan sel ovum. Jadi setiap kehamilan ada 50-50 peluang utk bayi lelaki dan perempuan.

7. Nutrisi yang diperoleh oleh ibu hamil akan dibahagi sama rata untuk menyokong tumbesaran bayi dan kesihatan ibu hamil. 

 -> Salah kerana apabila hamil, badan ibu secara automatik akan meletakkan kandungan sebagai keperluan utama. Jadi bayi akan mendapat dahulu nutrisi yg diperlukan dan selebihnya akan diambil oleh badan ibu.




INA BAKERI
♥ sms/whatsApp: 013-4639523
♥ Emel : norhaslinabakeri@yahoo.com
♥ Fb: 
www.facebook.com/nurhaslina.bakeri

Saya sedang mencari-cari mereka yang berminat untuk menjadi pengedar.
Jana pendapatan 5angka hanya dari rumah.
Klik untuk info pengedar


No comments:

Post a Comment