1. Luangkan masa 'one-one-one' dengan bayi anda
Cari masa untuk bermain dan berkomunikasi dengan bayi anda terutama semasa bayi dalam keadaan senyap kerana waktu ini lah bayi sebenarnya mahu meneroka persekitaran. Tetapi ramai yang tersalah menggunakan masa ini untuk berehat, mandi atau melakukan kerja sendiri.
2. Menyanyi kepada bayi anda
Suara ibu sangat menenangkan bayi dan bantu bina hubungan antara ibu dan anak. Jadi menyanyi atau bercakaplah dengan bayi anda.
3. Menari lagu kegemaran anda dengan bayi anda
Ini membantu membina hubungan dan saling kepercayaan antara anda dan bayi.
4. Ajuk bunyi dan suara yang bayi anda lontarkan
Setiap kali anda berkomunikasi dengan bayi, anda merangsang derianya. Dengan mengajuk komunikasi bayi anda, anda memberikan signal bahawa kasih sayang dan perhatian anda adalah untuknya.
5. Ketawa dan bermainlah dengan bayi anda
Ini penting untuk merangsang deria bayi dan menggalakkan komunikasi 2 hala.
6. Tenangkan bayi anda dengan sentuhan
Sentuhan fizikal membantu meningkatkan kesihatan, membantu bayi merasa selamat dan mewujudkan kepercayaan bayi kepada anda.
7. Sentiasa 'mata-ke-mata' dengan bayi anda
Melihat, menyentuh muka anda dan merenung mata anda amat penting dalam perkembangan bayi kerana ia membantu bayi anda membina kepercayaan kepada persekitarannya.
8. Bercakap dan membaca dengan bayi anda
Sentiasa mendengar suara anda membantu komunikasi nya di kemudian hari.
9. Sentiasa peluk dan pegang bayi anda rapat dengan anda
Biarkan bayi anda merasakan degupan jantung anda, rasakan kehangatan anda dan menyentuh bayi anda. Ini semua menenangkannya dan membantu tumbesarannya.
10. Sentiasa berikan rangsangan positif kepada bayi anda
Setiap sentuhan anda adalah rangsangan positif kepada bayi anda yang amat bermakna untuk tumbesaran bayi anda.
INA BAKERI
♥ sms/whatsApp: 013-4639523
♥ Emel : norhaslinabakeri@yahoo.com
♥ Fb: www.facebook.com/nurhaslina.bakeri
Saya sedang mencari-cari mereka yang berminat untuk menjadi pengedar.
Jana pendapatan 5angka hanya dari rumah.
Klik untuk info pengedar
http://mamacomelarissa.blogspot.com/p/sertai-shaklee.html
♥ sms/whatsApp: 013-4639523
♥ Emel : norhaslinabakeri@yahoo.com
♥ Fb: www.facebook.com/nurhaslina.bakeri
Saya sedang mencari-cari mereka yang berminat untuk menjadi pengedar.
Jana pendapatan 5angka hanya dari rumah.
Klik untuk info pengedar
http://mamacomelarissa.blogspot.com/p/sertai-shaklee.html
No comments:
Post a Comment